Tuesday 6 June 2023

K-dramas to help you understand grief

Hola, kembali bekerja..

Masa tengah layan tik-tok, lalulah tik-tok ahli terapi - noonasnoonchi namanya. Dia ni specialise in grief dan trauma..

'Grief' kalau diterjemahkan bermaksud kesedihan dan kemurungan berpanjangan yang selalunya berpunca daripada kematian ahli keluarga, kenalan, orang yang disayangi. Ia juga kekesalan yang mendalam yang menyebabkan perubahan psikiologi seseorang.

Noonasnoonchi ada senaraikan beberapa drama korea untuk kita memahami apa itu pelbagai bentuk 'grief' dan bagaimana cara menghadapinya - though, grief is super tough and there's no rhyme or reason. It's why it's referred to  as a grief cycle.

Drama korea yang dicadangkan, antaranya ialah:

  • Go Back Couple
  • Chocolate
  • Call It Love
  • Hotel Del Luna
  • Hi, Bye Mama
  • Just Between Lovers
  • Thirty-Nine
  • Divorce Attorney Shin
  • Goblin
  • Uncontrollably Fond
  • Thirty but Seventeen
  • Move to Heaven
  • If you wish upon me
  • Be melodramatic
  • It's Okay to not be Okay

Ada drama diatas yang pernah saya tonton, ada yang belum. Ada juga drama lain yang saya tengok ada kaitan dengan 'grief'. Jom review drama korea yang ada kaitan dengan 'grief'..

Just Between Lovers 

Hero (Gang Doo) dan heroin (Moon Soo) drama ni ialah survivor dalam satu kes runtuhan bangunan. Dalam kejadian tersebut, bapa Gang Doo dan adik perempuan Moon Soo terbunuh. Mereka berdua mengalami sindrom 'survivor guilt'. Kejadian itu juga memusnahkan impian Gang Doo menjadi pemain bola sepak disebabkan kecederaan di kakinya. Dia mengalami depression dan terpaksa tinggal di rehab centre selama 3 tahun.

Just Between Lovers menunjukkan bagaimana Gang Doo dan Moon Soo mengatasi peristiwa pahit masa lalu dan membangun kendiri untuk masa depan yang cerah disamping healing each other. Drama ini juga memaparkan perasaan keluarga mereka yang terlibat kejadian bangunan runtuh dan bagaimana mereka move on dalam hidup mereka.

Review panjang, klik Just Between Lovers.


A Piece of Your Mind

Drama mengisah hero dan heroin yang mengalami kesedihan disebabkan kematian orang tersayang. Hero tidak dapat melepaskan kenangan bersama kawan perempuan yang dikenali sejak kecil ketika mereka tinggal di luar negeri, manakala heroin pula tidak sanggup untuk balik kampung kerana kehilangan kedua ibubapa di dalam kebakaran rumah mereka.

Mereka saling memberi kekuatan untuk move on daripada kesedihan masa lampau.

Review panjang, klik review A Piece of Your Mind.


May I Help You


Drama mengisahan hero yang meninggalkan kerjaya sebagai doktor kerana merasa bersalah di atas kematian adik dia. Heroin pula bekerja sebagai funeral manager yang mempunyai kelebihan untuk bercakap dengan orang mati dan menyampaikan harapan dan menyelesaikan kesalan dan unfinished business mereka.

Review panjang, klik May I Help You.
 
 
Drama genre sebegini selalunya kurang diminati sebab kekadang pace yang slow dan plot yang berat. Tetapi drama Korea ni walaupun plot cerita serius tapi boleh disampaikan dengan gaya humorous dan santai, contohnya, drama May I Help You. Ada plot cerita yang interesting macam drama It's Okay Not To be Okay dan Goblin..tapi dua2nya tak habis nonton..haha..
 
Sedang menonton Move to Heaven...sedih, sedih..
  

16 comments:

  1. Ada beberapa k-drama sy sedang tonton skrg.. ni kena masuk list jugak la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk nak kena tengok...hihi..slow2 tengok..

      Delete
  2. Saya cuma boleh layan 1 drama korea pada satu2 masa. Baru je habis layan Dr Cha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tgk 2-3 drama tapi nak habiskan satu2 drama tu makan masa jugalah...hehe..

      Delete
  3. Oh, nanti nak tengok, bila free. :)

    ReplyDelete
  4. Uncontrollably Fond citer ni sedih. Mula-mula geram je kenapa dia marah sangat dengan maknya. Tapi bila dah last sedih sangat. Kasih sayang seorang mak walau bagaimana di perlakukan anak tetap memaafkan anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih sayang ibu tu unconditional....hero x brp minat..

      Delete
  5. Best layan drama Korea. Kalau drama sedih memang kita meleleh air mata!

    ReplyDelete
  6. Banyak sahaja cerita pasal cara layan kesedihan sebenarnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..cara nak healing..perlu teman, x leh sorang², nanti jiwa kacau..

      Delete
  7. Hi Bye Mama memang sedih... dgn move to heaven... sy mmg akn lebih terkesan dgn cerita family mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh tengok move to heaven..awal² lg dh sedih..

      Delete
  8. Sha suka dram genre macam ini tapi ambil masa untuk keluar dari emosi tu.. Kadang drama macam ini merawat hati kita sama.. Ada beberapa drama yang disenaraikan Sha belum tonton lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..buat lebih memahami kesedihan & masalah org lain..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!