Dari hentian bas Tian'anmen, naik bas 82 ke hentian bas Qianmen. Qianmen ni lokasinya di selatan Mausoleum Chairman Mao (di selatan Forbidden City).
tourist bus di hentian bas Qianmen
berjalan ke Qianmen Street. disebelah kiri ialah Qianmen Gate
Qianmen Gate, dulunya Zhengyangmen (Gate of Straight Positivity)
sebahagian dari Beijing city wall
sebahagian dari Beijing city wall
Qianmen Street
mission accomplised!! view yang menjadi idamanku
Qianmen Street ialah tinggalan terakhir pusat perniagaan di Old Beijing, dah wujud sejak Dinasti Ming dan Qing. Ada kedai-kedai di sini telah ada sejak zaman Dinasti Qing, dilabel sebagai 'time honored shops'.
Senibina bangunan di sini memang menarik, cantik dan berseni..terasa macam kembali ke zaman dahulu kala..yang best, sepanjang jalan ialah pedestrian street, memang boleh 'mingle to the heart's content'..jom snap-snap..
boleh naik tram - tambang CNY 30
'time honored' restoran halal Yueshengzhai
Rentang Pharmacy - time honored shop
Madam Tussaud's Beijing
Qian Men Emperor's Avenue
Wahh..bestnya suasana di sini, sangat nyaman..memang seronok lepak-lepak sambil cuci mata tengok senibina bangunan...
the tram, the tram..is coming
'time honored' restoran halal Yi Tiao Long (the Dragon)
mula-mula namanya Nan Heng Shun, ada sejarah kenapa namanya bertukar
plak di dinding menceritakan sejarah restoran ni
Bertukar nama sebab Maharaja Guangxu pernah makan di sini. Orang China & Korea gelar maharaja depa sebagai 'naga'. Makanan yang emperor makan 'hot pot' diklasifikasikan 'Intangible Cultural Heritage of Beijing'...sampai camtu sekali..
bangunan cantik berwarna-warni ialah 'time honored' Quanjude Duck Restaurant
clock tower
cute je patung2 ni..depan Wuyutai tea shop
founded in 1887, di zaman Emperor Guangxu Dinasti Qing
Dah habis jalan-jalan, bersantai-santai, di Qianmen Street, jom corner kanan, ke Dashilan Street pula, juga merupakan business centre zaman Dinasti Qing. Pertama kali dengar nama Dashilan ni dalam drama cina yang femes Bu Bu Jing Xi, masa heroin dan dayang pergi jalan-jalan di sini dan terserempak dengan Putera ke-4.
Dashilan Street di sebelah kanan Qianmen Street, akan nampak pintu gerbang macam ni
jalan masuk ke Dashilan Street
pintu gerbang ke Dashilan Street
Ada banyak juga 'ancient shops' di sini. Berjalan sampai ke Meishi Street. Ada satu misi di sini, nak menjejaki Masjid Qianmen yang lokasinya di hutong di sekitar sini. Mengikut maklumat, ada 50 courtyard dan hutong di Qianmen yang diklasifikasikan 'state-level heritage sites'.
Berpandukan peta yang di print dari wikimapia, misi mencari Masjid Qianmen bermula dari Meishi Street.
Bersambung.