Dari Kampung Bharu, gerak ke Setapak
Nak pi makan kat tempat viral Cun-Cun Corner
Katanya ada 70 jenis lauk-pauk, jom pi tengok
Ramai orang
Tempat parking di belakang..
Dari Kampung Bharu, gerak ke Setapak
Nak pi makan kat tempat viral Cun-Cun Corner
Katanya ada 70 jenis lauk-pauk, jom pi tengok
Ramai orang
Tempat parking di belakang..
Ke sini pagi ni
It is the time of the year
site visit Menara 118
Kali ni pergi ke tingkat paling atas, menuju puncak, Level 118
Menara dah hampir siap, tengah internal renovation for office and hotel - Hotel Park Hyatt, masjid pun hampir siap, Stadium Merdeka tengah pasang running track, ganti floodlight, infrastruktur on point, accessibility is excellent
kompleks membeli-belah tahun depan siap
We will get another shopping complex at high-rise tower
Kisah makan-makan..
Hari Jumaat lepas, ada kerja di Alam Damai. Masa nak balik ke pejabat, tersilap lorong. Di Jalan Mesra, sepatutnya ambik lorong kiri sebab nak masuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat tapi termasuk lorong kanan.
Terpaksalah jalan lurus and cari tempat untuk U-turn. Masuk kawasan kilang di Bandar Tun Razak, tetiba ternampak 'Nasi Beriani Buluh'...tak boleh jadi ni, kena singgah ni...lunch time! hihi..
Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat, terjumpa restoran ni
Jom tengok menu yang ada
masa ni tengah viral di KL, lamb shank Nasi Beriani Pakistan No. 1 Batu Pahat, sedang berjualan di Taman Tasik Titiwangsa..
The verdict : Nasinya sedap, kalau makan nasi saja pun ok, kari kambing terlebih masin, macam style kari India, yang takde santan. Jelatah kurang fresh & kering..kalau basah2, ada kuah sikit, lagi umphh..
Bagi saya, macam kurang cocok nasi beriani + kari. Next time pilih ayam masak merah atau ayam masak beriani...lamb shank pun ok...hehe..
Recommended...boleh repeat..
Nihao.......
Dah lama tak buat review drama. Tahun 2023 ni banyak juga menonton historical drama dari negara China. Ada yang layan sampai habis, ada yang kecundang ditengah jalan..
Walaupun kurang minat genre xianxia yang ada demon, god, immortal, cultivator, kuasa sakti, tapi plot yang menarik, bolehlah layan drama n. Cuma layan main lead sahaja, kisah second lead tak berapa follow, banyak skip. Tapi scene di episod-episod akhir tak berapa nak faham, yang tahu..hero mati, self-sacrifice untuk selamatkan dunia..hehe..
Drama bermula dengan demon god memusnahkan kaum-kerabat heroin menyebabkan bapa heroine hantar heroine time-travel 500 tahun kebelakang untuk menghalang wujudnya demon god. Demon god ketika itu ialah seorang putera raja bernama Tantai Jin (hero). Dia disisihkan oleh bapanya, dihantar menjadi tebusan di negeri musuh dan berkahwin dengan heroine. Macam-macam cara heroin nak halang hero jadi demon god.
Back from the Brink
Destined
Drama mengisahkan kehidupan carefree Gu Jiu Si, anak lelaki ahli perniagaan yang paling kaya di Yangzhou mula berubah bila berkahwin dengan Liu Yu Ru, anak perempuan saudagar kain. Yu Ru belajar buat business dengan ibu mertua dia. Ibu bapa Jiu Si suruh Jiu Si sambung belajar untuk keep up dengan wife dia. Satu kejadian berlaku di Yangzhou menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri ke Youzhou dan memulakan kehidupan baru di sana.
Belum habis menonton, tengok pelan-pelan..
The Legend of Anle
Layan satu episod je, lepas tu drop drama ni. Walaupun gandingan hero dan heroin yang best, pelakon Dilraba & Gong Jun tapi plot drama kurang menarik..baru pertama kali jumpa, heroine dah ugut2 hero..suruh kahwin dengan dia..apooo...bosan..
The Starry Love
Lost You Forever
My Journey To You
Plot drama yang best tapi sangat slow-pace. Drama mengisahkan dua orang perisik/pembunuh wanita dari kumpulan Wufeng masuk ke dalam keluarga Dong dengan menyamar jadi bakal pengantin. Dua mereka berjaya terpilih menjadi isteri dua orang putera keluarga Dong. Disebabkan ketua keluarga Dong yang digelar Sword Wielder telah dibunuh, perkahwinan mereka ditangguh selama 3 tahun disebabkan tempoh berkabung.
Drama ni memang suspens..bagaimana dua orang spy Wufeng ni menjalankan misi mereka dan bila Sword Wielder dibunuh, baru mereka tahu yang ada lagi spy Wufeng dalam keluarga Dong. Spy yang digelar 'Anynomous'..ada beberapa lagi siri pembunuhan dalam keluarga Dong..Cinematografi dan colour pallete drama ni sangat cantik...colour pallete mostly black, white, grey...masih menonton, belum habis lagi..
Mysterious Lotus Casebook
Story of Kunning Palace
Plot drama yang sangat best, lakonan mantap, dah habis nonton. Drama mengisahkan heroine yang diberi peluang kedua untuk hidup semula, berusaha menjadi wanita yang baik disebabkan dimasa lampau, dia seorang yang tamak, jahat dan scheming, yang sanggup buat apa saja untuk mencapai impian menjadi queen.
Hero pula seorang putera raja yang semasa kecil, 20 tahun yang lalu, terpaksa berkorban untuk sepupunya (King) apabila bapa saudara King merusuh untuk merebut takhta. Semua menyangka hero mati tapi dia kembali sebagai scholar dan penasihat King. Heroine merasa takut dengan hero disebabkan di kehidupan lampau semasa heroine jadi queen, hero telah melakukan rusuhan dan menyerang istana serta memaksa heroine bunuh diri.
Plot drama berkisar pada perancangan jahat bapa hero dan keluarga serta Queen Dowager untuk mengekalkan keluarga mereka menjadi King, percaturan hero sebagai scholar serta menyelamat keluarga belah ibunya yang menjadi mangsa fitnah bapa dia sendiri dan bagaimana heroine cuba menghalang perkara buruk yang berlaku di masa kehidupan dia yang dulu.
Sekarang tengah layan drama A Journey to Love (historical drama) dan Love Me, Love My Voice (modern drama)....love,love these two dramas..
Sekian, review penutup tahun 2023..
Kisah di awal bulan Disember...
menghadiri kenduri anak kawan pejabat
wedding hall di Royale Palace @ Skyview, Cyberjaya.
bertempat di Level 10, Skytech Tower, Cyber 4
ibu pengantin di entrance
Alhamdulillah, dapat jumpa kawan-kawan yang telah meninggalkan syarikat...
Kisah 2-3 minggu yang lepas...
Di kaki lima Pertama Kompleks, ada gerai-gerai jualan..setiap kali lalu disini, akan beli samosa lejen..sedap..kali ni singgah gerai kacang pula...Ali Cashew Nut..
Gerai ni jual kacang-kacang premium seperti gajus, pistachio, macadamia dan juga kerepek sayur-sayuran. Kata penjual, semua produk dari negara jiran, dari Thailand..kacang macadamia dalam bentuk asal, kena buka dengan kunci khas sebab kulitnya yang keras..