recommended, bolehlah nak repeat..
Monday, 27 July 2026
Rumah Makan Nasi Kampung
Friday, 24 July 2026
Department Lunch..Wagyu & Caviar..
Assalamualaikum...kisah bulan Jun..
Boss belanja lunch di Yakiniku Tenshin, Avenue K. kali kedua makan di sini, dulu ex-bos belanja..
Kita bakor-bakor. Masa diberi 2 jam je, pukul 12 hingga 2 petang. Teman datang lambat, sebab ada hal, ada masa 1 jam saja..oklah..
Thursday, 23 July 2026
Family Gathering @ Homestay Tepi Kubur
Salam semua...
1 Julai haritu, adik yang duduk Alor Setar, turun KL, ada reunion sekolah dia di Hotel Majestic. Reunion event hari Khamis, 2 Julai..
Bila dia datang rumah, suka sangat masak-masak. Petang Jumaat tu dia pergi beli barang-barang di Rosyam Mart, kat area Jakel Mall. Jom tengok apa yang dia masak pagi Sabtu..
Tujuan masak² ni, nak dibawa ke homestay. Dia dan adik bongsu booking homestay satu malam, saja nak bersantai-santai katanya sebab pagi Ahad, dia nak join brisk walk di acara Car Free Sunday Morning. Kakak dari Shah Alam pun join juga. Lengkap berkumpul adik-beradik pompuan. Family gathering, 14 orang semuanya..
Booked homestay di The Crest Jalan Sultan Ismail, belakang Hotel Renaissance..view dari bilik ialah kawasan kubur Jalan Ampang...
Tuesday, 21 July 2026
Family Dinner di Restoran Arab Al-Khair
Salam..muncul kembali..
Bulan Jun lepas, adik bongsu belanja makan sempena birthday dia..belanja nasi Arab..cari port yang tenang², nak gi tempat yang viral macam Damascus, Halab Gate, memang tak lah kan. 9 orang ahli rombongan..kita santai² je...
Riki² di TikTok, terjumpalah kedai ni..Al-Khair. Lokasi, off Jalan Ampang, dekat dengan bangunan RISDA..
Ada tempat parking di halaman restoran, Alhamdulillah..orang pun tak ramai. adik belum sampai lagi, lepak² kat luar dulu.
Alhamdulillah, ada yang belanja..
Wednesday, 8 July 2026
Monday, 6 July 2026
Nasi Ulam Ikan Sumbat
Assalamualaikum semua...dah makan ke?
Bulan lepas, kakak yang duduk Shah Alam,
datang rumah, bawa macam-macam ulaman kampung
ada pucuk mengkudu, tenggek burung, pucuk kaduk
daripada terkulai layu di tasik madu,
baiklah diolah jadi makanan yang sedap
maka terjadilah Nasi Ulam, gu dengan ikan cencaru sumbat
not my air tangan, my sister at home yang buat
Alhamdulillah..
Thursday, 25 June 2026
My First Sourdough
Salam semua..
Selalu juga dengar sourdough ni kan, tapi tak pernah cuba. Haritu gi Suria KLCC, sebab nak aktifkan ATM card CIMB yang dah kena block (sebab tak update information). Dapat maklumat kad kena block ni petang Jumaat, so kenalah ke KLCC sebab hari Sabtu dan Ahad, CIMB Bank di KLCC beroperasi.
Pergi naik LRT dengan bonda. Bawa mak jalan-jalan. Dah selesai urusan bank, kita pun baliklah, cari makan di Avenue K. Ternampak Yin's Sourdough Bakery ni. Teringin nak try sourdough yang selalu digembar-gemburkan itu..check kat internet..mereka guna bahan-bahan halal..let's go..
Wednesday, 24 June 2026
WW #46 : Nasi Lemak & Nasi Kerabu
Holaaa..
Friday, 17 April 2026
Warong Che Limah
yang dipesan dah tiba, big portion






















































