Yahh..masih cerita di Kuching, Sarawak..selepas aktiviti ronda-ronda old town Kuching, kita ke waterfront pula..di tepi Sungai Sarawak..sempit ke sungainya? taklah..besarlah juga..sempit lagi Sungai Klang..huhu..tapi kalau nak compare dengan Chao Phraya ke, Han River ke, memang le tak besar sangat..
Kuching Waterfront
Bila check dalam internet, ada dua versi tentang Sungai Sarawak...
Sayang Sarawak, sungainya sempit
Berbuah nenas, lamun-lamunan
Hendak ku bawa, perahu ku sempit
Tinggallah emas, tinggal junjungan
Sayang Sarawak, sungainya sempit
Nakhoda kapal bersusah hati
Hendak ku bawa, perahu ke sempit
Hendak ku tinggal, tak sampai hati
Yang kedua tu lebih realistik sebab kalau kapal besar nak lalu, memang le sungai ni nampak sempit kan...jom, kita check pula, sempit tak perahunya..hihi..semua ahli rombongan bersetuju naik bot tambang untuk ke kampung seberang..
menunggu untuk naik perahu
Be like a local..tapi ramai juga pelancong yang naik bot ni..tambangnya 50sen waktu siang hari, waktu malam tambangnya naik dua kali ganda..RM1.00 je..jom naik...
dalam bot tambang..sempit tak? hehe
Kuching's skyline
Hotels with river view
Dah sampai di kampung seberang, Kampung Gersik..nampak banyak orang berjual-jualan di sepanjang jalan..
Tujuan datang ke sini ialah untuk mencari dua makanan popular dari Sarawak iaitu ikan terubuk masin dan kek lapis..dari jauh dah beberapa stall yangj jual terubuk masin..jalan-jalan dulu, buat survey..nampak Mira Cake House, yang ni popular juga untuk kek lapis, cheese kek..tapi tak singgah..
terubuk masin |
Jalan lagi..nampak signboard ni..yess..yang di cari dah jumpa..
di lorong ni
dah sampai
Masuk je ke dalam bangunan ni, mata dah dijamu dengan pelbagai jenis kek lapis. Very generous, semua jenis sample kek lapis dihidang untuk dirasa, contoh percuma, yang guna majerin, yang guna butter, boleh makan sebelum beli..
Yang bestnya pelbagai jenis nama kek lapis..Ombak Rindu le, Nur Kasih le..kek lapis belacan..semua ada..ramai juga artis datang ke sini..popular..selain kek lapis, ada jual barang sampingan seperti kerepek seaweed, kacang-kacang, pes laksa Sarawak..
Kalau nak beli banyak, jangan gusar, boleh isi borang, order dan bayar dulu..inform flight balik pukul berapa..ada perkhidmatan hantar ke hotel. Mereka dah biasa buat macam ni. Tak payah le kita nak angkut, bawa berkotak-kotak kek lapis, naik bot. Macam kami, nak balik hari Isnin, mereka hantar pagi Isnin, balik hotel, dah tersedia kotak-kotak berisi kek lapis di lobi hotel. Senang..no delivery charge..
Dah habis order, bergerak balik..on the way, beli ikan terubok masin..dibungkus di dalam kotak dengan kemas, 'flight proof', dah macam briefcase pulak, siap ada pemegang...easy peasy..
Semua dah settle, bergerak ke jeti..decided untuk dinner di food court di tepi sungai..order laksa Sarawak..memang marvellous..
--------------------------------------
Yang ni di hari kedua..pergi ke seberang, naik mobil, guna jambatan...
Kuching town dari seberang sungai
Kediaman TYT Yang Dipertua Negeri
Bangunan Dewan Undangan Negeri
Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara
OK, habis sudah sesi jalan-jalan di bandaraya Kuching, lepas ni kita menjejak pula pelbagai suku kaum di Sarawak di Kampung Budaya..
bersambung..