Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 27 July 2026

Rumah Makan Nasi Kampung

Sambung kisah kursus umrah pada 11 Julai..
 
Selepas solat Zohor di masjid, sepupu ajak makan tengahari di Rumah Makan Nasi Kampung yang terletak tak jauh dari masjid, di Jalan Damai juga. 

The venue. Ada tempat parking dalam kawasan restoran, tapi macam limited
first come, first served. ramai juga yang parking di tepi jalan 

 Menarik tempatnya dan luas juga. Tempat duduk pun banyak
 
 
Pilihan makanan pun banyak
 
bakar-bakar
 
Menu biasa - lauk-pauk nasi campur 
 

ambik makanan, nanti ada pelayan yang kira harga di meja
  
Selain hidangan nasi campur, ada juga laksa utara, mee kari, mee sup, pisang / keledek goreng dan juga jemput2 bilis dan pisang.  

overall, sedap juga masakannya. dari segi harga, tak dapat nak komen
sebab sepupu belanja.. 

recommended, bolehlah nak repeat..

Saturday, 25 July 2026

Kursus Umrah

Assalamualaikum..kisah dua minggu yang lepas, 11 Julai 2026..

InshaAllah, mak teman nak menunaikan umrah pada bulan September. Pergi bersama dua adik mak, adik ipar mak dan anak-anak adik mak (sepupu), lapan orang semuanya. Lima perempuan, 3 lelaki. Sepupu yang uruskan. Pergi dengan syarikat Wira Saujana.
 
Hari Sabtu 11 Julai 2026, ada kursus umrah dan ambik beg di Masjid Ibnu Mas'ud di Jalan Damai, off Jalan Tun Razak. 
 
bakal duyufurrahman
 
Selesai ceramah, acara ambik beg
 
cantik warna beg ni..biru laut..
 
jom check beg
 
ada lima beg semuanya
selain beg besar ni, ada hand luggage 
beg kecik, beg kasut, beg isi telekung
 

 semoga hajat mereka ke tanah suci
dimakbulkan Allah swt..amin2..Ya Robbala'lamin..

Thursday, 26 March 2026

Raya 2026 : Juadah Raya

 Cerita raya lagi...

Juadah di hari raya kedua..buat laksa..
makcik dan sepupu nak datang 

sayur-mayur untuk laksa

the laksa..dalam mangkuk tu rendang ayam
ada sepotong lagi lemang 

ikan keli goreng..cucu suka makan ikan keli berlado

kuah laksa dan sambal untuk ikan keli

 raya ketiga buat mihun tomyam..ada jiran lama datang

Alhamdulillah.. 

Sunday, 1 February 2026

Aktiviti pagi di hari Sabtu

Salam 1 Februari..
 
Kisah di hari Sabtu, aktiviti bersama bonda. Mak nak bayar zakat, so kita pergi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di area Chow Kit.
 
bangunan baru PPZ, tengah shooting kumpulan koir
 
Alang-alang dah dekat Chow Kit, terus lajak ke pasar chow kit
beli buah-buahan
 
lorong bahagian jual buah
 
beli buah rambutan 3kilo RM10
 
bergerak ke luar, mak singgah gerai depan sekali
nak beli buah anggur untuk buahtangan ziarah makcik
 
bahagian depan lorong jual buah
 
teman jaga buah2 yang dibeli
 
bergerak balik, singgah sini pula, nak beli apam balik
nak bawa gi rumah makcik
 
 
 ada jual kuih gandus juga
 
apam balik ni femes, tapi sekarang rasa dah kureng sikit
 
singgah sini juga, beli keladi goreng..teringin..
 
macam-macam gorengan ada
 
Last sekali, sebelum balik rumah, singgah breakfast di kedai mamak 
depan PPZ 
 
pekena roti canai & mee goreng mamak
tak habis, tapau bawa balik
 
Sekian, sepagi di kawasan Chow Kit  

Monday, 29 December 2025

Pangkin Aki Mohd @ Tanjung Malim..

Assalamualaikum semua..Isnin terakhir di tahun 2025..

Sambungan kisah makan kenduri rumah sepupu di Felda Gunung Besout 1 di Sungkai, Perak..

Balik dari kenduri, singgah di Pangkin Aki Mohd di Tanjung Malim..book satu malam di sini..

 

Kawasan di tepi sungai, off jalan besar Tanjung Malim..sebelum ke sini, singgah dulu di pasaraya TF, beli air minuman, telur ayam, timun, jajan2. Pagi tadi, mak dah masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak buat sarapan pagi esok. Petang ni makan laksa penang, kakak bawa kuah laksa..

Kami cuma dapat book satu chalet saja, sebab dah penuh. Kakak dan adik booked dua gazebo di tepi sungai.

dua buah chalet yang basic
ada katil dan bilik air, ada air-cond
 
titi ke sungai & gazebo
 
gazebo depan sungai
tangga yang dikanan tu ialah tangga ke tandas
ada disediakan sinki untuk basuh pinggan mangkuk 
 
ada wading pool
 
bahagian depan gazebo
 
sungai yang cetek
 
bentang lapik tepi gazebo, adik bawa peralatan camping
 
tempat dapur disediakan, dapur bawa sendiri
periuk kuah laksa & rebus telur
 
aktiviti makan laksa utara
 
bermandi-manda di waktu petang
 
kalau ikutkan perancangan, nak buat BBQ di malam hari
tapi semua dah kekenyangan, tak jadi BBQ

--------------------------------------------
 
Pagi esoknya, aktiviti BBQ dimulakan, cuma ayam & sosej..
 
anak saudara tengah bakar ayam
 
 makan nasi lemak diatas gazebo
 
makan nasi lemak di luar gazebo
 
have fun in the river dengan pelampung
 
mandi sungai
 
berbaring di sungai

syok betul..sampai tak naik si budak kecik tu.. 
 
Pukul 12 tengahari, check out..