Assalamualaikum..salam ceria..
Apa khabar? Sihat? Cuaca sangat panas sekarang ni kan, minumlah air kosong secukupnya. Tapi kalau pekena ABC, pun memang best juga. Dah lama mengidam nak mencuba Korean ABC - bingsu, akhirnya dapat juga di Caffe Bene, Jaya Shopping Centre, Seksyen 14, Petaling Jaya.
Jaya Shopping Centre ni kes kerja saya. First time site visit ke sini, masih lagi dalam pembinaan. Second site visit selepas completion pada November 2014, kena ronda dari Level 6 hingga ke basement. Kerja sambil cuci mata, inevitable, part of the job..hehe..
Dulu tapak ni ada Jaya Supermarket, tahun 1970an, orang PJ mesti tahu. Sekarang dah dibina semula, dengan rekabentuk yang lebih moden dan up-to-date, to remain competitive.
Jaya Shopping Centre di Jalan Semangat, PJ
Masa site visit, cuma intai dari jauh je outlet Caffe Bene ni. Tapi hari Jumaat lepas, selesai je sesi lawatan tapak kilang bersebelahan Seksyen 14, minda dah merancang nak singgah di sini. Cuaca sangat panas, need something to cool me down..hehe..alasan, alasan..yeahh, we need, at least, one good reason to justify our action...lagi pun tak sempat breakfast pagi tadi..so, off to the basement car park.
dekat main entrance from Jalan 14/17
Jom masuk..disapa dengan 'Anyeonghaseyo'..yelahh, kedai Korea. Macam-kacam jenis bingsu, coklat, green tea. Order bingsu Cookies & Cream dan rice cake waffle. Diberi coaster ni...alat komunikasi di antara pelanggan dan penjaga kaunter..
Dan juga diberi sekeping kertas ni..cara-cara nak makan bingsu..step by step..
step 1 : take photo - *mesti*
tekan topping sampai ke bawah sambil tu pusing-pusingkan gelas
Ada juga video yang tunjuk cara-caranya..
OK, coaster dah vibrate, meh ambik food di kaunter..
the bingsu and the waffle
Snap photo dah, jom tekan dan putar..berselerak jugalah..pedulik..just want to enjoy the bingsu..
The verdict: Dua-dua sedap, the bingsu tak berapa manis. Walaupun single glass, tapi banyak, jenuh nak perabihkan, at last, tak habis juga. Rice cake waffle sangat sedap, ada ground walnut..terbaik..
Yang bestnya, ada disediakan air kosong, free flow, memang rasa mual sikit bila makan, so wash down dengan air kosong.
Total cost: RM27.35 inclusive 6% GST..
Ada promosi..'dessert in a pan'..choco n cheese...macam sedap..
nyum..nyum..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tenants di Jaya Shopping Centre..OK juga..got everything for everyone..
Surau di Level 6..ceria in purple..
- check it out -