Salam Jumaat..
Sudah sebulan lamanya berada di pejabat baru. Hari Selasa 28.5.24, ada acara makan-makan 'office warming' untuk staff. First staff gathering di pejabat baru..the venue at pantry area @ Dining@10...
Salam Jumaat..
Sudah sebulan lamanya berada di pejabat baru. Hari Selasa 28.5.24, ada acara makan-makan 'office warming' untuk staff. First staff gathering di pejabat baru..the venue at pantry area @ Dining@10...
Salam semua...sambung kembali kisah travel di Yogyakarta..
Hari kedua di Jogja. Hari Jumaat. Hari ni kita ke Borobudur..one of the must visit places in Jogja. Malam semalam baru godek-godek website, nak beli tiket. Bapak Kadarmaji beritahu kena pilih slot - setiap visitor cuma dibagi masa 1.5 jam sahaja untuk jalan-jalan di Borobudur, kami ambil slot 9.30 - 11.00 pagi..
Untuk hari ni, kami booking teksi Pak Kadarmaji untuk satu hari, dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang. Sewa seharian ialah IDR 500,000 @ RM145.
Borobudur ialah kuil Buddha terbesar di dunia. Dibina pada kurun ke-9 di zaman dinasti Syailendra tetapi ditemui pada tahun 1815. Dinobatkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Masih berfungsi sebagai kuil, masih ada orang Buddha yang buat upacara keagamaan mereka di sini.
Jom kita lawat tapak UNESCO. Sampai di tempat parkir, ramai yang datang, menjual pelbagai barang. Terus ke kaunter tiket.
Drama mengisahkan male lead Qi Lian (QL) dan female lead Jiang Xiao Yuan (JXY) menyiasat apa yang terjadi dalam kehidupan mereka. QL menyiasat kehilangan sahabat dia 6 tahun yang lalu manakala JXY menyiasat kenapa dia time travel ke tahun 2018.
JXY ialah seorang gadis kaya di Chongqing City di tahun 2025, ada kawan baik bernama Feng Rui Xue dan teman lelaki bernama Huo Boyu. Huo Boyu kantoi ada affair dengan Feng Rui Xue. XJY ugut nak tarik balik investment dalam business Rui Xue. Rui Xue tiba-tiba menghilangkan diri. JXY merasa sangat bersalah.
Pada satu malam, dia ternampak Rui Xue dan Xiao Yuan kejar dengan kereta. Tetiba kereta JXY tercampak ke dalam sungai dan sistem Lighthouse bagi signal di telefon pemberian Mr Xu, PA kepada bapa JXY.
Kisah hero pula bermula di tahun 2012 di Luoshan City. Kawan baik dia, Xu Jingyang mengalami kecederaan dan masuk hospital. Semasa QL bawa Xu Jingyang berehat di bumbung hospital, tetiba Xu Jingyang hilang. QL tak dapat cari dimana Xu Jingyang dan masa berlalu selama 6 tahun dan timeline drama ni ialah di tahun 2018.
JXY yang tercampak ke dalam sungai di Chongqing City, tetiba tersedar di kawasan berbatu di tepi sungai. Dia berjalan ke stesen minyak dan budak lelaki di kaunter beritau JXY yang dia berada di Luoshan City. Dia ternampak kalender di belakang kaunter menunjukkan tahun 2018. Rupanya dia time travel, balik ke tahun 2018.
Apa yang menarik bila tengok kalender di stesen minyak tu, ada tulis 'Selasa' dan bulan Islam 'Safar', besar pulak tu tulisan nya..hihi..dari manalah team produksi dapat kalender tu ya, dari Malaysia kot...haha..
QL dan JXY bertemu di hospital. Sejak itu, QL sentiasa mengekori JXY dan secara diam², menjaga kebajikan JXY. JXY tiada tempat tinggal dan mula cari kerja.
QL ingat JXY ialah kawan sekelas dan orang kampung dia sebab muka dan nama dia sama dengan kawan baik QL. Tapi JXY cakap dia time travel dari Chongging, dari tahun 2025. Dia tak kenal pun QL dan dia bukannya JXY kawan QL.
QL tak percaya. Dia marah JXY sebab tinggalkan dia tanpa berita selepas tamat sekolah. QL bawa JXY pergi ke salon milik Cheng Fang Zhou, kawan sekolah dia. Bila berjumpa Cheng, JXY baru tahu yang kisah QL dan JXY di masa lalu.
JXY jadi intern hairdresser di salon Cheng dan kemudian jadi make-up artis. Muncul watak baru, trainer untuk MUA bernama Jiang Bo.
Hubungan JXY dan QL jadi rapat. QL berjanji akan cari jalan untuk JXY kembali ke tahun 2025 dan dengan itu, kawan sekolah QL dapat kembali semula. QL dan JXY mula menyiasat kaitan Mr Xu, Xu Yingyang dan telefon bimbit. Tapi ada dalang yang sentiasa menghalang dan menggagalkan siasatan mereka.
Bila teman lelaki JXY di tahun 2025, Huo Boyu muncul di Luoshan City, JXY jadi keliru. JXY percaya yang Huo Boyu time travel juga. Bila Huo Boyu mati terjun bangunan sebab percaya boleh kembali ke tahun 2025, QL dan JXY dapat maklumat mengenai Lighthouse System.
Disinilah bermulanya plot twist terhebat...haha...time travel lah sangat...rasa nak dush², tumbuk² screen..tipah tertipu...mind game tahap gaban...
Generally, so-so je drama ni, pacing sedikit slow, banyak kali juga fast forward sebab boring...bolehlah nak layan..
Happy weekend..
Aktiviti malam di hari pertama di Yogyakarta..
keluar JJCM, people watching di Jalan Malioboro
Di waktu malam, half of Jalan Malioboro jadi pedestrian, so kenderaan akan masuk Jalan Dagen untuk keluar ke jalan lain
bertabahlah..hati-hati di jalan raya.
Singgah gerobak jual minuman wedang ronde
enak..anget-anget air halia, isian nya pun sedap
ada mcm roti keras, kuih mochi