Sesi ziarah masjid lagi. Kali ni Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid ni dikenali juga sebagai Masjid Cina.
masjid berciri senibina cina
Jom masuk..suka pulak tengok masjid berwarna merah. Rasanya masjid-masjid di Xián dan Beijing pun takde yang warna merah macam ni. Warna merah dan budaya Cina berpisah tiada..
ruang solat di luar
ruang solat utama
cantik..gabungan warna merah dan putih
cantik..gabungan warna merah dan putih
siling bercorak bunga
sejarah penubuhan
Masjid Muhammadiah telah dibina diatas sebidang tanah kurniaan Kerajan Negeri Perak diatas Lot 70406, Taman Tasek Jaya, Ipoh, berkeluasan 3776 meter persegi (40644.524 kaki persegi).
Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina Muslim di Bandaraya Ipoh, masjid ini telah dibina dengan senibina Cina sepenuhnya. Atapnya diimport dari negara China, malah kerja-kerja pemasangan atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari negara Tanah Besar itu.
Tujuan utama penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana juga Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
Jom melawat kawasan masjid yang indah...
pintu masuk macam pintu kota
bonsai
taman bunga
tempat wuduk
panda...mural dalam bilik air
pintu
comel jer
menara azan
Habis sesi ziarah masjid, kita ke kawasan kedai yang mengadap jalan besar, nak makan mee rebus Ramli yang femes tu..
Restoran Mee Rebus Ramli di Taman Tasek Jaya
Mee rebus special, ada udang
Ingatkan udang dalam kuah, rupanya udang goreng bersalut tepung
macam tak berapa nak masuk dgn mee rebus
kalau cili hijau lagi best
Harga semangkuk mee rebus biasa ialah RM5.10; udang goreng tu RM3.70
The verdict: terbaik, memang sedap kuahnya. Cili merah tu kalau ganti dengan cili hijau lagi best, rangup je..
Tamat sudah sesi lawatan ke Taman Tasek Jaya, kalau ke utara jangan lupa singgah di sini..