Aktiviti terakhir di Taman Negara - naik bot ke Lata Berkoh. Pukul 2.30 petang, berkumpul depan pejabat. Ada briefing untuk bagi kumpulan - satu bot share 4 orang, so group kami dah cukup satu bot. Resort sediakan sebotol air dan bagi tuala pada mereka yang nak mandi sungai.
berkumpul depan pejabat
untuk aktiviti rapid shooting dan boat trip to Lata Berkoh
bot sudah sedia
meluncur pergi - lajunya
dari Sungai Tembeling masuk Sungai Tahan
Memang laju botnya, seriau juga. Bila masuk je laluan Sungai Tahan, pemandangan memang menarik, melihat pokok-pokok hujan yang dah wujud beratus-ratus tahun ..
Lama juga naik bot ni untuk ke destinasi, memang best layan pemandangan di sepanjang sungai..
Bot-bot semua berhenti di sini tapi belum sampai Lata Berkoh lagi...
Semua turun di sini dan meneruskan perjalanan ke Lata Berkoh dengan berjalan kaki, jungle trekking lagi. Tukang-tukang bot lepak kat sini menunggu, so sila cam tukang bot untuk tidak tersilap naik bot.
Jom jungle trekking pulak, ni baru betul jungle-trekking, takde platform kayu..meredah hutan belantara..
Jauh juga berjungle trekking ni bersama pelancong mat saleh
cantik - cendawan hutan berwarna oren
dah sampai di Lata Berkoh
mat saleh semua bermandi-manda
yang pompuan pakai two-piece
ada group budak sekolah yang piknik di sini
masak nasi, sup ayam - sedap je depa makan
Kami tak mandi di sini. Nak kata cantik sangat Lata Berkoh ni, takdelah cantik mana, biasa-biasa je. Rasa tak berbaloi jungle-trekking begitu jauh setakat nak mandi sungai...hihi..
Tak berlama-lama di sini, berjalan semula ke tempat parking bot..
takde orang di depan, kami yang pertama
dahan pokok berbelit-belit
Law of the jungle - take nothing but photograph, leave nothing but footprints.
Tapi saya dah break the law of the jungle - turun ke tepi sungai, ambik batu sungai, kecik je batunya, nak buat batu tungku. Letak dalam backpack, berat pulak menggalas. Memang betullah simpulan bahasa - takde kerja, batu digalas..hehe..
Dah sampai di tempot bot..tukang-tukang bot tengah baring-baring..
Kelah Sanctuary, Lubok Tenor
Singgah di Kelah Sanctuary, tapi tak boleh naik ke atas, ditutup sementara kerana sedang dibaiki..
beli makanan ikan, banyak betul ikan kelah
campak je, sekelip mata habis dimakan
meneruskan perjalanan balik
bot sebelah ni matikan enjin untuk menikmati kicauan burung
tiung bukan sebarang tiung
tiung dari Kuala Tahan
renung bukan sebarang renung
renung mengagumi ciptaan tuhan
perjalanan pulang
Aktiviti ni yang bestnya boat trip saja, very enjoyable and soothing berada atas sungai sambil menikmati pemandangan hutan semulajadi yang beribu-ribu tahun lamanya. Lata Berkoh tu biasa-biasa saja..
---------------------------------------------------------
Malamnya naik bot menyeberang sungai untuk dinner. Makan di Family Restaurant, penuh dengan pelancong asing je..
ejen pelancongan
Oklah, berakhir sudah aktiviti di Taman Negara. Jumlah kos untuk semua aktiviti = RM100.
Night jungle walk = RM45
Canopy walk = RM5
Boat trip to Lata Berkoh = RM50 (RM200 per boat)
-------------------------------------------------------------
Esoknya, lepas breakfast, check out dan off to KL. Bos saya singgah beli pisang lagi..
pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti
buah keranji dalam perahu
suruh mengaji, in shaa Allah, kita tahu
Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman beraktiviti di Taman Negara, melihat flora dan fauna di hutan tertua di dunia. Bagi mereka yang belum ke sana, memang highly recommended. Dekat Je..