Assalamualaikum..take a break from cerita jalan-jalan ke Korea, sikit lagi nak wrap-up. Copy paste artikel ni dari Berita Harian hari ini. Untukmu, Palestin..
Baitulmaqdis: Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba,
dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak
berkuasa.
Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan.
Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan.
Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di
Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi
berkenaan David Yeger.
Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu
rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari
arah pantai.
Guna batu leper
Lebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki. Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.

Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian
daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya
pada tahun 476.
Bergerak pantas, selesa
Pentadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa.
Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit
tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang
diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya.
AGENSI