Sunday, 31 January 2021

Hadiah dari blogger Shida

 Alhamdulillah, dapat hadiah Geng Kuat Komen daripada blogger Shida.

 ada 2 hadiah

Fridge magnet dari Pulau Pangkor
 
Kalender tahun 2021

bhg belakang kalender
 
Terima kasih Shida.
Semoga bertambah rezeki, maju jaya dalam hidup, dunia & akhirat
dikurniai anak soleh & solehah..amiin..

Selamat berhujung minggu. Esok KL cuti, hari wilayah

Friday, 29 January 2021

Terowong Merah Jambu

Hola..

Kat Malaysia tak banyak terowong jalanraya. Yang legend, terowong kat Karak Highway dan terowong Menora kat Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara-Selatan. Entah kenapa, rasa teruja je bila nak sampai ke terowong..haha..

Kat KL, ada dua terowong - Terowong Smart di Sungai Besi dan Terowong Penchala di Penchala Link, SPRINT Highway. 

Terowong Penchala ni cantik, warna merah jambu (pink). Panjangnya 710 meters.

 cantik kan..hihi...entry santai di petang hari..

Wednesday, 27 January 2021

Blackpink vs Red Velvet..

Blackpink and Red Velvet in your area!!

Berita gembira untuk peminat GG (girl group) Blackpink. Pepsi berkolaborasi dengan quartet Korea Selatan ni untuk kempen "Go All In for What You Love" motivasi untuk generasi muda berusaha mencapai apa yang diminati.

 

Pepsi X Blackpink

complete four member, four bottles, limited edition


 Ada juga dijual di Lazada dan Shopee. Harga RM5.00 sebotol. Harga promosi di 7-Eleven RM2.00. Tak beli pun, ambik gambar je..not a diehard fan..not blink, blink..

Red Velvet? Yang ni saya beli..Oreo Red Velvet..


sedap..tapi seperti biasalah biskut oreo..manis..

Monday, 25 January 2021

Bhuppae Sunniwat (Love Destiny)

Sawadikaa...selamat hari Isnin..

Review drama Thai yang sangat awesome. Genre time-travel. Period drama, cerita di kurun 17. Kingdom Ayutthaya, di zaman King Narai.

Kudos to the scripwriter yang berjaya mengolah cerita fiksyen bersulam dengan sejarah dan politik. Sangat menarik dan tak membosankan. Tak heavy, boleh lah layan..

Pertama kali tonton Thai boran (ancient history), rasa sangat wow, ibarat menyelusuri sejarah Kingdom Ayutthaya bersama female lead.

female and male lead
their chemistry makes your heart flutter, rasa goosebumps
 

Lakonan dan plot drama yang SOLID, takde watak bodoh-bodoh alang, plot filler, extreme villain, balas dendam, love triangle, misunderstanding, boleh katakan plot yang sangat flowing. Cinematografi yang awesome, light humour, serta introduction to Thai culture. 

Cuma bab pakaian yang tak berapa best. Hamba-hamba perempuan yang low-class, semua berkemban, gigi diwarnakan hitam. Lelaki bangsawan masa perjumpaan dengan King, tak pakai baju, berlenggeng je..haishh..

Plot/Storyline

Cerita mengenai roh seorang pelajar arkeologi bernama Ketsurang yang masuk ke dalam badan seorang perempuan bangsawan yang cantik jelita tapi jahat/kejam di kurun 17 yang bernama Karakade. Karakade bertunang dengan Date, golongan bangsawan juga dan anak kepada kawan bapa dia. Bila ibubapa Karakade mati, Karakade tinggal di rumah keluarga Date. Karakade ni sangat jahat sampaikan Date pun benci dia. Date sukakan Yanward yang lemah-lembut. Karakade nampak Date dan Yanward asyik main-main mata, senyum-senyum simpul. Dia cemburu.

Opening drama di kurun 17. Karakade suruh dayang dia buat khianat kepada Yanward dengan menyelam dalam sungai dan terbalikkan sampan. Yanward terselamat tapi dayang dia mati. Date sangat marah. Dia syak Karakade tapi takde bukti. Dia berpakat dengan bapa dia buat upacara 'mandrem'. Masa ni Karakade mati.

Langsung ke kurun 21, Ketsurang dengan boyfriend dia, Reungrit berjalan-jalan dalam kawasan kuil. Tetiba Ketsurang ternampak hantu Karakade. Mereka berdua ketakutan, naik kereta nak balik rumah. Hantu Karakade ikut mereka dalam kereta. Kerana terperanjat, Ketsurang dan Reungrit kemalangan. Ketsurang mati, roh dia ikut roh Karakade. Roh Karakade minta roh Ketsurang masuk ke dalam badan dia dan berharap Ketsurang bersihkan nama dia, buat baik, buat kebajikan supaya roh dia dapat hidup tenang. Ketsurang tak tahu yang dia dah mati dalam accident.

Kembali ke kurun 17, Karakade yang terbaring, tak bernyawa, tiba-tiba bangun sebab roh Ketsurang dah masuk dalam badan dia. Masa ni kelakar giler. Dayang-dayang Karakade sangat takut. Bila Karakade tak mati walaupun dah dimandrem, Date & keluarga serta kaum-kerabat terdekat ragu-ragu, nak percaya ke tidak. Date masih tak percaya.

dinner time

cantik - ukiran buah2an - Thai craft

Bermulalah perjalanan hidup Ketsurang dalam badan Karakade. Ketsurang tak tahu ramai yang sangat benci Karakade sebab dia sangat jahat. Yang bestnya, bila pelajar arkeologi/sejarah kembali ke zaman silam, sangatlah teruja bila dapat merasai secara praktikal subjek yang dipelajarinya. 

 

Ayuthaya dalam drama ni

Ketsurang sangat teruja. Dia nak pergi, nak tengok semua tempat yang dia belajar. Setiap kali dia melawat tempat sejarah atau jumpa orang yang ada ditulis dalam buku sejarah, mesti dia cakap 'Reungrit, saya harap awak ada bersama saya ketika ini". Kemudian flashback ke kelas sejarah Ketsurang, mendengar penerangan pensyarah Ketsurang.

Semua kisah sejarah dalam drama ni ialah sejarah benar Kingdom Ayutthaya. Walaupun Ketsurang tahu apa yang akan berlaku, dia tidak mengganggu sejarah, dia biarkan sejarah terjadi seperti yang sepatutnya, "what will happen, will happen"

jeti depan rumah Date

Berjayakah Ketsurang bersihkan nama Karakade? drama ni happy ending and well wrap-up. Ketsurang akhirnya tau yang dia dah mati di kurun 21, sedih juga bila roh dia kembali ke rumah, tengok mak dan nenek dia tengah bersedih. Boyfriend dia jadi sami, sebab sedih kerana dia yang pandu kereta masa kemalangan tu.

Menonton di netflix, ada juga di website dramacool, kissasian dan dailymotion. Kat neflix semuanya 15 episod, setiap episod lebih kurang 2 jam. Jenuh nak habis. Kat website dramacool, 40 episod. Kat netflix banyak scene kena potong, baik layan di dramacool.

Totally recommended. Happy watching!!

Friday, 22 January 2021

Korean Cold Noodle @ Platenum Cafe

Salam Jumaat...hari yang penuh keberkatan.

Cerita makan-minum di Menara TM, Bangsar. Makan mi sejuk korea di Platenum Cafe..

Platenum Cafe di Menara TM
 
interior
 
di sebelah sana ada outlet Qulu Qulu
yang jual kopi, tapi tutup sementara
 

Order naengmyeon - mi sejuk korea. Minum - teh ais limau

simple dish - ada kimchi, tomato, telur rebus, timun, bijan, chili flakes
 
kuah dia very light & refreshing
 
rasa masam2 sikit sebab ada kimchi, minum pulak teh ais limau, dua-dua masam..hehe..
 
OK, happy weekend...

Friday, 15 January 2021

La Juiceria : Healthy is Sexy

Salam Jumaat..
 
Time PKP ni kena gi kerja di pejabat, seperti biasa....
 
Cerita sebelum PKP, jalan-jalan, tengok site di Bangsar. Baru tahu ada condominium nama Nadi Bangsar. not a Bangsar babe..
 
Nadi Bangsar di Jalan Tandok
 
Cuaca panas terik, jom singgah La Juiceria di Nadi Bangsar. Tengok gambar macam menarik je air avocado ni. Lama dah tak minum.
 
gambar yang menggoda sukma
 
Menarik tagline dia : Healthy is Sexy
 
Nama penuh:La Juiceria Superfoods Signature
 
menarik interior nya
 
cosy place
 
pilihan jus segar
 
menunggu

straw daripada tebu
 
 avocado caramel smoothie
 
 
healthy sungguh, tak manis, terasa kelat-kelat buah avocado...I like..

Sunday, 10 January 2021

6 lagi program realiti Korea yang best!!

Annyeong..salam hari minggu..

Sambungan entry tahun lepas..meh tengok 6 lagi program realiti Korea yang best...

 1. Jamsiman Village


JAMSIMAN VILLAGE features celebrities and their children who travel to a foreign city and live there for a while. They enjoy the city in ways short-term travels would never provide: Walking the narrow allies around the neighborhood, making friends with the locals, and living like the people in the city for a period of time. The show observes three families: Cho Jung-chi and Jung In dwell in Ljubljana, Slovenia with their daughter and experience the small city life. Park Ji-yoon and her daughter fly to Helsinki, Finland, to enjoy a way of life in Northern Europe. Kim Hyung-kyu and his son go to Bali, Indonesia, known as the backpackers' paradise, to feel the freedom.
 
Kisah 3 keluarga selebriti Korea yang tinggal dan merasai kehidupan masyarakat tempatan di tiga bandar - Ljubljana di Slovenia, Denpasar di Bali, Indonesia dan Helsinki di Finland.
 
2. 3 Meals A Day
 
3 Meals a Day : Seaside Ranch
 
Program kehidupan di kampung dan masak-masak untuk 3 meal utama. Ada 9 episod utama. Yang saya tengok 5 episod - Gochang Village, Seaside Ranch, Fishing Village 3 & 4 dan Mountain Village. Rancangan ni dihost oleh 3 selebriti lelaki, cuma episod Mountain Village je dihost 3 selebriti wanita. Setiap episod akan ada tetamu selebriti yang sertai mereka.

Menarik rancangan ni sebab mereka kena kerja untuk dapatkan bahan mentah untuk dimasak buat sarapan, lunch and dinner. Mereka kena masak guna dapur tradisional - dapur kayu, masak nasi guna cauldron (periuk besi).
 
Di Fishing Village, mereka menangkap hasil laut, di Gochang Village - sistem barter - mereka proses susu kambing, penduduk kampung bagi bahan2 untuk dimasak. Paling best tengok kebun sayur mereka..terbaik..
 

3. Twogether
 
 
Rancangan ala-ala explorace, di host oleh selebriti Korea, Lee Seung-gi dan selebriti Taiwan, Jasper Liu. Mereka berdua mengembara ke beberapa bandar di Asia, bermain games untuk dapatkan clue untuk mencari alamat peminat mereka.
 
Bandar-bandar yang mereka pergi ialah Jogyakarta, Bali, Bangkok, Chiangmai dan Nepal. Kelakar mereka berdua ni, paling best masa mereka pergi Nepal. Punyalah concentrate kat tarian tradisional, ingatkan itu game mereka, rupanya aturan makanan yang dihidang.

4. Little Forest
 

Rancangan realiti kanak-kanak, tinggal 2 hari 1 malam di kawasan kampung, back to nature. Rumah Little Forest ni, memang best betul, ada laman dengan open kitchen, kebun sayur, kandang ayam dan arnab dan workshop yang lengkap. 
 
Dihost oleh 4 orang selebriti - Lee Seung-Gi, Jung So-Min, Lee Seo-Jin and Park Na-Rae. Peserta pula kanak-kanak berumur 4 - 7 tahun. Yang best, pasangan kembar - Grace & Brooke yang suka menyanyi dan Yi-han, big brother, yang 2 kali gigi tercabut.
 
 
5. Street Food Fighter 1 & II
 
 

Program makan-makan di seluruh dunia (termasuk Penang) yang dihost oleh Chef Baek Jong-Won. Masa di Penang, Chef Baek cari buah durian, tapi takde musim masa tu.

Menarik program ni, suka time Chef Baek pergi Sicily dan New York.

6. My Neighbour, Charles..

 
Foreigners who have left their homes behind to stay in South Korea for various personal reasons share stories about how they continue to survive in the Korean society amidst several challenges.

Rancangan realiti kehidupan warga asing yang tinggal di Korea Selatan. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai sebab, ada yang berkahwin, bekerja, yang lari dari bahaya, yang suka negara Korea. Program mula dari tahun 2014 hingga 2018. Untuk rancangan ni, suka tengok episod yang memaparkan kehidupan orang Islam di Korea Selatan.

ep 87 - keluarga dari Iraq
 
ep 78 - family Afghanistan
 
ep 105 -  family dari Iraq

family from Uzbekistan
 

Menarik rancangan ni, recommended untuk ditonton.



Yang lain-lain yang best : Little Summer Holiday, Korean Hostel in Spain, Eat Sleep Eat, Delicious Rendezvous dan Master in the House/All the Butlers. 

Rancangan Eat Sleep Eat, ada shooting di Kudat, Sabah. Chef Baek Jong-bung masak kari Malaysia, sedap benor mereka makan kari Malaysian style..

Program realiti Korea memang menarik..banyak genre..

Friday, 8 January 2021

Hadiah dari blogger Nur

Salam Jumaat, hari yang penuh barokah..

Alhamdulillah, di minggu pertama Januari 2021, terima satu parcel dari blogger Nur. Siapa blogger Nur? cer teka...hihi..ok, clue - yang selalu exercise...jogging, jump rope..yoga..slowjog..

Ok, the answer is tuanpunya blog 'Kisah Seorang Slow Runner'.. 

Isnin malam, balik dari pejabat, tengok ada sesuatu diatas meja. Terkejut teman, besar gak bungkusannya..

Jom unboxing the mysterious parcel..

nampak mata - curious giler time ni..haha..
 
the one in the parcel
 
Tadaa..cer teka apa benda yang ada mata tu?..hihi.
 
it is a small pillow..tema burung hantu (owl)..cute sungguh
dan ada fridge magnet Teluk Batik..
 
Alhamdulillah, syukran, jazakillah,  Nur. I love, love your gifts. Cantik sungguh bantal kait tema burung hantu..warna ungu..my office corporate colour..
 
Kalau baca blog Nur, dapat tau yang Nur ni pandai mengait..ada buat home bisnes..memang cantik hasil kaitan Nur..sangat kemas..you will love it..

 Thank you very much, Semoga Nur & keluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik..

Monday, 4 January 2021

Thai Fresh Oyster @ Mr Tuk-Tuk

Year end treat..untuk diri sendiri...

Ada kerja di Empire City, Damansara Perdana. Tengok ada restoran Mr Tuk-Tuk di luar bangunan Block H. Dulu lokasi ni Restoran Pinn, dah bertukar tuan.

simple je dalamnya

Tengok menu ada tiram segar...wahh, best ni, dah lama mencari..macamanalah oyster Thai style.

Pernah sekali makan tiram segar ni masa company buat buka puasa di Shangri-La, dua tiga kali round jugalah ambik tiram segar, free maa..

Sebenarnya, dah lama gak cari oyster segar. Ni semua pengaruh program realiti korea..JungHaein travelogue ke New York dan Streetfood Fighter New York..sedap sungguh tengok dua host program ni makan oyster fresh..

one pot of Thai Jasmine tea

yang dinanti sudah tiba..tadaa..

tiga ketul je 
macam-macam perencah - limau sudah semestinya
ada bawang putih, bawang goreng, daun ketumbar
yang tengah tu sambal cili hijau cair

tembam-tembam juga

satu ketul perah limau, satu lagi letak sos cili hijau, yang last letak bawang putih..bila letak benda2 ni semua, hilang rasa tiramnya..hehe..harga RM19.80..

Beli juga nasi goreng ikan masin, tapau untuk dinner..

guna beras siam kot
nasi rasa liat-liat macam pulut, ikan masin yang tak masin
suka lagi yang Malaysian style 
 
sekian..

Sunday, 3 January 2021

Macam Halimunan

 Salam petang Ahad
 
hujan dari pagi, best!!..suasana sejuk..meh tengok pemandangan..
 

macam halimunan dua pylon TNB ni
warna yang lutsinar
 
aerial view Universiti Malaya di kejauhan
yang lagi jauh, kawasan Bangsar

#viewfromiconicbuildingBangsar