Wednesday, 27 April 2016

Bukan lagi duduk goyang kaki


dah dipasangkan motor...motorised sewing machine
pakai pijak je, tapi yang tradisional masih boleh digunakan lagi
masih boleh goyang kaki lagi..

teringat zaman kanak-kanak dulu, main jual2 ais kacang (ABC) 
guna mesin jahit..sekali kena marah daa..

------------------------------------
Semalam, kawan ofis ada bertanya, tau tak tailor yang buat baju melayu
sebab tailor yang selalu dia tempah baju melayu untuk anak2 dia dah tak terima tempahan lagi, tailor tu nak gi solat terawih masa Ramadhan
tempahan terhad.. 
 
 Entahlah..tak terfikir tentang baju raya lagi..huhu..

Monday, 25 April 2016

Sahara Tent, Tajine & Hadramawt

Apakah persamaan mereka bertiga? Semuanya restoran Arab...hihi..entry makan-makan lagi..

Yalla, ya habibi...pergi sana-sini, asyik terjumpa restoran Arab je..kebetulan...hehe..jom review..

Sahara Tent


No. 41 & 43, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
 
Bersantap di sini pada 1 Januari 2016, hari cuti tahun baru. Ke Bukit Bintang sebab nak beli barang di daiso, Pavillion. Nak balik, tunggu bas free yang kaler pink tu. Tunggu di bus stop di Jalan Sultan Ismail, di belakangnya ada restoran ni. Sebab belum lunch, mula le fikir nak pekena nasi arab.

Restoran di tingkat satu. Decoration is so Arabic. Terasa macam di negara Arab lah..


Bagi mereka yg nak privasi, yang pakai purdah nak makan dengan nyaman, tanpa ada mata-mata yang memandang...boleh buat begini...labuhkan tirai..


Makanan yang diorder...nasi kabsa ayam timbus dan juga falafel..

falafel yang overdone...rangup diluar, lembut didalam
 
tak ku sangka yang falafel ni datang bersama roti.. itulah tak baca menu betul2...perghh..camner ni, ada dua makanan..last2, makan falafel dan roti...tapau nasi kabsa..buat makan malam...Alhamdulillah..

Tajine

Bintang Goldhill, 239 Jalan Tun Razak

Makan disini pada hari Jumaat, 22 Januari 2016 sebab ada kerja di bangunan sebelah, Plaza Dijaya. Malas nak jalan jauh2 untuk lunch, makan je lah disini, jalan kaki je..



Dekorasi a bit modern, tapi ada jugalah sikit2 Arabian flavour..

Ramai jugalah lelaki-lelaki Muslim yg bermusafir (husnulzon - sbb tak gi solat Jumaat) dok lepak-lepak kat sini..

Order shawarma lamb kebab..


jenuh makan roti..ada dua, yang lapik kebab tu pun tibai juga..boleh makan jg ke? hentam sajalah labu...asalkan roti..


Hadramawt Palace



Jalan Bukit Bintang @ disebelah Kedutaan Kuwait

Datang makan di sini pada 1 Mac 2016 sebab ada kerja di Kedutaan Kuwait. Alang-alang dah ada disebelah kedutaan, masa lunch break, terus je lunch di sini...jalan kaki je..

 Dekorasi moden, ada juga outdoor seatings


 Order nasi maqluba ayam dan my friend order nasi madghout.

tudia..banyak nasinya..standard restoran Arab

Inilah tiga restoran Arab yang berjaya dijejaki sepanjang suku pertama tahun ni. Menu utama hampir sama semuanya - nasi mandy, nasi kabsa, nasi maqluba, kebab dan pasta. Side dishes pun lebih kurang sama. Harga pun lebih kurang juga.

The verdict: Nasi arab ni hampir sama rasanya..yang mana satu pilihan kalbu??

Wednesday, 20 April 2016

Edisi Retro: Pop, The Soda!

Baru pertama kali jumpa minuman ni..Pop, The Soda!...


Tertarik dengan label berimej retro 50an, gaya vintage..terus beli, perisa durian belanda..harga RM3.00..memang sedap..tak manis sangat..enak dinikmati sejuk..

Kalau ikut label di belakang botol, mereka mengguna pemanis 'stevia'..dan "dibancuh dengan penuh kasih sayang yang cukup manis TANPA perwarna"

Ada perisa lain - mangga, laici, nenas dan pisang


Dah berada di pasaran sejak tahun 2014 menurut artikel the Star ni - locally produced soda pop. Cetusan idea sekumpulan sahabat - Faiz Rahman & Azmilrudin Badruddin.


Dikilangkan oleh Transcendence Venture (M) Sdn Bhd di Kompleks Premis Usahawan SME Bank Sunga Ramal, Kajang.

 pengenalan mengenai label - siapakah legenda pahlawan tempatan yg menjadi ikon Pop, the Soda ni? tak kenal..huhu..kalau baca di facebook Pop The Soda, pahlawan ni tak tertulis dalam buku sejarah..dengar khabar, dia minum air ketum dulu sebelum pergi melawan British..

Minuman ni dijual secara indie..entahlah, secara indie tu camna gayanya..saya jumpa di restoran Warisan Bistro di Taman Bukit Cheras..cubalah, memang sedap..recommended..

Friday, 15 April 2016

Al Kahfi Night

Assalamualaikum...salam Jumaat, hari penuh barakah.

 sumber : si tuan puteri

Pada awal bulan Mac, terlibat dengan acara makan malam - Al Kahfi Night. Acara berlangsung di Datin Seri Banquet Centre, Gombak.

 Datin Seri Banquet Centre
Jalan Kerdas 4, off Jalan Gombak 
 
Al-kahfi maksudnya 'gua'. Bila sebut Al-kahfi, mesti teringat kisah pemuda-pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Kenapa dinner ni pilih tema Al Kahfi? 

Al-kahfi ialah surah Makkiyyah, surah ke-18 dalam kitab suci Al-Quran. Mengandungi 110 ayat, didalamnya ada 4 kisah yang hebat :

1) Kisah Ashaabul Kahfi - para penghuni gua
2) Kisah Shaahibul Jannatain - pemilik dua kebun
3) Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as
4) Kisah Dzulqarnain dan Ya'juj & Ma'juj

So, pengisian utama dinner ni ialah slot forum yang mengupas kisah-kisah di dalam Surah Al-Kahfi ni.

 imam dan qari dari Palestin

Dinner dimulakan dengan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dari qari jemputan. Kemudian start makan sambil dihiburkan oleh Man John and the band, nyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan..mostly lagu-lagu Opick, Afghan..

 Man John & the band

 dinner akan lebih meriah bila ada cabutan bertuah

 tetamu-tetamu yang hadir

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu sudah semestinyalah - slot forum bersama ahli panel - Iman Muda Asyraf dan Ustazah Nor Hafizah Musa.

 ahli panel & pengerusi forum

pandangan hadapan
 
Diantara pengajaran dari kisah pemuda Al-kahfi ni ialah mereka golongan anak muda, berani menyatakan yang benar pada pemerintah dan berusaha memelihara akidah/iman di saat masyarakat setempat menyekutukan Allah SWT. 

Iman itu sifatnya kena dijaga. Ketika pemuda-pemuda tersebut dibangkitkan dari tidur, mereka tetap menjaga iman - "berpesan pada sahabat yg pergi ke kota supaya beli makanan yang suci halal". 

Kisah pemuda2 Ashaabul Kahfi dari ayat 9 hingga 26. Kisah pemilik dua kebun dari ayat  32 hingga 44, manakala  kisah menarik di antara Nabi Musa as dan Nabi Khidir as dari ayat 60 - 82 dan kisah Dzulqarnain dari ayat 83 - 98.
 

Jom tadabbur Surah Al-Kahfi dan juga surah-surah yang lain untuk kefahaman yang lebih mendalam.