Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Tuesday, 15 April 2025

Thermos Flask

 Sebelum hari Krismas tahun lepas, jalan-jalan ke Sogo KL
window shopping year end sale...
 
tertarik pulak tengok tumbler ni...
gambar city skyline di zaman medieval
My officemate cakap yg ni gambar bangunan di negara Belanda
betul lah tu kot

 

 Tetiba company bagi satu tumbler 

sama lak colour code 

Tumbler company ada dua colour - gold and black

cantik gak yang hitam

berkenan dua-dua..haha..

hehe..jangan tamak..

Wednesday, 1 January 2025

Bulan Rejab 1446H dan Tahun Baharu 2025

 

Selamat Menyambut Bulan Rejab 1446 

Selamat Tahun Baharu 2025

 

Segala cabaran dan ujian dtempuh dengan sabar

- carpe diem -

Tuesday, 31 December 2024

It's the end of the Year...

Alhamdulillah..it is the end of the Year again...

Jom tunaikan kewajipan...dah cukup haul...kaii ni Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan berurusan di Menara MAIWP di Lorong Haji Hussein 2, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz.. 

Menara MAIWP
 
Bangunan baru..new kid on the block..terhangat di pasaran..
 
berdiri megah..aset umat Islam..
 
pergi sini hari Ahad, 29.12...
 
reception area 
 
kaunter PPZ di tingkat Lower Ground
 
beroperasi 7 hari di akhir tahun
 
ada kedai-kedai juga ditingkat ini
 
deretan kedai-kedai
 
ada cenderahati untuk pembayar zakat
 
cantik beg nya
 
ada kalendar, air botol, bun dah habis dimakan

ambik packed nasi untuk makan tengahari
ada juga bihun goreng tapi kita ambik nasi je 
sebab sampai sini pun lagi 10 minit pukul 1.00 tghari 
 
not bad, meriah lauknya
ada keli masak sambal, ayam masak lemak
sayur taugeh, sambal belacan, timun
 

Alhamdulillah...syukran PPZ...
 
Selamat menyambut bulan Rejab
Selamat Tahun Baru 2025

Thursday, 19 September 2024

Balai Polis Trafik PJ | Ais Jendela | Service Centre

Selasa, 17 September 2024

Office teman cuti hari ni, orang kerajaan dah mula kerja. So, agenda hari ini ialah menyelesaikan hal kereta yang kena langgar pada 04.09.24. Kembali semula ke balai polis trafik PJ untuk ambik keputusan siasatan kemalangan. 

Alhamdulillah, kereta dah dapat pada hari Selasa, 10.09.24. Hantar baiki di service centre pada hari Khamis, 05.09.24.

bertemu kembali
 
Bagaimana rupanya laporan siasatan polis? Maklumlah pertama kali kena langgar, kita abadikanlah di dalam blog buat kenang-kenangan..hihi..semoga ini yang pertama dan terakhir..amiin²..

 
oo..bila kita langgar kenderaan orang, kita kena saman RM300 ya
 
gambar kenderaan yang kena langgar
 

ada gambarajah lokasi kejadian

Laporan siasatan ada 4 mukasurat semuanya, satu page lagi ialah salinan sah laporan polis..kena bayar RM14..

Alhamdulillah, dah selesai, jom gi makan dulu sebelum balik KL..
singgah di sini, depan tempat parking je...
 
kita makan dulu
 
Makan tengahari di sini..makan nasi campur..

makan di gerai ni
 
Masa tengah makan, ternampak ini pula
 
 
Ais jendela?? curiosity killed the cat, jom order
 
perghh...gelas besar..
 
ais jendela ni ialah air kelapa + sirap + selasih
 rasanya..cam pelik sikit, not my taste..huhu..
 
harga?? x tahu sebab ada orang tolong bayarkan
siapakah orang itu?? misteri nusantara..jeng, jeng..
 
orang itu ialah..
pompuan yang pakai baju merah, tudung biru dalam gambar di atas
terima kasih orang baik..
Alhamdulillah, rezeki dari sumber yang tidak disangka
first time stranger tolong bayar..terharu teman..
 
Dah makan, jom gerak balik KL..ke service centre pula
untuk hantar laporan siasatan..
 
bengkel body & paint Honda di Wangsa Maju

Alhamdulillah, semoga urusan claim insurance berjalan lancar
lecehkan bila terjadi perkara macam ni..ke sana ke sini..settlekan urusan
tapi oklah timba pengalaman

Hati-hati di jalan raya

Tuesday, 30 July 2024

Jalan Alor (sebelum kena angkut dengan DBKL)

Assalamualaikum semua..

Kisah pada petang 17 Julai 2024, selepas habis conference di Hotel Royal Signature, Bukit Bintang. Hotel dah dekat dengan Jalan Alor, seberang jalan je. Sebelum balik ke rumah, tetiba rasa nak pi Jalan Alor, nak check out tempat yang femes dengan tourist dari seberang..asyik fyp je di tiktok. 

Entahlah, bila dengar Jalan Alor je, perasaan tu rasa semacam je..mungkin dah sinonim dengan tempat makan orang Cina dan tempat 'red light district'..

Jom kita ronda-ronda Jalan Alor, tengok apa yang ada di sana, di sana..

suasana di sebelah kanan, 
selepas keluar dari lorong dari Jalan Bukit Bintang
 
Jalan Alor dah jadi pedestrian street

ok, kita jalan sebelah kiri dulu
 
dipenuhi dengan kedai makan dan gerai jual makanan Thai

Thai street foods
 
Tiger tu bukan biskut tiger ya..haha..
 
Ku lihat restoran bercampur-campur, tak sure halal ke tak, ada Restoran Kuning yang jual ikan bakar, pekerja nya approach, tunjuk-tunjuk menu..
 
Ada gerai yang jual pelbagai menu..
 
kambing golek
 
french fries panjang
 
gerai dessert Thai - suka tengok mesin pengisar ais tu
 
ada red ruby, yg lain x kenal
 
som tum..nyum, nyum.

pulut nangka pun ada
 
gerai mee tarik

gerai wagyu pun ada

gerai yang menjadi tumpuan ramai

tudia..black thorn @ duri hitam

ais krim kelapa & tanghulu

ramai juga yang jual ni- marshmallow ice-cream

yummy
 
Ok, kita ke Jalan Alor disebelah atas pula, belah kanan banyak kedai makan cina.
kita cuma survey gerai-gerai di sebelah kiri

pastry durian

buah nona

beli ni je - buah nenas + buah mangga/kedondong

Rata-rata yang berjualan di gerai-gerai semuanya warga asing 
 
-----------------------------------------

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barang perniagaan dan memindahkan halangan milik 16 penjaja di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, Rabu lalu (26.7.2024)..

DBKL dalam kenyataannya berkata, operasi itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan serta pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, penjaja dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 yang membabitkan 15 penjaja warga asing tanpa lesen perniagaan yang sah serta seorang penjaja warganegara dikenakan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974"

DBKL dalam kenyataan sama berkata tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang sudah dikenal pasti akan diteruskan.

sumber: Berita Harian

semua kena angkut

Memang kena pantau kawasan ni, kalau tak..patah tumbuh, hilang berganti..dah banyak kali DBKL buat operasi di sini..memang tak serik-serik mereka ni..

...........................

Pernah ke area ni pada tahun 2018. Cerita menarik di Jalan Alor Backstreet, sila baca entry Jalan Alor @ Bukit Bintang..