Assalamualaikum, welcome April..harap baik-baik semuanya....
Sudah makan siang, ibu-ibu, neng, bapak-bapak sekalian? jika udah, Alhamdulillah, jika belum, silakan menjamu selera..
Masih lagi seputar nasi padang/masakan Minang. Kali ini ulasan filem dari negara tetangga, Indonesia.
Filem berjudul Tabula Rasa.
Pernah menonton filem ni di saluran Astro, tak ingat tahun bila. Teringat kembali filem ni bila makan di Restoran Nasi Kapau. Filem mengenai masakan minang, kemanusiaan dan halatuju kehidupan.
Menarik filem ni.
Kisah Hans, seorang pemuda di Papua, bercita-cita menjadi pemain bolasepak di sebuah kelab di Jakarta.
Hans & famili di airport Papua
Tapi nasib tidak menyebelahi Hans, dia cedera, kakinya patah. Kelab pula tidak membiayai pembedahan dan Hans dibuang dari kelab. Dia jadi gelandangan di kota. Pada suatu hari, dia hampir mau terjun jambatan tapi tak jadi. Dia tidur saja diatas jambatan.
Pemilik rumah makan Minang, dipanggil Mak terkejut tengok Hans tidur di jambatan. Dia kejutkan Hans, lantas diajak makan di restoran beliau.
Hans dijamu dengan masak lemak kepala ikan
terkesima Hans dengan keenakan masakan minang
Nama restoran Minang ini ialah Takana Juo
Rumah makan ni diusahakan oleh tiga orang, Mak (pemilik resto), Parmanto (juru masak) dan Natsir (tukang sanduak - juruhidang).
Mak kesian sama Hans, tiada tempat tinggal, tidur tepi jalan. Setiap hari, Mak ajak Hans makan di restoran tapi Hans segan, dia ngga mau makan percuma. Dia ikut Mak ke pasar, tolong angkat barang2, mop lantai, cuci pinggan. Parmanto tidak suka sama Hans.
Pada suatu hari, Parmanto kemas-kemas beg dan keluar dari restoran, dia berhenti kerja. Dia berbalah dengan Mak. Pelanggan tak ramai, Mak lagi mau ambil Hans jadi pembantu. Parmanto mahu turunkan mutu masakan dan turunkan harga. Mak tak setuju, Mak nak pertahankan mutu masakan/resepi.
BIla Parmanto tiada, Mak ajar Hans masak masakan Minang dan beli barangan basah di pasar.
mengulek cili dan bawang
Mak ajar Hans masak rendang daging tacabiak
Mak masih guna cara tradisional..guna dapur kayu, perah santan sendiri.
dapur kayu
Suatu hari, Mak dan Hans melihat satu bangunan sedang dibina di sebelah restoran mereka.
Rupanya bangunan itu ialah restoran masakan padang yang besar
Restoran Caniago - masakan Padang
Ramai pelanggan di restoran baru ni
Mak, Hans dan Natsir datang makan di restoran baru yang jadi pesaing mereka
Mak merasa makanan, tiba-tiba Mak merengus dan berhenti makan Mak bangkit dan berjalan ke dapur
Mereka semua masuk ke dapur Rumah Makan Caniago
rupanya Parmanto jadi jurumasak restoran baru Mak meradang Parmanto guna resepi dia
Mereka kembali ke restoran Takana Juo. Hans beri cadangan restoran mereka buat masak lemak kepala ikan sebagai resepi baru. Mak naik angin. Hans tak faham kenapa Mak tak terima cadangan dia.
Natsir bilang sama Hans yang masak lemak kepala ikan ialah makanan kegemaran arwah anak Mak. Kebetulan pada hari pertama Hans makan di restoran Mak, ialah sama hari arwah meninggal.
Akhirnya Mak mengalah. Dia ajar Hans masak lemak kepala ikan kakap. Mak juga buat resepi baru.
oo..patutlah sedap masak lemak minang ada daun ruku-ruku
Mak masak dendeng batokok bakar lado mudo
sedapnya..masakan minang..
Adakah rumah makan Takana Juo mampu bersaing dengan rumah makan Caniago? Adakah Hans mampu jadi koki (chef) di Takana Juo?
Saksikan filem kuliner mengugat rasa ni di www.bioskopkaca21.com. Tapi ngga ada sarikata, boleh aja difahami, mereka sering berbicara dalam bahasa Minang. Gambar-gambar yang ada sarikata itu diambil dari youtube, tapi macam dah takde.
Selamat menonton..
...................
Surprisingly Tabula Rasa bukanlah bahasa Melayu/Indonesia..tapi bahasa Latin..
Tabula rasa is a Latin phrase often translated as "clean slate" in English and originates from the Roman tabula used for notes, which was blanked by heating the wax and then smoothing it. This roughly equates to the English term "blank slate" (or, more literally, "erased slate") which refers to the emptiness of a slate
prior to it being written on with chalk. Both may be renewed
repeatedly, by melting the wax of the tablet or by erasing the chalk on
the slate.
Di wikipedia, ada beberapa falsafah tentang Tabula Rasa - antaranya dari Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Tufail, Sigmund Freud..
noun
noun: tabula rasa; plural noun: tabulae rasae
an absence of preconceived ideas or predetermined goals; a clean slate.
"the team did not have complete freedom and a tabula rasa from which to work"
the human mind, especially at birth, viewed as having no innate ideas.
Kalau check di internet/youtube, banyak betul judul Tabula Rasa ni, ada muzik, instrumental, drama US, drama Belgium..
Di netflix, drama Tabula Rasa ialah drama Belgium. Teman ada juga tengok. Pening lalat tengok drama ni, rasa confused, buat stress je, last2 drop..
Tabula Rasa
is an excellent psychological thriller. The acting is top-notch,
particularly from the three lead actors: Veerle Baetens, Stijn Van
Opstal, and Jeroen Perceval. This is a show that will keep you guessing,
with so many twists, layers, and hidden connections. There's a
fantastic air of creepiness and menace -IMDb
Bolehlah nak tonton..
Hehe macam menarik sebab ada tunjukkan masakan Minang.
ReplyDeleteha'ah..scene Mak ajar Hans masak...menarik utk ditonton..
DeleteDah tengok....mmg best sgt
ReplyDeletebestkan..walaupun berlainan agama, rasa kemanusiaan itu mengatasi semuanya..
Deletesesekali layan best jugak. boleh tgk masakan minang mcm mana.
ReplyDeletei have something for u. pls read this
https://ciksukataip.blogspot.com/2021/01/top-komen-2020-blog-ciksukataip.html
betul..tngok cara masakan tradisional minang..
Deleteoo..sudah email, tq..
Wahh..ada diperturunkan resepi masak lemak kepala ikannya
ReplyDeletemenu baru Takana Juo..selama ni tak jual sbb ada sentimental value..
DeleteMcm menarik jalan citw dia ni..
ReplyDeletemenarik...berlainan bangsa & agama..rukun dlm erti kemanusiaan..
DeleteHadir.. 🙏🏼
ReplyDeleterecommended utk ditonton..
DeleteMENARIK ULASAN NOHAS
ReplyDeleteterimakasih Kak PI..ringkas saja..
DeleteMenarik tengok masak memasak ni. Lahh ingatkan tajuk tu bahasa Indo. Rupanya latin.
ReplyDeletemasa cari di internet, tengok banyak pulak tajuk Tabula Rasa ni..tak sangka..
DeleteSedap masakan minang... akhirnya jadi apa...takan gitu je habis nya.
ReplyDeleteriki-riki di internet, pengakhiran movie ni ada makna tersirat..ikut budaya org Papua..maknanya Hans memilih utk jd jurumasak, tinggal hasrat utk jd pemain bola sepak..
Deletemenarik ceritanya... dah la saya suka nasi padang
ReplyDeletemovie ni menarik utk ditonton..nasi padang mmg sedap..puashati makan..
Delete*tak boleh rasa., ;p
ReplyDeleteps. wak rasa penah tonton separoh je movie ni tapi tak mula dari awal., huhuhu
hehe..ya, movie ni ada ditayang di Astro, lama dulu..tak ingat tahun bila..
Deletefilem yang menarik mengenai masakan..
ReplyDeleteya, betul..recommended..
DeleteRasa macam pernah tengok, tapi tak habis. Masakan minang boleh tahan sedap. Hehe..
ReplyDeletemmg ada tayang di Astro lama dah..masakan minang mmg sedap..terasa keenakannya..
Delete