Thursday 13 June 2019

Cerita Menjelang Raya & sepanjang Hari Raya

Assalamualaikum.. Salam Syawal.

Selamat berpuasa enam bagi yang berpuasa.. Dah seminggu lamanya kita beraya, suasana masih meriah terasa. Di rumah, di pejabat, kuih-kuih raya tersedia  di dalam balang. 


Cuti hari minggu ni, akan bermula lah acara tradisi, rumah terbuka di sana-sini. Gantung periuk, kuali semua, jom terjah rumah terbuka. Sambil menjamu selera, kita bersilaturahim.

Entry kali ni nak reverse ke detik-detik menjelang hari raya. Abadikan di sini, daripada kena delete dok dalam galeri. Teman balik kampung hari Ahad pagi, Alhamdulillah, highway tak jem langsung. Singgah RTC Gopeng, shopping raya di Mydin Mall. 

Ramai sungguh orang bershopping, orang Perak cakap mumbun semua troli dengan barang-barang. Tauke Mydin mesti tersenyum lebar $$$. Memang idea yang sangat bagus buat shopping complex level rakyat marhaen di tepi highway, mudah untuk shopping beli barang sebelum balik kampung. Kawasan luas, tempat parkir pun banyak..

 Ayam golek percik utara

Kes mengidam di bulan puasa..haha. Baca entry ayam golek dalam blog Khairuddin Kaki Travel, teringin pulak nak makan ayam golek..hehe..budak ofis pun ada juga cerita2, komplain ayam golek dah mahal, dah RM29 sekor...dalam hati teringin lak ayam golek. Cari kat bazar ramadan, takde orang jual. Rezeki kat kampung, nampak yg ni terus beli.

rasa ok, harga RM22


Sekarang ni tengok ayam, daging dah macam tak lalu, cari ikan-ikan, sayur-sayur pulak. Cemuih dah makan ayam/daging, buat sementara waktu je...hehe..

Juadah hari raya kami ialah rendang ayam, lemang (beli) dan nasi impit. Alhamdulillah, lemang ok, lembut..

 yang ni abang ipar tengah masak lemang di klang utk dijual
kakak sekeluarga tak balik sbb anak saudara nak exam minggu depannya

 ----------------------------------------------

Satu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah..Langit cemerlang tak terkira..

 Solat raya di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

bersalaman sambil berselawat

------------------------------------------------
kembali ke rumah, cucu-cucu jiran mula berkunjung


tetamu-tetamu cilik yang datang beraya


lepak-lepak, susun strategi

Jiran-jiran ada datang beraya. Sempat beraya di dua rumah jiran tetangga, bertanya khabar, bersua muka, makan koi raya. Kemudian ke rumah sepupu mak di kampung di belakang Istana Bukit Chandan. Makan laksa penang. Laksa memang juadah feveret di hari raya di kuale kangsar nih.

Hari raya kedua: pergi pasar, top up ikan dan bahan-bahan lain nak buat laksa. Makanan wajib ni, hari raya mesti buat. Laksa kuala pulak habis di pasar. Beli laksa tepung beras. Laksa kuale nih lain sikit, dibuat dari tepung gandum..orang kuale mesti tau..

Hari raya ketiga: tak ke mana, aktiviti masak-masak, mak, kakak & adik lelaki gi tebas-menebas di kebun, dapat 4 biji nangka muda.

Hari raya keempat (Sabtu) : aktiviti mengosongkan peti sejuk, semua diangkut dibawa ke KL.segala mak nenek, ikan, santan, sayur-mayur..

Sebelum bergerak ke highway, singgah pasar dulu, beli laksa kuale, adik ipar kirim dan juga untuk stok kat rumah. off to KL tapi otw nak gi rumah sepupu belah arwah ayah.

rumah sepupu di sini, Felda Gunung Besout 1


Keluar ikut toll Sungkai, ikut waze, pi bawa ikut jalan jauh, memang jauh sungguh, kiri kanan pokok kelapa sawit. Adik sekeluarga dah sampai dulu di pintu gerbang ni. Anak sepupu datang ambik tunjuk jalan. 

Pertama kali datang rumah sepupu nih, tengok-tengok abang & adik pun ada di sini. Alhamdulillah, bertemu di sini. Sepupu-sepupu belah arwah ayah kurang rapat sikit dan jarang jumpa, tapi adanya grup whatsapp, dapatlah kenal-kenal tengok gambar, bertanya khabar, update berita & cerita. Adik-beradik arwah ayah semuanya sudah tiada, yang terakhir meninggal pada bulan Mac baru ni, tinggallah isteri2 (termasuk mak saya)  & suami mak saudara serta anak-anak menyambung tali persaudaraan.

Tuan rumah sediakan makan tengahari, ada nangka masak lemak,ikan goreng dan yang special, sup daging rusa. Rusa ni depa bela sendiri, kandang sebelah rumah je. 

 sup rusa + lontong asli
 
Sedap sungguh daging rusa, lembut je dagingnya. kena pulak dengan lontong asli, lepas tu hujan turun dengan lebatnya, memang terbaik..

dua keluarga

Sebelum balik, dibawa melawat kandang rusa....berkejaran rusa keluar tengok kami datang...hehe..rupa-rupanya depa nampak plastik roti...rusa makan roti, kome...makan begitu saja..

gemuk-gemuk rusanya

ada lapan ekor semuanya, 2 baby


rusa-rusa berkerumun dekat anak sepupu sebab nampak plastik roti

up close & feeding kangkung

Kanak-kanak suka bebeno, yang dewasa pun teruja, tengok rusa jinak, demok macam ni. Hujan renyai-renyai pun dah tak kisah, free kome..

Sambung perjalanan semula, dari felda ikut jalan dalam, lengang, kenderaan kurang, menuju ke tol Slim River. Kembali ke kotaraya. 

Sekian kisah hari raya kami. Sederhana tapi penuh makna.

28 comments:

  1. Dah dekat dah dengan tempat Sha tu.. hehehe..
    sedapnya daging rusa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah..dh dekat..pertama kali mkn daging rusa, mmg sedap..lembut je..

      Delete
    2. lain rasa daging dia dengan daging lembu atau kambing..

      Delete
    3. ha'ah, lain rasanya..suka2..

      Delete
  2. seronoknya bela sendiri rusa tu

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya & maaf zahir dan batin..

      Delete
  4. ayam golek ni fav en.suami..kalau pergi baazar x sah x beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg x tahan, tengok ayam golek..hihi..

      Delete
  5. Salam..minalaidil walfaizin, hehehehe..beraya di kuale yea..saya hampir nak terjah kuale hari sabtu tapi mengenangkan ahzab nak balik ahad..batalkan niat tu...hehehehehe..ingat weekend ni nak ke sana gak..tak jugak kesampaian sebab ke karak..beraya rumah staff lama..
    Yup..hanya orang kuale dan yang pernah singgah kuale serta menikmati laksa kuale jer tau/kenai laksa kuale (teringat kat arwah azam..dia suka laksa kuale)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya...kami pun balik hari Sabtu, nak ngelak jem hari Ahad..

      Sapa yg dok kuale mesti pernah mkn lakse kuale ni..xde kt tmpat lain..

      Delete
  6. selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir n batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir & batin..

      Delete
  7. Alala comei2 ja rusa2 tu semua, sedap nampaknya kangkung tu 😆

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🤝🏻🧕🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan2 mmg sedap le kangkung tu..tea time..😄

      Selamat Hari Raya, Cik Suerin..

      Delete
  8. Tak larat dah nak makan kuih raya... makan2 open house pun saya control jugak tapi raya tahun ni saya berjalan jauh sampai ke Penang... Tak pernah2 ini pestime... tapi gi pun sebab ada undangan kenduri kawin kawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time2 raya ni mmg kena control mkn..tapi kekdg terlajak jg, overeating..

      Lps raya ramai yg buat kenduri kahwin..ada kesempatan kita raikan undangan kwn2 rapat, mesti mereka terharu kwn2 jauh dtg..

      Delete
  9. Alhamdulillah raya yang penuh makna ziarah-menziarahi sambil meneratkan lagi silaturrahim.

    Family sebelah arwah Abah Mrs. A pun macam dah renggang setelah arwah Abah Mrs. A meninggal dulu setiap kali raya cousin Abah mesti datang tapi lately jarang datang dah. Bila ditanya katanya mereka segan huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hari raya dipenuhi dgn acara ziarah-menziarahi..

      tak seronok kan mcm tu, apalah nak disegankan, tali persaudaraan x kan putus bila pakcik/makcik dah meninggal..

      Delete
  10. Bestnya cerita raya nohas ni, meriah je rasanya, yelah kan time2 raya camnilah saja kadang kita dpt berjumpa saudara mara, pastu tunggu plak raya taun depan..mudah2an dpt jumpa lagi ye dok..
    Bestnya boleh bela rusa sendiri, dagingmya sedap tak hamis macam kambing kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, time raya bersemangat nk ziarah saudara-mara..nak tunggu kenduri tk tau bila..

      daging rusa tak hamis, sedap sgt, lembut..

      Delete
  11. Wahh.... Ada rusa ye... Nak ternak rusa jugak la... mesti seronok...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!