Thursday, 4 June 2026

Merewang Melapah Lembu Korban

Salam semua...
 
Kembali ke pejabat semalam (hari Rabu) selepas cuti 4 hari. tak kemana, ada di KL je..tapi nak on laptop, takde kederat..hehe..oklah nak abadikan kenangan di masa Hari Raya Haji, hari Rabu lepas...pertama kali join aktiviti melapah lembu korban di surau dekat rumah..first time kome (malunya..hihi)..

Jom tengok acara sembelihan..ada 9 ekor lembu semuanya..


 lembu-lembu yang dah disembelih, dipotong besar-besar, dibawa ke surau..

digantung macam ni, untuk dipotong kecil-kecil pula
 
bawa sekotak pisau..huhh over!! terpaling bersemangat
saja..boleh tukar2, tengok mana yang tajam..
 
kita ni bidan terjun je, so takdelah T-shirt seragam, 
join group Lembu 1, awallah kena buat kerja
 
women at work
 
kumpulan lain belum start
 
Dah habis awal, kita snap-snap gambar pula
 
ramai yang datang menolong
 
Selepas solat Zohor, acara pembagian daging korban kepada peserta,
ajk surau, pembantu2, asnaf dan orang ramai
 
AJK memakai T-shirt seragam acara korban tahun ni
 
Acara kemuncak yang dinanti-nantikan - free lunch menu daging korban, daging fresh
 
menu - kari daging, sup daging, daging goreng belengas
dengan nasi putih, sambal belacan & sambal kicap 
 
Alhamdulillah, sedap semuanya..

1 comment:

  1. Ibadah korban saham akhirat..Di KL masih ada pepohon memayungi kan redup suasana..banyak ya lembu korban..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!