Assalamualaikum...
Terakhir dari Muslim Quarter, Xi'an...makan tengahari di restoran cantik di Beiyuanmen...
kat pintu ni nampak ada gambar nasi goreng
Sebenarnya masa first time beli tauhu kari di hari kedua haritu, penjual tauhu tu dah promote restoran ni..dia tunjuk 'tumbs up', kemudian buat aksi 'angkat takbir', maknanya tuanpunya restoran ni jaga solat, lebih kurang macam tu lah..penjual tauhu tu berniaga depan restoran ni..
Jom masuk..tengok menu, ada gambar nasi goreng, tapi bila nak order, waitress tu cakap..'no fried rice'..nak nanges..huhu..pujuk hati 'takpe lah, esok je lah makan nasi kat Malaysia'...order mee sup..
Sementara menunggu, snap-snap suasana dalaman restoran...
cantik interior
dapur memasak
hiasan ala-ala padang pasir
antik - masih lagi berfungsi gramaphone ni
Yang diorder sudah tiba..nyum, nyum..
marvellous sungguh mee sup ni
Dah habis makan mee sup, tengok couple depan tu makan pau kecik. Teringin la pulak, macam sedap je, order pau pula..melampau sungguh..hihi..'ayat penyedap hati - nanti menyesal kalau tak makan'..
pau berinti sup kambing dicicah dgn cili
terbaik..sedap sungguh..
Alhamdulillah..puas hati sungguh makan di restoran ni, so sapa-sapa yang pegi Xi'an, sila lah bersantap di restoran cantik di Beiyuanmen ni..harga berpatutan..senang je nak cam bangunan ni..
OK, masa untuk bergerak ke hotel..masa ni baru pukul 4 lebih, lepak-lepak di taman depan hotel. Tengok buskers Cina..
Kemudian lepak-lepak di lobi hotel pula, layan wi-fi. Dah pukul lima, masa untuk beredar, ambik beg di luggage room. Alhamdulillah, security officer yang tolong bukak luggage room, tolong angkat beg terer cakap English. Bila tengok dia pun friendly, saja tanya dia, kat mana nak ambik teksi ke airport..
Sebenaqnya indirectly nak bagi tau dia yang kami nak teksi, nak gi airport. Mengikut firasat hamba, dia kerja hotel, mesti dia kenal mana-mana pemandu teksi..kot-kot dia boleh call..
Mula-mula dia suruh gi depan McDonalds, kemudian dia tanya balik bila nak gi airport, dia boleh tolong call kawan dia. Yeayy, Alhamdulillah, pucuk dicita ulam yang datang, firasat hamba benar belaka..hihi. Dia suruh tunggu kat lobi sementara dia call kawan dia..
OKlah, kawan dia boleh hantar ke airport..yahoo, takyah tarik beg ke McDonalds..cuma tarik beg ke parking area di belakang hotel je..
detik-detik terakhir
Rupa-rupanya bukan teksi bandar, tapi prebet sapu Uber..hentam sajalah labu, asalkan sampai di Terminal 3. yang penting sampai di airport sebelum gelap..rasanya pekerja hotel tu juga kot..
naik Uber Cina
apartment
Terminal 3, Xianyang Airport
yuhuu..ada restoran halal
Lepas check in luggage, bersantap dulu di restoran ni..hihi, sebelum masuk pintu departure. Masa ni dah dekat pukul 10 malam, restoran pun dah nak tutup..pekerja dah mop lantai..
spicy soup - harga 10 yuan
tak habis, sebab ada bahan yang kurang menyenangkan lidah
kali ketiga terkena macam ni..sedih jg..
Dah tak habis makan, tinggal jelah. Bergerak masuk ke departure hall.
Tak sangka bahagian dalam airport Xianyang ni sangat cantik dengan susunan cafe yang menarik..pemenang 2016 FAB Award 'Best Airport for Food & Beverage Facilities Reflecting Sense of Place' - by the Moodie Davitt Report.
Caravanserai cafe - source: fraport
menggambarkan suasana Silk Road
Shaanxi Famous Snack Alley recreates ancient street of Xi'an
source: fraport
Bye-bye Xi'an
--------------------------------------------
Budget selama 6 hari 5 malam di Xi'an :
Flight ticket : RM723.88
Hotel : RM310.38
Belanja : RMB 1,490 @ 62.5 = RM931.25
Jumlah = RM1,965.51
(untuk sorang)
barang-barang yang sempat dibeli di Xi'an
buah delima, pisang kaki kering, buah walnut, cili flakes
dlm kotak tu - bepang bijan
Tamat sudah travelogue Xi'an, destinasi menarik, penuh sejarah dan budaya Cina dan Islam..
Thanks for reading..xie xie..