Salam hari minggu..
Cuti hari Isnin 1.9.25, adik bongsu ajak gi ziarah kubur arwah ayah
di Raudhatul Sakinah di tepi Duke Highway
Selepas ziarah kubur, misi mencari makan
Singgah di Restoran Sambal Sarimah di Taman Samudera
yang terkenal dengan pelbagai jenis sambal
kedai belum buka, pekerja tengah hidang lauk-pauk
tapi sambal semua dah siap
jom tengok sambal apa yang ada
depan : sambal bilis kantan dibelakang : ibu sambal (sambal kosong) & sambal bilis petai
dibelakang lagi : rendang daging
depan : sambal udang & sambal tempoyak petai belakang : sambal hijau ikan masin & sambal jering
harga sambal disini dikira ikut sudu & senduk di antara RM2.00 - RM3.50 sesudu
rendang pula RM15 sesenduk
sambal udang dikira per ekor
terung ikan bilis, dibelakang tempoyak daun kayu petai
disebabkan masih awal, tak banyak lauk-pauk lagi
nasi putih, sambal jawa, sesudu sambal hijau petai, sepotong terung sambal dan gulai keting (tunjang)..Alhamdulillah..breakfast + lunch..
harga semua untuk 5 orang makan + air = RM70.00
reasonable juga...the foods, bolehlah..so-so je..