Alhamdulillah, hari Rabu lepas,
dapat daging korban..
Alhamdulillah, hari Rabu lepas,
dapat daging korban..
Assalamualaikum semua...
Sejak minggu lepas, siang malam dok pulun buat report kerja, belum habis lagi..Alhamdulillah, sibuk itu rezeki..minta maaf ya kawan2, tak sempat nak blog walking, lepas ni saya singgah jalan-jalan..
Hari Ahad minggu dulu, masa puasa hari tarwiyah, mak cakap teringin nak makan kuah durian..so kita pun jalan-jalan cari durian. Dah tahu port jual durian murah ialah di simpang tiga rumpun bambu di Taman Dato' Senu. Kat sini orang jual durian secara longgok..ada juga yang timbang..
#keep calm and eat durian
Cerita hari Sabtu lepas...
Yeahh, yeahh..dah terlepas dari kurungan, kita terus pergi main jauh-jauh...lepas dendam...hehe..
Pergi Gombak. Sambung urusan nak buka akaun bank, cerita dalam entri Sesekali ke kedai Arab Mahnaz Foods.
Dah selesai hantar borang kat Setiausaha, tengok kat jalan depan rumah dia, ramai orang berjualan..
Syukur kepada Allah swt kerana dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha tanpa dikurung..tanpa kawat bergulung lagi berduri..PKPD dah tamat..
Disebabkan kes-kes sebegini ialah kes terpencil dan pemandangan sebegini juga amat jarang kita nampak (minta dijauhkan/tiada lagi), so nak abadikan disini momen-momen detik 12 malam hari Jumaat lepas..16.07.2021.
#gambar dan video daripada whatsapp group penduduk.
Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..
Petang hari Khamis lepas, #masih lagi pkpd..dapat panggilan telefon.
Orang yang telefon tu tanya saya positif ke negatif...haha..blur sekejap..lepas tu sendiri faham, dia tanya tentang covid..hehe..bila cakap negatif, dia suruh ambik parcel kat kawasan khemah, van tak boleh masuk kawasan pkpd...
Sibuk petugas cari parcel, rupanya belum sampai ke khemah, masih lagi dalam van penghantaran. Sebab bukan van pos laju, masa lalu depan van tu, tak ambik port, menonong je ke khemah. Lastly, depa suruh tanya kat orang van, baru ada..
Assalamualaikum..
Hari ni Jumaat 16 Julai 2021 ialah 'hari menunggu'.
Apa yang ditunggu?
Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan
Menunggu detik 12 malam...tamatnya PKPD...Alhamdulillah..
Dalam whatsapp group, ada yang nak bakaq mercun malam ni...nak celebrate katanya....kita tunggu je lah..
Pageviews 1 juta
Menunggu saat pageview (PV) mencapai satu juta di blog picisan yang diberi judul orangbukit ni...
Pukul 9.59 malam, PV mencatat angka 999,999...let's capture the number..
status blog pada PV satu juta
5 entry popular di sepanjang kewujudan blog ni
Kalau bekerja di pejabat, setiap pagi saya mesti nak minum kopi. Tak kisahlah nescafe ke, indocafe ke, apa yang ada di pantri, yang company sediakan..kita bancuh dan minum..
Bila Bekerja Dari Rumah time PKP ni, amalan tu nak juga diteruskan..kalau tak rasa lemau je badan..hehe. Tapi di rumah, kakak dan mak tak minum kopi, stock kopi dah masuk angin, dah jadi keras.
So, beli kopi yang kita suka..brand nescafe..simpan stock di rumah..