Saturday 4 February 2023

Drama Korea : May I Help You (2022)

 
 Annyeonghaseyo..review drama Korea..May I Help You....
 

Drama yang ada vibe macam drama Hometown Cha Cha Cha, a feel-good drama. Walaupun unreal sikit tema dia, tapi syok juga layan. Kisah heroine yang boleh nampak dan bercakap dengan roh orang mati.

Drama mengisahkan Baek Dong-ju, yang bekerja sebagai Funeral Director, yang tugasnya make-up mayat. Setiap kali dia sentuh mayat, tetiba muncul roh orang mati tu. Dong-ju mulanya tak tahu. Dia melarikan diri semasa roh budak lelaki minta dia bawa jumpa abang dia. Rasanya hal ni ada kena-mengena dengan Paderi Michael, yang juga bapa saudara Dong-ju. Paderi Michael suruh Dong-ju bertahan sehingga 15 kes kematian. Dong-ju kena tunaikan permintaan roh..
 
 
 Dong-ju, Michael & Vincent
 
Hero pula, bernama Kim Tae-Hee, berhenti jadi doktor sebab rasa bersalah diatas kematian adik lelaki dia dua tahun yang lepas. Tae-Hee kerja dengan bapa saudara dia, Vincent, nama syarikat 'A Dime A Job', kerja rencam, buat macam-macam kerja, jadi pengawal lalu-lintas budak sekolah, transporter, jadi penyamar sebagai kekasih Dong-Ju dan sebagai anak simati, semua kerja dia buat...
 
Tae-Hee semasa diupah jadi anak simati
 
Pertama kali hero dan heroine berjumpa bila kekasih Dong-ju, Byung-Soo upah Tae-Hee sebagai orang pengantara untuk beritahu Dong-Ju yang dia nak putus dengan Dong-Ju. Diantara sebab Byung-Soo nak putus dengan Dong-Ju ialah dia merasa geli nak pegang tangan Dong-ju sebab Dong-ju setiap hari sentuh mayat.
 
 hero & heroine bertemu pertama kali
 
Menarik drama ni ..kisah kehidupan, kesalan si mati, ada part sedih, kelakar, geram..yang tak boleh blah..part keluarga simati yang geli nak ambik bunga dari Dong-ju sebab tangan Dong-Ju pegang mayat..depan berpura-pura mulut manis tapi dibelakang kutuk Dong-ju..begitulah kehidupan...


Recommended for viewing...layan time cuti-cuti ni..

Happy long weekend semua!

18 comments:

  1. Aneh2 jalan cerita Korea, tapi ok la lain dari yang lain. Tak cliche sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..tak cliche...best jg layan, tak heavy sgt drama ni..

      Delete
  2. Kerja-kerja berkaitan dengan urusan kematian ni tak semua orang boleh buat. Hati mesti kental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tak ramai yg mampu nk buat tugas ni...kekdg anak2 simati pun tak nak sama2 tolong..

      Delete
  3. Ok next dalam list. Missing the other side pun syok tengok.

    ReplyDelete
  4. Haaa citer ni x smpt lg nak layan...msk list juga ni

    ReplyDelete
  5. best cite ni.. sedih tapi kelakar :)

    ReplyDelete
  6. mcm menarik aje, ada roh2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram gak tengok..hihi..sbb bila ada org lain, tetiba roh tu bertukar jd mayat, terjelepok je atas bahu heroine...huhu..

      Delete
  7. Macam best je..dah macam citer Hotel Del Luna je ha....eh..nanti nak tengok la...la ni tengah layan citer Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cerita ni...recommended...drama jepun pun ok jg..

      Delete
  8. Menarik...tapi tengok kat mana? Mcm x ada kat netflix.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!