Saturday, 26 December 2015

Turki dan Naelofar

Apa kaitan Turki dan Naelofar? Naelofar ke yang berlakon cerita Istanbul Aku Datang atau Manisnya Cinta di Cappadocia?..tidak, tidak...orang lain..

Tapi apa kaitannya??..meh nak story..

Pagi semalam, pergi ke Damansara Heights, kat area Jalan Dungun/Jalan Gelenggang, nak ambik gambar bangunan, hal kerja. Kawasan ni kena pergi time cuti-cuti macam ni, kalau tak memang sesak giler, nak snap gambar pun susah.

Bila dah sampai di sini, terus melencong ke Taman Tun. Hajat hati nak ke restoran Turki yang pertama di Kuala Lumpur, Turkish Cafe Istanbul.  Ini sebenarnya penangan makan di restoran Turki di Ho Chi Minh city itu hari, masih terasa sedapnya moussaka dan roti pide...edisi mengidamlah ni..hihihi..

 Turkish Cafe Istanbul
No. 12, Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail, KL 

Cafe ni letaknya di belakang pasar moden Taman Tun. Hari cuti, parking sangat mudah dan percuma. Parking di tepi jalan saja. Jom masuk..

 tempat Red Indians - berasap
(seperti kata jiran saya..hihihi) 

 interior -  minimalist, tak sarat
yg berdiri tu tuanpunya restoran, wife dan anak2nya

di kaunter ada jual barang2 perhiasan dan juga
makanan dalam tin dari Turki

Apa yang best di sini? Turkish foods, offcourse lah. Signature dishes - kebab, Turkish pizza, Turkish breakfast dan traditional Turkish coffee. Turkish nasi mandy pun ada. Order Iskender Kebab dan teh delima (pomegranate).

 lampu turki

harganya

ok, makanan dah sampai, jom kita bersantap..iskender kebab..

ada kepingan daging dan roti yg dipotong-potong
  disiram dengan kuah tomato berherba 
ditambah dengan yoghurt masam dan 
cili hijau dan tomato dibakar

Well, first time makan kebab macam ni. Dalam menu takde gambar, so tak dapat bayangkan iskender kebab tu sebegini rupanya.

kebab versi berkuah

The verdict - yoghurt tu memang masam, makan sikit je, terus abaikan. Daging tu ok, sedap, cuma roti tu saja sebab dah terendam dalam kuah, jadi kembang, nak habiskan rasa muak juga, banyak pulak rotinya. Ditambah dengan kuahnya yang sedikit masin tapi herbanya just nice.

Harga dah termasuk GST: iskender kebab - RM21.00; teh delima - RM6.00 

Sesiapa yang nak try makanan Turki, bolehlah singgah di sini.

--------------------------------------------------
Sebenarnya tak berapa ingat alamat restoran ni, cuma tau Jalan Wan Kadir saja. Mula-mula tu melilau juga mencari, parking kereta, jalan kaki ke Jalan Wan Kadir 3, ke arah Plaza TTDI, nampak Hero Supermarket. Tetiba di sebelah kanan, nampak ni..

outlet tudung Naelofar

Wahh..ada Boxing Day sales dari 25 hingga 27 Disember. Patutlah kiri kanan Jalan Wan Kadir 3 tu bersusun dengan kereta. Sesak sungguh di jalan ni..jom kita singgah tengok..
mak aii..kena beratur, punyalah panjang barisan
sampai ke bangunan sebelah
ramai betul peminat naelofar ni

Takleh jadi, makan pun belum lagi, nanti pengsan pulak. Terus google, cari alamat Turkish Cafe Istanbul. Dah makan, datang sini balik. Dah kurang orang, tapi kena beratur juga, takdelah panjang barisannya, nampaklah rupa paras Naelofar butiknya.

 dah semakin hampir

yeayy..dah dekat, siap tayang harga runtuh

Kenapa saya terjebak dengan tudung Naelofar pulak ni? sedangkan saya tak pakai pun tudung ni..huhuhu..ini kes pergi Ho Chi Minh tu lah. Ho Chi Minh lagik. 

Masa kat HCM, dah beli berhelai-helai tudung Naelofar ciplak kat kedai Rohani, semuanya orang punya. Hari ni nak tengok tudung Naelofar yang original pulak..whatsapp kat kakak, dia suruh survey tengok harga..

 huhu..ramainya orang, dah macam sauna
tapi tak pedulik, cari, gali, capai

kerumun..yg lelaki sorang tu photographer rasmi

ahkak beli yang ni je dua lai, yang terus sarung, takde lilit
  apatah namanya, babes & basic
sangatlah babes bila memakainya..terbaik
dari RM53 turun ke RM20

adalah adik Naelofar, yg duduk tu mak dia

Naelofar mana?? diakan takde kat Malaysia masa ni..

the end...dah keluar takleh masuk semula
kalau nak masuk balik, kena beratur lagik


Itulah ceritanya..tiada kaitankan..hehe..have a nice weekend..

Wednesday, 23 December 2015

Restoran Halal di Ho Chi Minh City

Assalamualaikum..

Untuk wrap-up travel di Ho Chi Minh, terimalah satu entry khas untuk edisi makan-makan di restoran-restoran halal di bandar ni. Memang banyak restoran halal disini, so Muslim travellers tak usah risau, tak perlu pening-pening kepala nak bawa barang2 makanan kalau travel ke sini, cuma pening dengan harga makanan yang setaraf hotel and food court KLCC tu..hihi..

Meh kita semak peta lokasi..landmark utama, Ben Thanh market ..jalanraya tepi market, Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh tu selepas pukul 6 petang, akan bertukar jadi lokasi pasar malam...

 Lokasi restoran halal dekat Ben Thanh market

Nguyen An Ninh Street @ Malaysian Street

Yang ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, memang tempat pilihan utama orang Malaysia untuk menginap di hotel2 di jalan ni. Di sepanjang jalan, memang banyak restoran halal..


Ay Sah, Mu Sa Ka Reim, Amin

Osman, Basiroh & Kampung Melayu

Hj Man Sour, An Tam

Dalam banyak2 restoran ni, kami cuma pergi kedai Amin je..sebab mengikut maklumat, makanan di sini lebih murah dan sedap..
 

Makanan lebih kurang macam di Malaysia juga - ada pelbagai nasi goreng, bihun goreng, ada juga makanan Vietnam seperti pho, popia vietnam. Harga nasi goreng dan pho semuanya VND50,000 (RM10) dan air VND20,000 (RM4.00).

pho ayam dan nasi goreng kampung

 popiah vietnam

Di seberang jalan di sebelah barat, ada restoran Nabil Biryani, di sebelah The Luxe Hotel. Ke utara lagi, berhadapan kuil Hindu, ada Saigon Green House dan di Le Thanh Ton, ada Restoran Daun. 


Di Thu Khoa Huan street, ada tiga restoran halal - Restoran Serai, Halia dan Kampung Pandan.

Serai, Halia dan Kampung Pandan

Bergerak ke arah timur pula, ke Nam Ky Khoi Nghia St, off Le Loi, ada Saigon Halal Foods.

 ambik dari Google streetview 2014

 Saigon Halal Foods

Di kawasan Dong Khoi/Dong Du

 Lokasi restoran/outlet halal di Dong Khoi/Dong Du

Di Dong Khoi, boleh ke Parkson, di sebelah Hotel Continental Saigon, di food centre di Level 3, ada outlet Zam-Zam - Flavour of Indian and Arab Foods.

Parkson @ Dong Khoi

macam-macam ada
 
Dari Parkson, berjalan ke Dong Du yang ada Masjid Jamek, ada tiga pilihan restoran halal di sini - D'Nyonya, Halal@Saigon dan restoran Turki, Pasha.

Tuanpunya Restoran Halal@Saigon ni orang Malaysia, so banyak jugalah makanan Malaysia yang ada di sini. Home away from home.


 Halal@Saigon

pho di Halal@Saigon

nasi goreng ikan masin - sama rasa mcm di M'sia


  Restoran D'Nyonya

Untuk kelainan citarasa, boleh try makanan Turki di Pasha Restaurant.

Restoran Pasha

Moussaka, roti pide & iced lemon tea

Dalam map atas tu, ada nampak jalan Hai Ba Trung. Menyusuri jalan ni ke utara atau naik teksi, jom terjah satu lorong yang makcik Melayu Champa menjual makanan, katanya lebih murah dan lebih happening, makan style local people - mencangkung di bangku dan meja rendah..info ni dapat dari blog o-mulan..

dari blog o-mulan - klik sini

Selain daripada makan-makan di restoran halal, try mengopi di cafe-cafe menarik yang ada di sini. Ho Chi Minh terkenal dengan cafe culture yang aktif lagi happening.  Boleh jengok sini untuk view cafe-cafe menarik di HCM - the incredible cafe scenes of HCM.

Saya sempat pergi dua cafe - the Workshop dan L'Usine@Le Loi. The Workshop ni memang saya recommended untuk mengopi...lain dari yang lain cuma lokasinya agak susah nak cari. Kebanyakan cafe-cafe di kawasan Dong Khoi ni letaknya di tingkat atas, jarang ada di tingkat bawah, sewa mahal. Sila refer entry Ronda-Ronda Kotaraya 2 untuk ke the Workshop cafe.


The Workshop

L'Usine @ Le Loi

 Untuk mengeteh pula, boleh try Khanhcasa teahouse, menarik sekali dekorasi kedai ni..penuh dengan bunga-bunga..

 ini outlet di Dong Khoi, ada juga di Le Loi

Menarik bandar Saigon ni, semakin maju seiring dengan arus pembangunan...hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..tapi bila dah ada di negara orang, kita enjoy apa yang ada di sana...cheers..

Thursday, 17 December 2015

Senja @ Maju Junction

Assalamualaikum..

Petang semalam, ofismate belanja minum-minum, untuk release stress di Restoran Senja @ Maju Junction. Seperti biasalah, seberang jalan je...restoran ni baru dibuka, menarik juga dekorasinya..

 entrance dari Jalan Sultan Ismail

suka lampu banyak-banyak ni

 orkid hiasan, tona kaler yang lembut

 patutlah banyak bunga orkid


di antara menu yang ada
ada masakan Melayu & Barat

Kami bertiga order roti bakar, roti jala with chicken kapitan, bubur chacha dan local kopi. 


Sementara menunggu makanan siap, snap-snap apa yang patut..hihi.. 

entrance dari dalam bangunan

Makanan dah sampai, jom makan dulu...

 roti jala

roti bakar n local coffee

overall, oklah..sedap juga. Dah makan, jom jalan-jalan di luar..

trademark - kereta ferrari merah

not the real one 

pandangan sisi

Bolehlah, bertukar angin sekali-sekala, tapi consider mahal jugalah harga makanan di sini....tepuk poket, tanya selera...

*update Jan 2017: dah takde restoran ni di Maju Junction..