Assalamualaikum semua...salam Jumaat
muncul kembali di 28 Syawal..
Hari Isnin baru ni, ada kerja di Kapar, awal pagi bertolak dari rumah sebab nak sarapan di di Warong Che Limah, Jalan Jambu, Meru. Sebelum ni, dah 2 kali gi sini, tapi tak kesampaian nak makan di sini sebab lambat sampai. Dulu kedai ni di Persiaran Hamzah Alang..
Jom masuk...
Order di kaunter di pintu masuk, menu ada ditampal di dinding
jenuh gak nak tengok apa makanan yang dijual
nampak roti bakar kaya, oklah order yang tu
minuman pula nescafe O panas
sambil menunggu, layan mamat ni tiup seruling
kedai ni vibe zaman dolu-dolu
Ada deko barang klasik macam bekas celak, kacip pinang
yang dipesan dah tiba, big portion
roti bakar kaya tu sedap, rotinya lembut, kaya homemade
harga RM5.50 - air nescafe singgit je
kicap dan lada sulah dalam bekas anyaman
Alhamdulillah, dapat juga sarapan di sini
kalau ke Klang lagi, boleh singgah lagi, cuba menu lain pula














