Wednesday, 24 December 2008
Belajarlah
Tuesday, 9 December 2008
Parlimen P067 DUN N29
Al-kisahnya, pada zaman dahulukala, seorang anak raja yang rajin telah mengira jumlah sungai dari hulu Sungai Perak dan bila tiba di Sungai Kangsar, jumlah sungai yang ada cuma 99 sungai, kurang satu untuk menggenapkan ke seratus, begitulah riwayatnya.
Pusat Bandar Kuala Kangsar dengan menara jam sebagai 'focal point
Pokok getah tertua di Malaysia, berusia 100 tahun pada tahun 1977, sekarang dah berumur sekitar 120 tahun.
Maktab Melayu Kuala Kangsar atau nama glamornya MCKK dengan motonya "Fiat Sapienta Virtus" - Kebijaksanaan Mutu Manusia.
Kolej Islam Darul Ridzuan juga terletak di Bukit Kerajaan, masih belum beroperasi sepenuhnya.
Signboard ke kampungku. Ada pulak orang interframe letak iklan 'massage service', urut oleh lelaki untuk lelaki sahaja ya..
Friday, 5 December 2008
Disinilah..
Wednesday, 26 November 2008
Pedusi Sahmura
Malaysia
3 Oktober 2002
Haziq,
Maruah wanita sentiasa berkapuh dikaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Aku juga jadi seperti Megat Panji Alam yang merindui Tejanya. Derita Megat dan seksa aku sama. Duka kami serupa. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Haziq!
Haziq,
Dahlia tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Kerajaan Malaysia mengusulkan mengumpulkan dana untuk mangsa Kosovo. Aku menghulur bantuan dan detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya.
Kami kahwin selepas itu walaupun bonda Syarifah menghalang. Cinta aku pada Dahlia teguh-utuh biarpun bonda sering menimbulkan onar. Kata bonda, Dahlia bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Bonda tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing.
Persoalan yang singgah diendokarp minda saya kian terjawab. Saya mula mengerti gejolak hati dia. Saya mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar saya kian berganda bila saya terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.
Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Dahlia mula tergugat. Aku kepingin anak yang bisa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah bonda. Aku jadi keliru. Dahlia tenang. Dia sentiasa tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang.
Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Bonda pula kian mendesak-mengasak. Bara mula berasap. Bonda pula menyiram petrol. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata bonda yang Dahlia mandul, cinta aku mula beralih arah. Sarah pilihan bonda aku terima. Dan Dahlia tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Haziq. Sabarnya tidak ada penghujung! Haziq.
Haziq, aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu, Haziq. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian.
Haziq,
Aku kira kau tahu kisah Masyitah penyisir rambut puteri Firaun. Masitah dan keluarganya, Firaun rebus didalam kawah menggelegak kerana tidak mengakui kebesarannya. Apapun seksaan Firaun, Masitah tetap sabar. Dahlia juga sesabar itu, Haziq. Hatinya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku.
Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Sarah. Aku ketemu Dahlia. Zalikha perlukan seorang ibu. Zalikha perlukan perhatian. Aku rela sembah Dahlia tika itu, Haziq, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Zalikha. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Haziq? Zalikha lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Haziq, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Zalikha kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Zalikha bisa membesar dari sumur Dahlia!
Dahlia menghidap barah payudara. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu? Menurut doktor, barah payu dara adalah pembunuh utama wanita diMalaysia. Pesakit yang datang awal untuk membuat pemeriksaan biasanya mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. Malangnya Dahlia sudah diperingkat kritikal. Dahlia dibedah segera. Sumur yang pernah menghilangkan dahaga Zalikha terpaksa dibuang kedua-duanya.
Rumahku tak ubah seperti tong sampah yang terbarai dipunggah kucing liar! Semuanya serba tidak kena. Kain baju yang tidak basuh bertaburan. Pinggan mangkuk bersusun di dalam sink. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Dahlia dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Haziq. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikultanggungjawab yang sungguh berat.
Satu hari, Dahlia memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Haziq. Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya, walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu.
Wednesday, 12 November 2008
Rumah Yang Gelap
Maka, Allah memperkenankan kepadanya. Lalu dia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Maka, dia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu dia merintih:”Aduhai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.”
Selepas lewat lima hari roh berkata:”Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka, Allah memperkenankannya. Lalu dia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah dari lubang hidungnya dan mulutnya air nanah.
Firman Allah bermaksud: “Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan malaikat berdiri dengan berbaris.” (Surah An-Naba’, ayat 38).
Ibnu Abbas berkata : “Jika datang hari raya, Asyura dan Jumaat yang pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat semua keluar dari kubur mereka dan berdiri di pintu rumahnya sambil berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami pada malam yang berkat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah.”
“Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingati kami dengan bacaan surah Al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini.”
“Adakah seorang belas kasihan kepada kami, apakah daripada salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri) kami, wahai orang yang berdiri memperluaskan mahligai kami, yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami.”
“Wahai orang yang membahagi harta benda kami, wahai orang yang mensia-siakan anak yatim kami”.
“Adakah salah seorang daripada kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami?”
“Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam kubur melainkan pahalanya. Maka, janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.”
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima (5) kali….
Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam
Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahailAllah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Sunday, 2 November 2008
Women's Power
Konklusinya, peranan pemerintah sangat besar dalam usaha mendidik generasi pelapis agar teguh jiwa perjuangannya dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Seeru ala barakatillah...Wallahhua'lam.
Tuesday, 28 October 2008
Dua yang sama, dua yang berbeza
Pada majlis ini juga, Tan Sri dan tiga lagi tetamu mepersembahkan tarian zapin Johor. Eksklusif untuk para tetamu.
The men in line
Ahli Kumpulan As-Samrah juga mempersembahkan tarian Arab, nama tarian tidak ketahuan pulak.
Empat lelaki tengah menari tarian Arab. Dua orang move forward, dua lagi menari style reverse ...gamaknya macam tu kot chreography nyer..hmmm..sehati berdansa..
Makanan yang dihidangkan: lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, nasi tomato & ayam masak merah, roti jala & kari, sate, kuetiau & mee goreng, kambing bakar, mee rebus, ABC, kek, kuih raya, buah2an and a few types of drinks.
Alhamdullillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati.
Jamuan 2
Venue: Food Court, PPR Desa Rejang, Setapak
Date: 25 Oktober 2008, 8.30 pm
Host: Penduduk PPR Desa Rejang
Tetamu VIP, ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' hadir sekitar pukul 12.00 tengah malam. Kami faham dengan hambatan tugas beliau sebagai wakil rakyat yang perlu menyelesaikan masalah rakyat. Sementelah beliau baru melawat mangsa kebakaran di kawasan Kassipilay.
Makanan yang dihidangkan: Bihun sup, lemang, nasi impit, kari ayam, kerepek ubi dan air teh O ais. Yang lain, dah habis. Sudahlah dijamu, diberi pula juadah untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.