Wednesday, 2 June 2021

Drama Korea : Just Between Lovers (2017)

 Annyeonghaseyo..hello Juni..

Time for drama review. 

Drama Korea yang bertajuk Just Between Lovers atau nama lainnya - Rain or Shine

Drama rakyat marhaen, working class people. Genre slice of life, workplace drama, melodrama + slow burn romance. Drama yang penuh emosi.

Cerita mengenai hero & heroin yang survive dalam runtuhan bangunan dan bagaimana kejadian tersebut memberi kesan psikiologi yang mendalam kepada kehidupan mereka berdua dan juga keluarga mereka. 

13 tahun yang lalu, hero Lee Gang Doo (lakonan Junho 2PM) dan heroin Ho Moon So terselamat dalam runtuhan kompleks membeli-belah yang baru dibuka. Tapi bapa Gang Doo dan adik Moon So mati dalam kejadian tersebut.

Disebabkan peristiwa tersebut, Gang Doo sangat kecewa dengan hidup sebab tak dapat jadi pemain bolasepak (sebab kaki dia cedera). Dia hidap PSTD - Post Sympton Traumatic Disorder dan terpaksa bergantung dengan painkiller yang diambil secara haram dari seorang ahjumma (nenek angkat).


Heroin juga alami trauma tapi dia pendam je. Mak bapak dia alami depression dan bawa haluan masing-masing. Disebabkan peristiwa bangunan runtuh tu, heroin bekerja sebagai pembuat model bangunan (architectural model). Sambil-sambil buat model, dia check struktur bangunan supaya tak berulang lagi kejadian bangunan runtuh.
 
Di tapak runtuhan bangunan tu, developer yang lama nak buat projek pembangunan baru. Hero, heroin dan arkitek (Seo Joo Woon) terlibat dengan projek tersebut. Bapa Joo Woon ialah arkitek bangunan yang runtuh, dah mati, bunuh diri sebab peristiwa bangunan runtuh.

Gang Doo dan Joo Won

Yang best drama ni ialah adalah sikit-sikit kaitan dengan kerja teman. Kalau dapat kes tanah pembangunan, kena gi site macam ni. Satu kemestian bila nak start projek, kena buat macam-macam test kat tanah - soil investigation, underground water movement, untuk check ada mendapan tanah ke idok.
 
Cool je tengok heroin galas alat survey tanah ni...teringat masa 1st year dulu, belajar guna alat ni dalam subjek land surveying.
 
tak ikut SOP tapak projek, sepatutnya kena pakai topi keras tu (hard hat)

Drama ni oklah, ramai yang puji sebab plot cerita yang lain daripada yang lain. Walaupun banyak tragedi diantara hero dan heroin, drama ni happy ending. Ada plot twist di saat akhir.
 
Recommended for viewing. Happy watching!

32 comments:

  1. Tambah pengetahuan tentang kerja di tapak bangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..teringat pergi site..dengan becaknya..

      Delete
  2. Jangan kata topi keras kak, safety boot n vest pun tak pakai. Hehehehehe..
    land survey subject...yup mengimbau kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..3 benda tu kena pakai, SOP construction site..kenangan BBNU..hehe..

      Delete
  3. Rasanya macam dah tenguk tapi sekerat jalan tak habis....wah kena sambung balik ni tenguk\\

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah drama ni..takdelah slow pace..interesting jg jln ceritanya..

      Delete
  4. Hari tu tenguk Dr Romantik 2...minta2 ada sambungan Dr romantik 3 lah pulak. Hero dan heroin dalam Dr Romantik 1 bergabung dengan hero dan heroin dalam Dr Romantik 2. Mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada ke Dr Romantik 3? kalau ada, daebakk!! hero Dr Romantik 1 dah jadi one of the doctors dalam drama Hospital Playlist..tgh tunggu Hospital Playlist Season 2..

      Delete
    2. oh ya ka wah kena cari lah Hospital Playlist tu...suka hero tu walaupun eksyen hehehe

      Delete
    3. best kak Hospital Playlist..tenang je tengok sbb takde orang jahat..hehe..dlm drama ni dia eksyen juga..

      Delete
  5. Wahhhh junho 2pm pernah berlakon keeeee? First time tahu hahaha
    Tengok alat survey tu menggamit kenangan betul, first semester diploma ada ambil subjek land surveying :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..adalah 2-3 drama yg dia berlakon..drama Chief Kim, Wok of Love & one historical movie..best jg dia berlakon, takdelah species kayu-kayan...haha..

      hehe..sapa2 yg ambik subjek land survey, mesti mengimbau kenangan tgk alat tu kan..hihi..

      Delete
  6. aww lama tak layan korea..cerita cam best..boleh layan ni

    ReplyDelete
  7. menarik juga..tq nohas review drama ni :)

    ReplyDelete
  8. Habis tgk siri mouse nak tgk ni hehe

    ReplyDelete
  9. Kat mana nak tengok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok di rakuten viki..dekat dramacool pun boleh..

      Delete
    2. Baik. Mekasih, atas info. :)

      Delete
    3. sama2..happy watching..

      Delete
  10. Mudah emo kalau cerita kehidupan yang struggle ni. ada masa boleh layan tengok Junho 2PM berlakon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. healing drama...psikologi trauma susah nak recover..best jg Junho ni berlakon..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!