Assalamualaikum..
Salam Syawal.
Selamat berpuasa enam bagi yang berpuasa..
Dah seminggu lamanya kita beraya, suasana masih meriah terasa. Di rumah, di pejabat, kuih-kuih raya tersedia di dalam balang.
Cuti hari minggu ni, akan bermula lah acara tradisi, rumah terbuka di sana-sini. Gantung periuk, kuali semua, jom terjah rumah terbuka. Sambil menjamu selera, kita bersilaturahim.
Entry kali ni nak reverse ke detik-detik menjelang hari raya. Abadikan di sini, daripada kena delete dok dalam galeri. Teman balik kampung hari Ahad pagi, Alhamdulillah, highway tak jem langsung. Singgah RTC Gopeng, shopping raya di Mydin Mall.
Ramai sungguh orang bershopping, orang Perak cakap mumbun semua troli dengan barang-barang. Tauke Mydin mesti tersenyum lebar $$$. Memang idea yang sangat bagus buat shopping complex level rakyat marhaen di tepi highway, mudah untuk shopping beli barang sebelum balik kampung. Kawasan luas, tempat parkir pun banyak..
Ayam golek percik utara
Kes mengidam di bulan puasa..haha. Baca entry ayam golek dalam blog Khairuddin Kaki Travel, teringin pulak nak makan ayam golek..hehe..budak ofis pun ada juga cerita2, komplain ayam golek dah mahal, dah RM29 sekor...dalam hati teringin lak ayam golek. Cari kat bazar ramadan, takde orang jual. Rezeki kat kampung, nampak yg ni terus beli.
rasa ok, harga RM22
Sekarang ni tengok ayam, daging dah macam tak lalu, cari ikan-ikan, sayur-sayur pulak. Cemuih dah makan ayam/daging, buat sementara waktu je...hehe..
Juadah hari raya kami ialah rendang ayam, lemang (beli) dan nasi impit. Alhamdulillah, lemang ok, lembut..
yang ni abang ipar tengah masak lemang di klang utk dijual
kakak sekeluarga tak balik sbb anak saudara nak exam minggu depannya
----------------------------------------------
Satu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah..Langit cemerlang tak terkira..
Solat raya di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
bersalaman sambil berselawat
------------------------------------------------
kembali ke rumah, cucu-cucu jiran mula berkunjung
tetamu-tetamu cilik yang datang beraya
lepak-lepak, susun strategi
Jiran-jiran ada datang beraya. Sempat beraya di dua rumah jiran tetangga, bertanya khabar, bersua muka, makan koi raya. Kemudian ke rumah sepupu mak di kampung di belakang Istana Bukit Chandan. Makan laksa penang. Laksa memang juadah feveret di hari raya di kuale kangsar nih.
Hari raya kedua: pergi pasar, top up ikan dan bahan-bahan lain nak buat laksa. Makanan wajib ni, hari raya mesti buat. Laksa kuala pulak habis di pasar. Beli laksa tepung beras. Laksa kuale nih lain sikit, dibuat dari tepung gandum..orang kuale mesti tau..
Hari raya ketiga: tak ke mana, aktiviti masak-masak, mak, kakak & adik lelaki gi tebas-menebas di kebun, dapat 4 biji nangka muda.
Hari raya keempat (Sabtu) : aktiviti mengosongkan peti sejuk, semua diangkut dibawa ke KL.segala mak nenek, ikan, santan, sayur-mayur..
Sebelum bergerak ke highway, singgah pasar dulu, beli laksa kuale, adik ipar kirim dan juga untuk stok kat rumah. off to KL tapi otw nak gi rumah sepupu belah arwah ayah.
rumah sepupu di sini, Felda Gunung Besout 1
Keluar ikut toll Sungkai, ikut waze, pi bawa ikut jalan jauh, memang jauh sungguh, kiri kanan pokok kelapa sawit. Adik sekeluarga dah sampai dulu di pintu gerbang ni. Anak sepupu datang ambik tunjuk jalan.
Pertama kali datang rumah sepupu nih, tengok-tengok abang & adik pun ada di sini. Alhamdulillah, bertemu di sini. Sepupu-sepupu belah arwah ayah kurang rapat sikit dan jarang jumpa, tapi adanya grup whatsapp, dapatlah kenal-kenal tengok gambar, bertanya khabar, update berita & cerita. Adik-beradik arwah ayah semuanya sudah tiada, yang terakhir meninggal pada bulan Mac baru ni, tinggallah isteri2 (termasuk mak saya) & suami mak saudara serta anak-anak menyambung tali persaudaraan.
Tuan rumah sediakan makan tengahari, ada nangka masak lemak,ikan goreng dan yang special, sup daging rusa. Rusa ni depa bela sendiri, kandang sebelah rumah je.
sup rusa + lontong asli
Sedap sungguh daging rusa, lembut je dagingnya. kena pulak dengan lontong asli, lepas tu hujan turun dengan lebatnya, memang terbaik..
dua keluarga
Sebelum balik, dibawa melawat kandang rusa....berkejaran rusa keluar tengok kami datang...hehe..rupa-rupanya depa nampak plastik roti...rusa makan roti, kome...makan begitu saja..
gemuk-gemuk rusanya
ada lapan ekor semuanya, 2 baby
rusa-rusa berkerumun dekat anak sepupu sebab nampak plastik roti
up close & feeding kangkung
Kanak-kanak suka bebeno, yang dewasa pun teruja, tengok rusa jinak, demok macam ni. Hujan renyai-renyai pun dah tak kisah, free kome..
Sambung perjalanan semula, dari felda ikut jalan dalam, lengang, kenderaan kurang, menuju ke tol Slim River. Kembali ke kotaraya.
Sekian kisah hari raya kami. Sederhana tapi penuh makna.