Assalamualaikum...
Menanti detik-detik terakhir tahun masihi 2013, senang sekali rasanya ingin berkongsi diantara blog-blog terawal yang saya baca, yang sangat disenangi penulisannya apatah lagi isi kandungan serta ilmunya, santapan jiwa & rohani, yang banyak memberi semangat, menyuntik rasa, memberi ilham kepada 'mindset' iaitu blog www.muhtarsuhaili.wordpress.com
Dengan tagline, Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia, penulisan beliau merentasi pelbagai genre - tentang memperkasakan golongan mahasiswa dan pemuda, politik, motivasi, akademik, dll. Memang menarik dan menggembirakan minda. Diantara entry yang membangun jiwa ialah tadabbur Surah Al-Zalzalah ini.
Berikut adalah intipati dari entri tersebut (copy & paste) sebagai renungan demi memperkuatkan azam disepanjang sisa-sisa kehidupan kita di alam fana' sebelum berangkat ke alam barzakh.
Berikut adalah intipati dari entri tersebut (copy & paste) sebagai renungan demi memperkuatkan azam disepanjang sisa-sisa kehidupan kita di alam fana' sebelum berangkat ke alam barzakh.
Alhamdulillah, Surah Al-Zalzalah yang terdiri daripada 8 ayat, yang juga merupakan Surah ke-99 di dalam Kitab Suci paling authentic di
dunia ya’ni Al-Qur’an Al-Karim ini telah menjadi diskusi dan kupasan di
dalam Usrah atau lebih suka saya namakan sebagai Diskusi Intelligentsia
pada hari Rabu malam Khamis yang lepas. Ustaz Arisan Abdul Rahman telah
membentangkan pengisian tafsir Surah Al-Zalzalah ini di dalam majlis
ilmu tersebut berpandukan Tafsir Al-Munir yang dihasilkan oleh Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Marilah
kita lupakan perkara yang kurang penting dan tidak membangunkan agama
dan ayuh kita terus memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Marilah kita bersahabat dengan Al-Qur’an Al-Kariim. Baca dan fahamilah
ia! Jadikan ia sebagai teman setia kita di dalam kehidupan ini. Yakin
dan percayalah.. Sesungguhnya pada Kitab Suci Al-Qur’an ada
segala-galanya yang kita perlukan untuk berjaya dunia dan Akhirat.
Inilah wahyu Ilahi yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan telah
dipertahankannya dengan air mata dan darah! Sila baca lagi: Seandainya Al-Qur’an Mampu Berbicara.
“..Dan Gembirakanlah Orang-orang Yang Beriman!”
Sebagai
perkongsian di dalam entri ini, berikut saya kongsikan dengan tetamu
ziarah yang budiman sekalian nukilan Prof. Dr. HAMKA dalam tafsirnya
Tafsir Al-Azhar berkenaan ayat 7-8 Surah Al-Zalzalah yang diboldkan
di atas. Tafsir Al-Azhar merupakan salah satu tafsir yang sering
menjadi bacaan dan rujukan saya. Semoga ada manfaatnya mudah-mudahan.
Di dalam kedua-dua ayat ini disebut dzarrah, yang supaya lebih popular kita artikan saja dengan debu. Padahal dzarrah adalah lebih halus dari debu. Di zaman moden ini, setelah orang menyelidiki tenaga atom dan telah dapat memanfaatkannya, maka atom itu dipakai dalam bahasa seluruh dunia dengan memakai kalimat dzarrah. Ahli-ahli fizik Arabi menyebut dzarrah itu dengan al-Jauharul-fard, benda yang sangat halus yang tidak dapat dibahagi lagi. Lantaran itu boleh jugalah kita artikan: “Dan barangsiapa yang mengerjakan setimbang atom pun kebaikan, nescaya dia akan melihatnya.” Jadi bukti bahawa tidak ada satu pun yang tersembunyi di sisi Tuhan dari hal amalan manusia dan kegiatan hidupnya, supaya dibalas dan diganjari setiap sesuatu setimpal dengan perbuatannya.Syaikh Muhammad Abduh dalam tafsirnya menegaskan ayat ini telah menyatakan bahawa segala amalan dan usaha, baiknya atau buruknya, besarnya dan kecilnya akan dinilai oleh Tuhan. Baik yang berbuatnya itu orang beriman ataupun orang kafir. Tegasnya lagi, amal kebaikan orang yang kafir dihargai Tuhan, meskipun dia dengan demikian tidak terlepas daripada hukuman kekafirannya.Beliau kemukakan sebuah ayat di dalam Surah 21, al-Anbiya’ ayat 47; “Bahawa di hari kiamat itu alat-alat penimbang akan diletakkan dengan sangat adil, sehingga tidak ada satu pun yang akan teraniaya, walaupun sebesar biji daripada hama (telur hama), semuanya akan dipertimbangkan.”Dengan demikian orang yang telah mengaku beriman kepada Allah dan Rasul pun begitu. Meskipun dia telah mengaku beriman, namun dosanya atau kesalahan dan kejahatannya pun akan dipertimbangkan dan diperlihatkan. Syukurlah dia tidak mempersekutukan yang lain dengan Allah, sehingga seksaan yang akan diterimanya tidaklah seremuk sehina orang yang kafir.Maka tersebutlah bahawa Hatim ath-Thaa-iy, dermawan Arab beragama Nasrani yang terkenal di zaman jahiliyyah akan diringankan azabnya di neraka kerana di kala hidupnya dia sangat dermawan. Dan Abu Lahab paman Rasulullah SAW yang sangat terkenal benci kepada anak saudaranya yang menjadi Nabi itu, pun akan ada satu segi yang akan meringankan azabnya. Ini kerana beliau sangat bersukacita ketika Rasulullah SAW lahir ke dunia, sampai disediakannya jariahnya bernama Tsaaibah yang akan menyusukan Nabi, sebelum disusukan oleh Halimatus-Sa’diyah.Dan sudah tentu azab seksaan yang akan diterima Abu Thalib yang mengasuh Nabi SAW sampai beliau menjadi Rasul dan membelanya sampai akhir hayatnya tidaklah akan disamakan dengan azab seksaan yang akan diterima oleh Abu Jahal. Selanjutnya tidaklah akan sama azab terhadap ahlul-kitab yang terang mempercayai Nabi-nabi dengan azab terhadap orang-orang yang sama sekali tidak mempercayai adanya Allah. Dan keringanan yang akan diterima oleh Thomas Alva Edison tentu tersedia, kerana jasanya membuat penemuan alat-alat elektrik yang dapat dipergunakan juga untuk melakukan da’wah Islam.Selain dari itu, ayat ini pun menjadi ubat yang jadi sitawar-sidingin bagi orang-orang yang beramal dengan ikhlas untuk agama, untuk bangsa dan perikemanusiaan, tetapi mereka dilupakan orang, misalnya kerana pertentangan politik. Meskipun di dunia mereka dilupakan orang, namun kebajikan dan jasanya di kala hidupnya tetap tercatat di sisi Allah dan akan diperolehinya di hari Akhirat.
Tersebut di
dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Abbas,
bahawa Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Surah “Idza Zulzilati”
adalah setimbang dengan separuh Al-Qur’an, dan “Qul Huwallaahu Ahad”
setimbang dengan sepertiga Al-Qur’an, dan “Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruuna”
setimbang dengan seperempat Al-Qur’an.
Marilah kita camkan dalam fikiran dan perenungan kita mengapa Rasulullah SAW menilai ketiga-tiga surah ini demikian.
Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad, ayat 7:
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah.. Nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”
Buat
akhirnya, sekali lagi saya memetik kata-kata Sasterawan Negara Shahnon
Ahmad di dalam memoirnya yang baru saya baca sebagai renungan kita
bersama: “Awan yang mendung terus bermendung tapi hujan tak juga
menjadi. Adakah ini satu tragedi? Ataupun satu rahmat daripada Allah
Azza Wajalla?”
Atas segalanya, teruskan perjuangan! Siiru ‘ala barakatillah.
Wallahu a’la wa a’lam.
Atas segalanya, teruskan perjuangan! Siiru ‘ala barakatillah.
Wallahu a’la wa a’lam.
bacaan penuh: