Kenapa mesti bunyikan hon kereta/motosikal untuk beli air kopi?
orang hon2 kat kita ni semacam taboo, boleh bikin hati panas!
well yang ni kena hon sebab yang menjualnya ada dalam bangunan..
RM10 for 2 cawan
hanya di sini
Kenapa mesti bunyikan hon kereta/motosikal untuk beli air kopi?
orang hon2 kat kita ni semacam taboo, boleh bikin hati panas!
well yang ni kena hon sebab yang menjualnya ada dalam bangunan..
RM10 for 2 cawan
hanya di sini
Dah beli makanan tengahari, nak pula mencari kudapan petang..selalunya beli gorengan-gorengan yang sedap di gerai ni - gerai pisang goreng cik pah kg pandan, resipi tepung putih sejak 1993
tapi yang ni bukan di kampung pandan jauh ke tengah, tapi di cawangan dia di belakang Wisma FGV (dulunya Wisma Sime Darby), off Jalan Raja Laut
Macam-macam gorengan ada, goreng pisang, keledek, keladi, sukun, ubi kayu
gorengan celup tepung di gerai ni memang sedap, walaupun dah sejuk
terliur pulak tengok kuih-muih ni semua, hari ni tak gi beli..
Nihao..sawadikap..annyeong..moshi-moshi..
Empat bahasa, lima drama. Review drama berjudul You Are My Destiny/Fated to Love You..
Drama original ialah drama China Taiwan yang disiarkan pada tahun 2008. Kemudian 4 negara lain buat remake iaitu negara Thailand, Korea Selatan, China Mainland dan juga Jepun.
Entah apa yang merasuk fikiranku, tengok sampai 4 versi: Mula-mula tengok versi China Mainland. Kemudian saja je nak tengok versi lain pula, nak compare2, tapi macam tak berapa menarik sangat sebab versi China Mainland dah best..hehe..
Versi original (Taiwan) - tak habis tonton, tengok episod2 akhir je; versi Korea Selatan - fast-forward, lakonan hero yang over the top; versi Thailand je yang habis ditonton, lagipun pendek je, 15 episod. Versi Jepun malas nak tengok..hehe..
Storyline:
Storyline semua versi lebih kurang sama je, cuma adalah sikit-sikit olahan, tambahan sana-sini.
Cerita mengenai heroin, seorang admin staff di sebuah pejabat peguam, yang asyik kena buli dengan officemates, yang low self-esteem, yang digelar 'sticky note girl', pergi bercuti naik cruise. Semasa dalam pelayaran, ada insiden yang menyebabkan hero dan heroin berjumpa dan berlanjutan ke insiden 'one-night stand'.
Disebabkan insiden tersebut, heroin pregnant. Hero pula ialah presiden syarikat keluarga, yang jual toiletries - sabun, syampoo jenama Heritage. Kilang produk Heritage ialah di kampung heroin, di sebuah pulau.
Mak heroin panggil heroin balik kampung sebab bank telefon pasal kredit kad yang heroin guna beli tiket cruise. Pada masa yang sama juga, hero datang ke kampung heroin untuk selesaikan masalah pekerja kilang Heritage.
Tetiba mak heroin dapat tahu yang heroin pregnant. Hero ternampak heroin kena pukul dengan mak dia. Mak heroin paksa hero & heroin kahwin. Nenek hero setuju sebab keluarga mereka memang sedang tunggu waris ke-10 iaitu anak hero. Hero terpaksa akur walaupun dia sudah ada girlfriend. Girlfriend dia ialah seorang penari ballet yang sedang buat persembahan di luar negara.
Bermulalah hubungan hero & heroin sebagai suami-isteri sebab kahwin paksa. Hari pertama pindah ke rumah hero, heroin dah kena sign divorce agreement yang syarikat dia prepare untuk hero. Heroin pula asyik rasa bersalah sebab rosakkan hubungan hero dengan girlfriend dia.
Hero mula-mula frust, tapi akhirnya dapat terima hakikat dan mula jatuh cinta dengan wife dia. Disebabkan salah faham dan juga rancangan jahat girlfriend suami dia, heroin kemalangan jalanraya dan keguguran. Selepas keguguran, heroin bawa diri ke luar negara (dengan bantuan kawan dia) dan tukar imej. Jadi lebih cantik, berani dan popular diatas karya seni. Hero jatuh cinta dengan heroin yang berimej baru.
Cerita ni gabungan kisah keluarga, permainan emosi, hubungan suami-isteri, perniagaan, seni, friendship dan juga travel (part ni yang paling best..hehe).
Dalam banyak-banyak versi ni, bagi sayalah, yang paling best ialah versi China Mainland. Takdelah kisah sangat dengan the storyline, tapi versi China Mainland ni ada banyak benda yang best, a feast to the eyes, antaranya:
Petang Isnin haritu dapat bungkusan pos laju..
Daripada blogger Siti Yang Menaip
untuk top commentator 2020
Salam semua..
Masuk pantry office hari ni, ternampak sebungkus besar pisang salai jenama Tok Mad, dengan tagline - Nampak Biasa, Rasanya Bukan Biasa-Biasa. Dari segi packaging nampak menarik, kualiti premium..
Salam petang Rabu...
Takde idea nak tulis apa, kita buat random photo je lahh...clearing the gallery..
Nihao...selamat berhujung minggu..
Review drama dari negara China Mainland. Sekarang ni banyak layan drama cina. Drama mereka ada yang best dan yang penting, ada substance, motivation, at least, we can learn something from the drama, menambah pengetahuan am...I like..
Antara drama yang best ialah yang bertema computer, tentang programming, e-sports, diselit dengan kisah percintaan, persahabatan, persaingan, games competition. Seronok tengok games yang ada banyak karakter, view yang cantik.
Kurang tahu tentang e-sports, computer games semua ni, cuma pernah dengar PUBG, Dota 2. Tak pernah main live games yang melibatkan ramai players..yang dipanggil MMORG..massively multiplayer online role-playing game.
Meh tengok review drama yang bergenre e-sports, yang ada MMORG..
Love O2O (drama)
watak Luwei Wei Wei dan Yixiao Naihe dalam game
Dalam game A Chinese Ghost Story, ada ramai players. Kebanyakan players tak kenal antara satu sama lain, cuma kenal secara online dengan web ID masing-masing. Hero dengan dormmates dia satu kumpulan dalam game tu.
Satu hari, kawan player heroin minta tolong untuk satu task dalam game, tiba-tiba laptop heroin rosak. Lepas hantar laptop, dia ke internet cafe untuk sambung main game. Masa ni lah hero ternampak heroin tengah kusyuk main game, tengok dari belakang. Dia kenal ID heroin sebab Luwei Wei Wei seorang saja perempuan top 10 player. Dia berminat nak berkenalan dengan heroin dalam game.
Dalam game tu, Luwei Wei Wei kena cerai dengan suami online dia, Wuxiang. Hero (Yixiao Naihe) approach Luwei Wei Wei, ajak kahwin dengan dia dalam game. Berdating, bercinta dalam game, kat luar tak approach pun heroin. tengok dari jauh je..haha..yang heroin pulak tak tahu suami online dia tu lah yang dia dan dormmates dok 'fangirling' kat kampus.
Bila hero ajak jumpa offline dan declare their relationship, fuhh..sweet sungguh, bikin our heart flutter..hehe. Tapi bestlah drama ni..macamana hero & friends tubuh company, develop computer game, nak bagi game tu less than 1GB, fluidity, compatibility. Visual effect dalam games tu memang cantik.
Yang berlakon jadi hero, nama dia Yang Yang..memang handsome betul..haha...University dalam drama ni memang sangat awesome..Shanghai Shongjiang University Town..menarik kampus dia..
Love O2O (movie)
Kisah mengenai Ye Xiu, kapten team Jia Shi, sebuah kumpulan e-sports, yang dipecat oleh syarikat, kemudian bekerja sebagai operation manager di internet cafe bernama Happy. Ye Xiu ialah top-tier player untuk game 'Glory'.
Dia kembali semula dalam game Glory dengan web ID 'Lord Grim'. Sebab dia terer, dia cepat dikenali dan ramai musuh dalam game. Dengan bantuan tuanpunya internet cafe, dia tubuh kumpulan e-sport, Happy. Macam2 karakter game ada - launcher, blade master, sharpshooter, ghost blade..
Drama ni best sebab boleh tengok kesungguhan kumpulan2 esports, ada training, tempat training pun best. Ada esports competition.
Go Go Squid
Drama lebih kurang sama dengan the King's Avatar. Hero tak puas hati dengan group dia, tubuh group baru. Tempat training mereka sangat best. Heroin pula pelajar master kursus sains komputer. Heroin jatuh cinta pandang pertama dengan hero, masa hero datang ke internet cafe sepupu heroin. dia asyik la kejar hero...for me, kurang gemar karakter heroin - mcm childish, clingy and annoying..
Just go for the computer thing, information security competition about cyber security, artificial intelligent, yang lain-lain tu skip je, fast-forward if possible. Ada scene di water town, I like. Go Go Squid ni ada season 2..
Gank Your Heart
Menonton drama ni selepas Tiara Sapphire suggest dalam ruangan komen. The verdict, I like it, like it..
Recommended for viewing..happy binge-ing..