Assalamualaikum...
Countdown in Beijing..pagi esok, hari Ahad, 12 Mac 2017, dah nak balik Malaysia, back to (normal) life, back to reality...
Sambung kisah shopping di Niu Jie. Kali ni tour di Lower Ground supermarket Muslim. Dah beli snek-snek produk Muslim, bergerak ke bahagian kiri, bahagian barangan basah, ada juga jual kuih-kuih. Suka pulak tengok kuih-kuih cina ni, macam-macam ada, ada kuih yang serupa macam di Malaysia..
cekodok, popiah goreng, kacang goreng
cekodok warna hijau tu nampak sedap
tapi banyak minyak
roti daging, murtabak, bihun goreng
lebih baik beli kat sini, lagi murah di sini dari foodcourt kat atas
bahagian sayuran
rumpai laut kot
bahagian daging kambing, pekerja tu tengah buat sate mentah
Dah habis tour supermarket, bergerak pulang ke hotel. Jam baru pukul 3.20 petang.
melintas ke seberang sana, ada juga kedai-kedai
kedai di sebelah kiri, ramai juga orang beratur
beli roti daging, terserempak dengan satu couple Malaysia
yang laki tengah beratur, isteri & anak dalam stroller tunggu di tepi
first time jumpa orang Malaysia di sini
menuju ke hentian bas
bangunan kedai
bangunan di sebelah kanan, versi siang
Naik bas no. 48 ke hentian bas Caishikou Xi. Dah turun bas, kena patah balik ke belakang, melepasi jejantas, ada hentian bas untuk bas no. 109, sambung naik bas no. 109 ke Dongsi.
suasana di Guanganmen Road
suasana kawasan perumahan dan kedai-kedai
Dah naik bas, Alhamdulillah, dapat tempat duduk. Perjalanan jauh dan trafik jam dari Xidan ke Forbidden City. Konduktor bas pula, setiap kali bas berhenti, buat pengumuman, entah apa yang dicakap, yang faham cuma 'Gugong' je...takde penumpang yang naik, ada juga yang naik tapi turun balik..
Rupanya bas ni berhenti di Gugong, tak meneruskan perjalanan ke Dongsi. Tanya kat budak yg ada kain merah di lengan, 'Dongsi'. Dia bagi isyarat tak pergi, suruh naik bas belakang. Pandang belakang, ada satu lagi bas no. 109. Back to back.
Semua penumpang turun di Gugong, naik bas belakang. Alhamdulilah, dah tak jauh, dekat rupanya Dongsi dengan Forbidden City. Bas no. 58 yang kitaorang naik masa pergi Forbidden City tu pusing jauh juga, sebab tu terasa jauh.
Dah sampai hotel, kemas-kemas barang, packing beg semua. Berehat sekejap, mandi-manda, bersiap-siap untuk solat. Selesai solat, bergerak keluar untuk check out. Jam baru pukul 7.30 malam.
Receptionist terkejut kami nak check out sebab booking bilik sampai esok. Saja booking sampai esok sebab malas nak bergelandangan, nak rilek-rilek, mandi, solat, sebelum pergi airport.
Bila cakap flight pukul 5.50 pagi, dia suruh kami keluar hotel pukul 2.00 pagi..hii..takut juga sebab sebelum ni ada tanya receptionist yang lain tambang teksi ke airport, lepas tu tanya hotel boleh ke booking teksi (masa tu rasa malas nak naik Airport Express, mengenangkan bawa beg besar turun naik tangga kat stesen metro). Receptionist tu suruh tahan teksi sendiri di tepi jalan, dia cakap teksi banyak. Ishh, idok le teman, takut wehh naik sembarangan teksi, yang jenis tak faham english, lagi haru..satu lagi hal, tambang teksi ada surcharge after midnight..
Ni nak kejar Airport Express yang tamat pukul 10.30 malam dan nak refund kad Yikatong. Dah dapat deposit, bergerak keluar, bye-bye Elan Hotel, bye-bye Dongsi..
Kami cadang naik bas je ke stesen Chaoyangmen. Menyeberang jalan depan hotel, berjalan menuju ke hentian bas. Ada sekumpulan sedang menari di tepi tembok.
kumpulan menari
ke hentian bas, bersih jalan raya di China
Naik mana-mana bas yang lalu, turun di hentian bas yang kedua dari tempat naik. Di belakang hentian bas tu, ada entrance ke stesen Chaoyangmen. Alhamdulillah.
turun di hentian bas ni, menyeberang jalan di belakang
entrance/exit G stesen Chaoyangmen
Naik Line 2 dari Chaoyangmen ke stesen Dongzhimen. Ingatkan boleh refund kad di sini, rupanya tak boleh, kena refund di airport. Disebabkan kad tak cukup duit, beli tiket Airport Express guna cash. Pukul 8.30 malam, bergerak ke airport.
ke Airport Express
dalam airport express
Airport express akan pergi ke Terminal 3 dulu, kemudian ke Terminal 2. Flight Air Asia di Terminal 2. Perjalanan dari Terminal 3 ke Terminal 2 jauh juga. Dalam pukul 9, sampai di Terminal 2. Refund kad Yikatong di kaunter tiket sebelum keluar, dapatlah CNY 31.00, stored value dalam kad cuma tinggal CNY 11.00 je..
Naik keatas, ke ruang menunggu, penuh sesak, bingit dengan warga China. Tak nampak kaunter check-in, kat bahagian dalam kot. Tengok ada satu pintu masuk untuk penumpang saja. Ada security jaga. Lepak-lepak dulu kat luar.
penuh dengan warganegara mainland,
depa ni perangai macam apa je..tempat duduk orang lain pun nak conquer
nak baring tidur, bising tu memang biasalah kan
Alhamdulillah, dapat tempat duduk. Pedulikan mereka, kita buat hal sendiri. Buka bekalan, dah habis makan 'chicken stick' beli kat foodcourt Niu Jie, buka mi segera pula. Pi ambik air panas, makan mi pula..hihi..tengok ramai je yang makan mi segera.
Mi segera China, sedapp..harus dicuba.
Yang best airport China ni, air minum panas, sejuk, sentiasa ada, free flow. Besar gedabak tongnya. Selepas imigresen, on the way ke boarding hall, pun ada juga, ini yang best. Kat KLIA2 bercinta nak jumpa 'free drinking water'..
Bila dah keluar nombor kaunter untuk check-in kat electronic notice board, kami pun bergerak masuk ke dalam. Wahh..bestnya, zon senyap, takde hiruk-pikuk di sini. Lega rasanya. Mungkin dah pukul 1 pagi, tak banyak flight. Ada dua tiga kaunter je buka, termasuklah kaunter Air Asia yang flight pukul 2.50 pagi.
suasana lengang
Adalah penting masuk ke sini selepas tahu nombor check-in kaunter sebab di dalam ni takde papan kenyataan tu. Cari-cari juga, tak jumpa, pelik betul lah. Ada satu pasangan dari seberang, depa masuk awal ke sini, masa kami masuk depa dah ada dalam ni. Masa di kaunter airport express, depa ni pun ada juga, sama-sama refund kad Yikatong.
Dekat pukul 2.30 pagi, penumpang dah mula beratur depan check-in kaunter AA, termasuklah kami. Masa ni logo AA belum keluar lagi dekat kaunter.
Yang lelaki couple tadi, saya nampak dia berjalan ke sana ke mari, tengok kaunter-kaunter semua, pergi ke belakang, kemudian patah balik ke kaunter AA. Kemudian tanya kami, kaunter ni untuk flight mana. Kami pun cakap flight AA ke Kuala Lumpur. Dia tanya lagi macamana tahu kaunter ni untuk check-in flight AA. Kitaorang pun jawab, ada kat notice board kat luar sebelum masuk tadi. Lepas tu dia pun ikut beratur di belakang kami, dia transit di KL sebelum ke Jakarta.
Dah selesai pemeriksaan imigresen yang macam hazab, bergerak untuk cop passport pulak. Dari jauh, dah nampak notis kat atas kaunter imigresen, yang bertulis 'sila bagi passport dan departure form'.
Aaah sudah, masa datang hari tu, pramugari takde pulak bagi departure form, cuma bagi arrival form je..berpatah balik sebab nampak banyak departure form kat tiang-tiang sebelum masuk tempat beratur. Couple Indonesia tadi heran tengok kami berpatah balik, tanya kat mereka, kena isi departure form ke..dia cakap ye, dah bagi awal-awal masa dalam flight masa datang dulu..ciss..
Takpe, bertenang, bertenang..tapi ketor juga nak isi..haha, sib baik senang je..Alhamdulillah, semua berjalan lancar..
boarding hall, kaki orang cina tengah baring, tidur
terbang pulang
Zai jian (goodbye) Beijing!! The end.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------