Thursday, 28 October 2021

Nasi Dalca Ustaz

Assalamualaikum...#update: restoran ni dah tutup ya..

Hari ni makan tengahari pekena nasi dalca di Restoran Nasi Dalca Ustaz

Lokasinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman..

Nasi dalca ni popular di negeri belah utara - Penang dan Kedah. Kat Penang yang popular selain nasi kandar.

Jom tengok apa yang ada..first time makan nasi dalca..

ada set dan ada ala-carte
 
ada lauk ayam, daging & kambing, ikan bawal pun ada
mee kari & bihun sup pun ada
order set ayam ros
 
resepi turun-temurun
 
set ayam ros, cili hijau tu harga lain
orang utara panggil ayam masak merah tu ayam ros
nasi kuning, ada sayur kobis 

close-up
 
The verdict: sedap baq hang, lagi sedap dari nasi kandaq
secukup rasa, sedap dalca nya 

bihun sup utara yang marvellous

 
restoran yang luas

bungkus
 
overall, memang sedap, singgahlah kalau ada di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Restoran ni dekat dengan Mydin Chow Kit, depan Bank Muamalat.

Monday, 25 October 2021

Berkelah di Taman Tasik Titiwangsa..

Edisi berkelah di taman kembali lagi...hehe.. 

Kali ni di Taman Tasik Titiwangsa pula..

Tasik Titiwangsa yang tenang di waktu pagi

Seperti biasa, adik bongsu sekeluarga sampai dulu dari Shah Alam.

Macam-macam makanan yang ada

 

Hujan renyai-renyai di pagi hari

Friday, 22 October 2021

Drama China : The Ideal City (2021)

Nihao...

Drama review kembali lagi. Kali ni nak review business, work drama yang awesome. Drama yang ada kaitan dengan kerja ahkak, so memang layan habis..menggembirakan minda dan menambah pengetahuan..

Drama berkaitan bidang hartanah iaitu sektor pembinaan. Watak heroin yang  kuat pendirian dan berusaha memajukan diri dan syarikat. 

The Ideal City (2021)

Platform : iQiyi
Episod : 40

Drama mengisahkan watak utama, seorang cost engineer wanita bernama Su Xiao. Di negara China, depa panggil cost engineer. Di Malaysia, kerjaya ni dipanggil Quantity Surveyor, panggilan femesnya QS. Tugas QS ialah buat anggaran kos untuk projek pembangunan dan mengawal selia kos ketika pembinaan sedang berjalan.

Su Xiao bekerja di ZJ Construction, sebuah syarikat pemaju yang besar. Dia incharge projek perumahan awam. Di awal drama, pekerja sub-contractor mogok depan pejabat ZJ kerana tak dibayar gaji. Sebenarnya, ZJ dah bayar kepada kontraktor utama iaitu TK Construction tapi main-con ni tak bayar kpd sub-con. Bos-bos ZJ panik sebab pada masa yang sama, pegawai besar local authority ada lawatan kerja ke pejabat ZJ dan kemudian lawatan tapak di projek perumahan awam. 

Kemalangan kecil berlaku di tapak pembinaan semasa lawatan pegawai local authority. Su Xiao dikambinghitamkan dan diberhentikan kerja. Masa ni Su Xiao down betul, dahlah kena buang kerja, boyfriend pulak curang, main kayu tiga dengan kawan sepejabat.

Su Xiao kemudian bekerja di TC Construction. TC dan TK Construction ialah anak syarikat Yinghai Group. Yinghai Group ialah syarikat konglomerate yang ada pelbagai jenis perniagaan, ada lima syarikat kontraktor kecil yang digelar T- subsidiaries iaitu TK, TC, TH, TT  & TS...

duduk depan toilet masa jadi cost manager di TC construction

Drama ni berkisar pada urusan-urusan kerja dan staff di TK, TC dan  Yinghai Group, persaingan untuk dapat tender, strategi perniagaan, masalah yang dihadapi oleh kontraktor kecil, office politik dan bagaimana Su Xiao buat perubahan di TC dan naik pangkat hingga jadi Director of Reform Group di Yinghai Group.

kick-off meeting untuk cadangan menggabungkan
semua T-subsidiaries

 

Plot drama ni interesting, flowing dan tak boring. Banyak yang dapat dipelajari dari drama ni..

1) Jika hendak maju, kita mesti berani buat perubahan - to develop, we must level up. if market force us to change, it is late already..

2) dalam pejabat, ada golongan yang toxic, yang tak suka kalau kita tunjuk pandai terutama mereka yang dah lama bekerja..

3) Semasa melobi projek besar All-Stars, client tanya boleh ke construction period dipendekkan..Su Xiao jawab dia dah buat simulasi BIM...pertama kali dengar BIM ni..Building Information Modelling..

BIM is a process for creating and managing information on a construction project throughout its whole life cycle. As part of this process, a coordinated digital description of every aspect of the built asset is developed, using a set of appropriate technology.

As the project enters the construction stage, the information developed can be used to plan and build more efficiently. Where revisions to the design are required, any changes can follow the agreed process in a transparent and recorded way. (source: www.thenbs.com)

 

TK dan TC bergabung utk melobi projek All Stars

 4) business strategy - management buyou (MBO), initial public offering (IPO), merger. Bila president umum nak gabungkan semua 5 syarikat T-subsidiaries jadi satu syarikat besar, semua bantah. Tapi argument Presiden sangat tepat iaitu "industri sekarang sudah berubah,  projek semua besar2, kontraktor bersaiz kecil, tak dapat bersaing untuk melobi projek-projek besar".

Presiden Yinghai Group ialah seorang yang value talent. Bila dia tahu ada staff di anak syarikat yang outstanding, dia akan offer bekerja di HQ untuk majukan Group. Dia dengar proposal Su Xiao nak convert Debt to Loan dan All Employees Share Ownership Scheme. 

Mula-mula President offer hero, Xia Ming tapi hero tak minat kerja di HQ. Dia awal-awal lagi dah nak keluarkan TK dari Yinghai Group. Tapi dia seorang yang intelligent dan penuh strategi, sampaikan President kena buat deal dengan dia...


Recommended sangat drama ni untuk tontonan..rasa puas hati tengok drama yang beri banyak pengetahuan..

Wednesday, 20 October 2021

Baru dapat merasa..

 Dah lama berada di pasaran, tapi baru dapat merasa..

 

Roti kelapa pandan Gardenia

 
enak sih..promote kat officemates..
kemudian try yang toast, enak juga 

Bubblebee honey ice-cream

 
 sedap juga..combinasi dengan cornflakes

beli di outlet Bubblebee di One Maxim Sentul

Tuesday, 19 October 2021

Salam Maulidur Rasul 1443H

 Salam Maulidur Rasul 1443H

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Surah al-Ahzab (56)

Selawat dan salam keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W
keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Monday, 18 October 2021

Nasi Padang @ Takana Juo

Salam sejahtera di petang Isnin..

cerita makan-makan..

Dalam bulan April, teman ada buat entry tentang filem Indonesia berjudul Tabula Rasa, filem mengenai masakan Minang (Nasi Padang), boleh check link ni.

Tabula Rasa (2014) : Seputar Kuliner Nasi Padang

Dalam filem ni, restoran Nasi Padang tu namanya Takana Juo. Yang maknanya dalam bahasa Melayu ialah terkenang jua. Orang Minang ramai yang merantau ke di nusantara, akan terkenang kampung halaman.

Rupa-rupanya ada restoran Minang nama yang sama di Kuala Lumpur ni...hehe..

Kedai makan ni letaknya di sebuah lorong kecik, off Jalan Balau, di Jalan Gombak. Lorong tu pula cul-de-sac (lorong mati), nak keluar masuk kereta memang payah sikit le...

Haritu selesai urusan di Kampung Sungai Mulia, teman singgah di sini untuk makan tengahari.

Lorong kecik ke kedai makan, 
parking bawah pokok depan kedai
 
kedai yang simple
 
kedai ni ada dua bahagian, kat luar tempat makan
kat bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
 
 
 bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
gulai keting - feveret dish takde
 

masak lemak jering (jengkol)
signature dish masakan Minang 

ambik ni je..ayam kampung, ikan kering
sayur kacang panjang, sambal sikit & air kosong
kena RM10..huhu..
 
 
Cerita lain masakan Minang :


Saturday, 16 October 2021

Bangsar South @ Kampung Kerinchi

Dulu semasa pemerintahan kerajaan yg dulu (baca: PH), ada cadangan nak tukar nama Bangsar South kepada nama asal tempat ini iaitu Kampung Kerinchi.

Sekarang ni dah tak dengar pula..jadi ke idok? entahlah...

Tapi sesuai ke tempat ni dipanggil Kampung Kerinchi lagi..landskap sudah berubah..

Pembangunan di Bangsar South 
semuanya menjulang ke langit

Lenyap nama sebuah kampung ditelan arus pembangunan. Sama seperti rakannya di seberang jalan, Kampung Abhdullah Hukum, dah jadi KL Eco City...sama bentuk pembangunan..komersil..semuanya highrise..
 
Tiada lagi nama dua kampung ini dalam peta Kuala Lumpur. Cuma diabadikan sebagai nama stesen LRT Kelana Jaya line.
 
Stesen Kerinchi dan stesen Abdullah Hukum..dan juga nama jalan - Jalan Kerinchi..
 
Bila guna nama mat salleh, terasa urban sikit dan harga pun mencanak naik..ribu raban sekaki persegi..itu biasalah, dah tukar ke perdagangan..lokasi pun ok..KL fringe..

Yang terpinggir, terus terpinggir...hanya mampu tengok...huhu..

Thursday, 14 October 2021

Update : Dah nampak pokoknya

Update entry Tumbuh...kisah tapak semaian di rumah jiran..

Dah ada bentuk pokok, dah keluar daunnya

rasanya tak lama lah kat sini

Wednesday, 13 October 2021

Swab Test kali ke-2

Salam semua, semoga sihat walafiat..

Kisah pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Hari Ahad dapat tahu yang sorang officemate positive covid. Hari Isnin, office tutup sebab kena sanitize... 

Semalam pula, seorang lagi officemate dalam satu group disahkan positif. Makanya, HR suruh 4 orang ahli group yang lain buat swab test PCR termasuklah ahkak. Ini kali kedua buat swab test. Pertama kali dulu masa nak kena operate bulan 8 tahun lepas..

Teman malas nak gi jauh-jauh, pergi Hospital KPJ Tawakkal je sebab dekat dengan office, dekat dengan rumah, lagipun best, ada outlet Ayamas, dekat dengan Baker's Cottage, Restoran Haslam...ehehe..

Di hospital ni, boleh walk-in, boleh drive-thru. Sebab ahkak dah parking kat tempat lain, so kita ke bahagian walk-in...

tempat scan QR code dan isi Google form
kena isi borang fizikal juga 
 
Bayaran untuk ujian PCR ialah RM250, keputusan dapat dalam masa 24 jam.
Ujian RTK pun ada, harga RM150 je
 
bilik untuk ambil sample 
perit juga kena jolok hidung dan kerongkong
 
Lepas dah habis, terus balik rumah, kena kuarantin dalam bilik.
takde mood nak sambung kerja WFH..
 
Keputusan pun dah keluar, Alhamdulillah...negatif..
Esok dah boleh masuk pejabat..hari ni WFH...

Tuesday, 12 October 2021

Al-Halabi @ Dining Loft, Pavillion

Salam hari Selasa..

Hari Ahad lepas, jalan-jalan ke Pavillion, nak ke Samsung outlet. Hajat hati nak beli handphone baru (masih setia dengan Samsung..ommo). Handphone lama memori sikit sangat, 16GB je. Beli pada tahun 2016. 

Ingatkan outlet Maxis ada lagi di Pavillion, senang kalau kena tukar sim card, terus je pergi..rupanya dah takde. So, sebelum tukar handphone, kita makan dulu...guna MySejahtera..

Pilihan hati ialah restoran Arab Al-Halabi di tingkat 7, Pavillion. Tingkat 7 ialah Dining Loft. Ada 5 restoran di tingkat ni.

Dining Loft di tingkat 7 @ Pavillion KL
 
Restoran Arab Al-Halabi
 
Restoran lain yang ada di sini - Serai, Al-Amber, Rocku & Village Roast Duck
 
Restoran Cina Muslim Al-Amber
 
Restoran Serai & Village Roast Duck
 
Restoran Jepun Rocku
 
 
Restoran Al-Halabi ni cantik dekorasinya. Mula-mula tu waiter bawa ke bahagian yang berambu-ramba ni.  
 
 
Dah order makanan, jom kita shooting. Takde orang, seronok jadi pelanggan yang pertama. Bahagian ni split-level, yang diatas dah direserve.
 

radio antik
 
set teko antik
 
backgammon board game set
 
lampu antik
 
view dari tempat duduk
 
Walaupun cantik tapi bahagian ni panas sikit, so kita pindah tempat ke bahagian dalam, dekat dengan kaunter. Dekorasi ala-ala timur tengah..

baru terasa di restoran arab..haha..
 
Jom tengok apa yang diorder..hehe..semua rasa masam..
 
Fetush Al-Halabi and Wara Ainab
minuman - Iced Lemon Tea
 
Salad Fetush Al-Halabi
 
Wara Ainab
daging dibalut dengan daun anggur
 
bergelut juga nak habiskan semua makanan, sebab semuanya rasa masam..salad tu bolehlah tahan lagi, yang wara ainab tu masam giler..Alhamdulillah, dapat juga habiskan..
 
cukuplah sekali order yang ni. Kalau makan di sini lagi, order yang biasa-biasa je lah, nasi arab, kebab atau roti nan...hihi..