Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 23 July 2026

Brisk walk di Car Free Sunday Morning

Sambung dari entry lepas..
 
Pagi Ahad minggu pertama, ada acara Car Free, Ada beberapa jalan ditutup, yang dekat homestay ialah Jalan Ampang. Kakak Shah Alam dan adik Alor Setar, mereka dah rancang nak brisk walk.
 
First, jalan ke KLCC.. 

Tangkap gambo sini
 
berpatah balik, bergerak ke arah homestay
 
menuju ke Bukit Nanas
 
kakak pakai jubah je..haha..tak bawak baju sukan
adik pun sama..hentam sajalah..
 
Taman Eco Rimba pula
 
snap gambo seketul dua
 
sampai KL Tower 
 

 jauh perjalanan...
15,000++ langkah katanya..
 
Teman pun tak pernah join acara nih.. 
maybe one fine day..haha..

Friday, 10 April 2026

Menyukat Lemak Dalam Badan

Salam semua..dah 21 Syawwal hari ni..hari Jumaat Sayyidul Ayyam..
 
Masih lagi beraya, tapi tahun ni klien-klien korporat tak banyak yang buat majlis raya, yelah kan, masing2 berhati-hati dengan keadaaan ekonomi sekarang ni..
 
Esok ada jamuan raya di rumah makcik, untuk keluarga rapat dan jiran2 sahaja, yeayy..makan menu raya..hihi..jom sukat lemak dalam badan.. 
 
Masa pergi KPJ Tawakal Specialist Hospital nak ambil medical report, ternampak alat ni dekat ruang legar hospital..curiosity killed the cat..so, kita pun pi tanya..oo..alat sukat lemak dalam badan rupanya..,nak try lah..

 mesin menyukat lemak dalam badan
kena buka kasut, berdiri atas tapak aluminium tu 
mesin tu automatik boleh baca dalaman 

 keputusan - analysis otot dan lemak
otot normal, lemak ter-over 

 jenis-jenis sukan yang dicadangkan
kena turun berat badan sampai 57kg...perghh.. 

dapat susu ni
 
Bayaran cuma RM20 je (promosi), harga asal RM60++ 

Bagus juga alat ni, boleh tau tahap lemak dalam badan

Thursday, 19 June 2025

3 hari warded di KPJ Tawakal

Assalamualaikum...muncul kembali..

Baru discharged dari hospital semalam..3 hari duduk hospital KPJ Tawakal..hari Isnin haritu, tak sihat, muntah2, sweating teruk, muka pucat..pergi klinik, doktor refer ke hospital..

Selesai prosedur di emergency department, ambil darah & masuk air, keputusannya masuk wad. guna insurance company, entitled to a one-bedded medical ward, tapi tiada wad kosong, depa upgrade ke premier ward...Camelia premier ward di tkt 9..

Alhamdulillah..with the same bayaran..

besar wadnya, siap ada sofa bed untuk peneman
yang bermalam.. 
 
puas hati
 
ada peti ais
 
ex-boss datang ziarah
 
view dari bilik 
 

 Alhamdulillah, dah semakin sihat..serik dah nak makan oyster, scallop..

siap kena test hepatitis..sib baik negative.. 

--------------------------------- 

 kawan2, nanti ya teman datang blogwalking...banyak yg tertunggak..

 till then, sama2lah kita jaga kesihatan fizikal & mental.. 

Tuesday, 6 May 2025

Lifesaver Defibrilator

 Suka tengok bangunan yang ada benda ni...
maknanya Building/Property Manager peka 
tentang pentingnya ada alat ni dalam bangunan
kalau perasan, tak semua bangunan ada benda ni...
 
Defibrilator Luaran Automatik 
Automated External Defibrilator (AED)

alat untuk merawat jantung berhenti berfungsi
 
bila ada orang jatuh pengsan, tak boleh bernafas (cardiac arrest)
selain pemulihan pernafasan (CPR), menggunakan alat ini juga
membantu memulihkan jantung berhenti

ini di Sunway Putra Mall

ada video

Cara-cara menggunakan AED...
alat ini menganalisa keadaan pesakit secara automatik 
kita kena ikut arahan AED

di Menara Bank Islam, ikut warna tema Bank Islam

Block E, The Five @ Damansara Heights
 
Jagalah kesihatan jantung, semoga sihat sampai ke akhir hayat..

Tuesday, 29 April 2025

Teh Putik Bunga Mawar (Rosebud Tea)

 Viral di tik tok, teh putik bunga mawar (rose bud)..

pewangi badan semula jadi

 

yang kiri, dibeli di kedai arab Mehnaz
yang dalam plastik, dibeli di kedai ubat tradisional cina
 
rosebud tea..wangi bau bunga mawar
 
 banyak khasiatnya..salah satunya mengurangkan stress
dan mengawal mood, untuk detoks juga..

Tuesday, 28 November 2023

Beriadah di Taman Metropolitan Batu

Assalamualaikum..

Hari Ahad baru ni kawan ajak beriadah di Taman Metropolitan Batu dekat Batu Muda. Selama duduk KL, tak pernah jejak taman rekreasi ni...best rupanya...hujan pada Sabtu malam, Alhamdulillah, pagi Ahadnya suasana sangat segar..

pepohon hijau
 
indah sungguh panorama
 
 dahan dan dedaunan
 
the don'ts

pejabat kecil jabatan landskap & taman DBKL
teringat kdrama 'Destined With You', heroine bekerja
di jabatan landskap & taman city council
 
kumpulan taichi qiqong
 
 
tasik dia kecil je, tapi nice
 
takleh memancing
 
Naik ke atas, ke kawasan pentas, ooo..ada yang buat program solidariti untuk Palestin...bagusnya..
 
deklamasi sajak...terharu dengar sajaknya..
 
bagus adik ni..pimpin baca doa 'Qunut Nazilah'
 
Kemudian ada cop tangan, tanda solidariti
 
 
ramai yang join
 
yeayy...dah penuh
 
edaran buah tembikai potong
 
Palestine will be free, we will not go down

 
Doa berterusan untuk saudara-saudara kita di Palestin..
 

Thursday, 2 February 2023

Sukan pertama di tahun 2023

Majulah sukan untuk negara!!...*tiberr..

Pada 15 Januari lepas, teman join bowling competition...haha..test power, kawan yang ajak untuk cukupkan kuorum...tak pernah-pernah main bowling...oklah, mencuba yang baru di tahun baru...

Competition ni anjuran NGO Ameerah Batu. The venue at Gurney Bowl di Gurney Mall dekat UTM Jalan Semarak.

The venue

 Semuanya ada 10 kumpulan, setiap kumpulan 5 orang. Main 2 game, satu game 10x, 2x giliran, so semuanya 40x lah lontar bola..kecuali dapat strike untuk first try..

 
bersiap siaga 
 
Fuhh...gegak gempita Gurney Bowl..
 
in action
 
kita main santai-santai je, hilangkan stress..ahli group semuanya amateur..
main pun bola jingga je, yang paling ringan, dapatlah 2x strike, masuk longkang yang banyak...haha..
 
group photo urusetia & peserta
 
walaupun dapat tempat tercorot, medal tetap ada 
untuk peserta sebagai kenangan..
 
Lepas ni kena banyakkan training...hehe..
best juga main bowling ni..