Selamat Tahun Baru Masihi 2013
Dah 8hb, masih belum terlewat rasanya, for the wish..still mood tahun baru..
Tahun baru ni, tiba-tiba rasa nak mencuba sesuatu yang baru..bukanlah baru sebenarnya, tapi amat jarang sekali bagi saya untuk memakannya..sejenis Chinese food..dim sum..nak cari yang halalan toyyibah memang payah.
Bila ternampak ada promosi di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, terus aje walk-in..apalah nak makan di hotel tapi tak buat reservation dulu, nasib baik ada meja kosong..
Pelbagai jenis dim sum |
Dim sum ni kiranya makanan sihat sebab semuanya dikukus, termasuklah kaki ayam. Macam-macam filling, mostly vegetarian dan seafood, elok bagi mereka yang berdiet..
Semuanya sedap |
Suasana restoran |
Overall, the food is OK, tasty. Ada banyak pilihan dim sum dan ada juga side dishes seperti deserts, nasi goreng, mee goreng, kuih-muih Melayu, pastries dan fruits, kira berbaloi juga..kenyang sampai ke malam..to kill two birds with one stone..