Dari Hilltribe Museum, berjalan ke Isaraparb Rd, nak cari makan. Perut dah berkeroncong, last makan pukul 4.00 pagi tadi.
Isaraparb Rd, off Tanalai Rd
tak bukak pulak gerai kebab Tasneem ni
Di jalan ni, terletaknya Masjid Darunaman, yang tersergam indah. Masjid ini yang terbesar di Chiang Rai, dibangunkan oleh kaum Hui dari China.
syiar Islam di Chiang Rai, Allahu Akbar
Masjid Darunaman
Di kawasan ni, ada dua restoran Muslim, Rosprasert dan Makan. Kalau dari Tanalai Rd akan jumpa restoran Rosprasert dulu. Jom singgah.
Ada jual nasi beriani, nasi goreng, khao soi curry (macam mee kari - makanan tradisi Thai utara) dan sup. Kami pilih nasi campur, macam sedap je lauk-pauknya.
Memang sedap pun, style masakan paprik.
Tuan kedai tu bubuh lauk punyalah banyak, dua jenis lauk.
Harga THB60, macam harga kat Malaysia
Lepas makan, masuk kawasan masjid. Di bahagian bawah macam mereka tengah prepare untuk event, so tak jadi masuk. Jalan terus ke arah main road, Thanon Baanpa Pragarn Rd, yang ada clock tower. Di lorong kanan, nampak signboard kedai 'Makan', tapi restoran yg betul-betul tepi masjid tu, non-halal.
Masa ni, dah terasa keletihan, terus balik hotel, tidur. Baguihh betui, lepas makan, tidur..memang rasa tak larat sangat. Tak sedar diri tidur.
Terjaga, tengok jam pukul 8 lebih, bingkas bangun, bersiap, jalan ke arah clock tower. Pukul 7.00, 8.00 dan 9.00 malam, ada Light & Sound Show kat clock tower ni. Show selama 10 minit. Meh tengok apa yang ada.
clock tower bertukar colour, ada lagu, muzik
Malam ni tak ramai yang tengok show ni, tapi Jumaat malam, punyalah ramai manusia yang menunggu, siap dengan tripod untuk ambik gambar, bercahaya flash kamera sana-sini.
Malas nak tunggu, kami pun jalan terus ke Rattanakhet Rd, ke arah pintu gerbang putih, kawasan yang happening di waktu malam di Bandar Chiang Rai sebab ada Night Bazaar. Masa ni hujan renyai-renyai.
Night Bazaar di Chiang Rai
Di sini banyak jualan kraftangan orang-orang asli (hilltribe) dan harganya lebih murah berbanding di Chiang Mai. Yang lain seperti biasa - T-shirt, pashmina & thai silk shawl, lain-lain kraftangan.
Pergi kali kedua hari Jumaat malam, memang ramai orang, hari pun OK, tak hujan.
kedai-kedai di bahagian atas
Ada pertunjukan kebudayaan
macam-macam jenis roti canai
roti banana + chocolate, roti madu
ramai pelanggan yang menunggu
roti canai dimasak style garing, sedap.
Beli roti cheese untuk dinner
Sekian kisah aktiviti malam di Chiang Rai, gabungkan sekali hari pertama dan kedua, Khamis dan Jumaat malam, sebab aktiviti yang sama, tengok show di clock tower dan jalan-jalan di Night Bazaar.
Bersambung...one-day tour di hari kedua di Chiang Rai.