Konichiwa..
Hari Sabtu baru ni mencuba makanan Jepun di restoran baru buka di tingkat bawah Hospital KPJ, Jalan Pahang Barat. Restoran ni boleh nampak dari Jalan Pahang..
bahan-bahan untuk buat sushi
Sushi dah siap, jom makan
Konichiwa..
Hari Sabtu baru ni mencuba makanan Jepun di restoran baru buka di tingkat bawah Hospital KPJ, Jalan Pahang Barat. Restoran ni boleh nampak dari Jalan Pahang..
bahan-bahan untuk buat sushi
Review drama Turki lagi...
Sekali tengok drama Turki, tetiba berderet recommendation daripada netflix...haishh...
Bila nampak tajuk drama ada m² = meter persegi, teruja nak tengok. sebabnya? setiap hari bergelumang dengan m² ni...haha...hal-hal kerja...
Drama ni tayangan khas Netflix. Ada 8 episod semuanya..tapi endingnya tergantung, yang memungkinkan ada Season 2..
Sinopsis [spoiler alert]
Hero yang digelar Shadow ialah seorang henchman (yang buat kerja kotor dan jahat) untuk bapa angkat dia bernama Servet. Servet bela Shadow sejak umur 4 tahun bila ibubapa Shadow meninggal dunia. Di awal episod 1, ada ditunjukkan Shadow pegang pisau yang berdarah dan kedua ibubapa Shadow mati kena tikam.
Shadow dalam diam menyiasat asal-usul keluarga dia yang membawa dia bertemu dengan Adem, seorang wartawan yang tahu mengenai Servet dan ibubapa Shadow. Adem ajak Shadow ke rumah dia sebab nak tunjuk sesuatu kepada Shadow. Adem juga sedang mencari bapa dia yang hilang entah kemana.
Bapa Adem bernama Adil ialah seorang tukang jahit di satu kawasan perumahan lama bernama Guzelce. Adil ada sebuah kedai jahit yang kecik, berkeluasan 50m², lebih kurang 538 kaki persegi.
Bila Adil meninggal dunia, ketua JKKK perumahan Guzelce yang bernama Mukhtar mencari waris Adil. Mereka terjumpa surat2 Adil kepada anak & isteri tapi tak dipos. Daripada surat2 tu, Mukhtar dapat tahu alamat Adem. Mukhtar dan Turan pergi ke rumah Adem untuk memaklumkan kematian Adil dan nak minta Adem jadi pewaris kedai jahit bapa dia.
Shadow berpaling tadah dan sorok senjata milik Servet. Kemudian dia pergi ke rumah Adem. Servet hantar seorang lagi henchman dia yang bernama Stain untuk bunuh Adem dan Shadow. Stain berjaya bunuh Adem tapi tak berjaya bunuh Shadow. Stain pengsan masa berlawan dengan Shadow. Dalam masa tengah havoc, Mukhtar & Turan sampai di rumah Adem. Mereka berdua tak kenal Adem.
Shadow menyamar jadi Adem. Mukhtar beritau yang Adem mewarisi kedai jahit bapa dia yang luasnya 50m². Shadow meremehkan kedai tu, dia kata 'apa dia boleh buat dengan luas 50m² tu? hee..berlagak giler..
Bila Mukhtar dan Turan balik, Stain yang masih hidup, cuba bunuh Shadow. Shadow cedera parah, dia tiada pilihan melainkan menyorok di kedai Adil sebab Servet tak tahu tempat ni. Shadow menganggap kehidupan dia di kedai Adil ialah peluang untuk dia menjadi orang baik, berbakti kepada masyarakat setempat.
Jiran2 di Guzelce menerima Shadow sebagai Adem, anak Adil. Tapi ada yang ragu-ragu. Kawasan perumahan Guzelce jadi tumpuan untuk dibangun semula. Ada penduduk yang setuju, ada yang tidak. Servet berjaya jadi pemaju pembangunan semula Guzelce bila pemaju asal ditangkap polis.
Shadow jadi ahli kejiranan Guzelce dan menolong jiran2 baru dia. Kedai Adil yang luas cuma 50m² tu pun jadi 'hot item' untuk melengkapkan misi pembangunan semula.
Assalamualaikum..salam hari Isnin..
Songkok sangat sinonim dengan orang Melayu, segak sang jejaka berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok..
Dua kali teman jumpa peniaga yang guna perkataan songkok ni. Adakah mereka bersongkok ketika berjualan? hehe..
Burger Bad Songkok - jual roti john dan burger di Bandar Baru Sentul
Masa ni tak pakai songkok (waktu malam)
Masa siang hari..bersongkok mereka ketika berjualan..
Bang Songkok - jual laksam dan bubur nasi
- ok. selamat bekerja -
Salam hari minggu..
Hari cuti ni, seronok bersantai-santai, belek-belek, menelaah bahan bacaan, buku, majalah..Jom tengok kedai buku yang cool di KL ni..Book Xcess..
Lokasinya di bangunan panggung wayang lama, panggung REX di Jalan Sultan, di kawasan Chinatown. Panggung REX ni salah satu contoh bangunan lama yang dikekalkan dan ditukar kegunaan kepada pusat komersil dan event space..