Ni hao..review drama mainland China..the Blooms at Ruyi Pavilion..
Ada sapa-sapa yang layan drama ni tak?
Cerita zaman dulu-dulu, historical, period drama
Ada 40 episod semuanya, boleh menonton di iqiyi, dramacool, kissasianin, youtube..
Walaupun historical genre, drama ni ada moden vibe sikit dan tak heavy dengan politik istana, adegan lawan pedang, perang-perang semua. Plot-plot jahat tak le kejam sangat. Kiranya drama ni drama ringan, sweet-sweet gitu. Paling best tengok pakaian, perhiasan, cinematografi, cheography kung fu yang menarik dalam drama ni. Kung fu yang jenis terbang melayang..
Sinopsis:
Kisah di negeri Dayu. Male lead, Xu Jin (gelaran Duke Su of Dayu) anak raja no. 4 yang dianggap pembawa malang, kembali ke ibukota Dayu, Hengjing, daripada sempadan, untuk menyiasat kes penyelewengan ration tentera. Mereka yang terlibat dengan penyelewengan ni nak bunuh Xu Jin. Bila tiba di kota, ada pula kes penyelewengan senjata di kem askar. Raja suruh Xu Jin siasat dua kes ni.
Female lead - Fu Rong, anak kedua majistret Hengjing, selalu mendapat mimpi tentang masa depan. Dia bermimpi jadi gundik Duke Su, kena buli dengan isteri Duke Su, Duke Su mati di usia muda dan dia ditanam sekali dengan Duke Su. Yang best heroin ni bukanlah yang budget2 ayu, playing victim tapi jenis yang smart, resourceful, keras kepala juga..
male lead & female lead - Duke Su and Fu Rong
Disebabkan mimpi tersebut, dia berusaha menjauhkan diri daripada Duke Su, tapi takdir menemukan mereka dalam beberapa kejadian. Kelakar jugalah kisah pertemuan mereka.
Fu Rong bekerja sebagai pereka barang kemas di Ruyi Pavilion. Sifu dia ada bisnes sulit iaitu sebagai pencari dan penjual informasi. Ada network yang luas dan terlibat dengan kes-kes high profile. Bila sifu mati kena bunuh, bermulalah cabaran dalam hidup Fu Rong sehingga dia jadi gundik Duke Su.
The villain: Duke Ahn (Xu Ping), bapa saudara Duke Su dan kawan lama Fu Rong. Benci kepada Duke Su kerana percaya Duke Su yang menyebabkan mak dia meninggal dunia dalam kebakaran di kuil.
second couple - Wu Bai Qi dan Fu Xuan
Kisah second couple dalam drama ni pun not bad, menarik juga. Kakak Fu Rong, Fu Xuan dengan general Wu Bai Qi. Comel je. Adik lelaki Fu Rong, Guan Ge such a cutie pie. Cute giler..
Fu Rong dengan adik dia yang alahai comel giler
Sapa yang minat genre percintaan (sweet bickering) + penyiasatan + keluarga + kungfu fighting scene + kisah-kisah istana, recommended sangat drama ni..will make your heart flutters..
gandingan dua pelakon utama ni sangat best
spoiler: drama ni happy ending..
Happy watching..