Menurut wikipedia, ada pelbagai versi asal-usul pastri croissant tetapi ada dua versi yang mengaitkan penciptaan croissant dengan orang Islam:
1) Dicipta untuk meraikan kekalahan tentera Islam Khalifah Ummayah didalam peperangan, Battle of Tours (atau Battle of Poitiers) oleh puak Franks (satu kumpulan etnik Jerman Barat) pada tahun 732 dan mereka mencipta croissant yang berbentuk bulan sabit melambangkan agama Islam;
Battle of Tours (October 10, 732), juga dipanggil Battle of Poitiers atau dalam Bahasa Arab, معركة بلاط الشهداء (ma‘arakat Balâṭ ash-Shuhadâ’) Battle of Court of The Martyrs, adalah pertempuran di antara tentera pimpinan Austrasian Mayor of the Palace Charles Martel dan Abdul Rahman Al Ghafiqi, gabenor Al-Andalus, dimana Abdul Rahman Al Ghafiqi telah terbunuh.
2) Dipercayai dicipta di Vienna pada tahun 1683 bagi meraikan kekalahan tentera Empayar Ottoman daripada menakluki bandar tersebut dan bentuk croissant merujuk kepada bulan sabit yang terdapat pada bendera Turki.
Versi ini diperkuatkan lagi melalui fakta bahawa di dalam Bahasa Perancis, croissant dirujuk sebagai Viennoiserie dan croissant dipercayai diperkenalkan di Perancis oleh Marie Attoinette, seorang puteri diraja Vienna yang berkahwin dengan putera diraja Perancis.
Alangkah kasihannya umat Islam, dihina berabad-abad lamanya..