Pagi Ahad yang lepas, sambil duduk-duduk mengunyah cekodok, jari-jemari memicit-micit remote…wah ada talkshow di TV berbayar..walaupun siaran ulangan..hati teruja mau nonton juga...maklumlah program yang dapat anugerah..
Happening sungguh program tu..penonton-penonton di studio pun banyak sporting loo..
Ada dua orang makcik (dah menopous kot) dan seorang pria berkumis ala-ala Dato’ K dipanggil pengacara untuk segmen seterusnya…..
Pengacara membuka gelanggang, menari bersama makcik yang 50-40-50.. Astagfirullah..mengucap panjang saya…Kuss semangat..mak cik yang dah beranak-pinak (dah bermenantu pun) menari mengikut rentak lagu…. menggoncang selulit..siap goyang gerudi karat lagi..nangis Inul kalau dia nonton..mengancam habiss..nasib baik tak tercekik cekodok..you rock babehh..
Penonton di studio siap bertepuk tangan, bersorak memberi sokongan moral macam nonton gusti WWF… manalah tau kot-kot dapat hadiah sebagai penonton yang paling sporting…
Pasangan yang satu lagi pun sama juga…siap ada tarian gelek, flamenco, gaya bebas, kung fu panda style…fuyohh….bakat terendam…Hentam sajalah..
Letih memikirkan orang Melayu ni… Tapi berfikiran positif…dalam hal ni sanggup menyahut cabaran, soal malu diletak ketepi, berani, berfikiran kreatif, quick thinker…Tetapi jika diukur dengan adap sopan bangsa Melayu, memang jauh sekali..Apatah lagi jika diukur dengan ajaran agama Islam.
Sebelum tu di dalam berita perdana (malam ahad) ada ditunjukkan pelancaran Minggu Malaysia di London, ada acara joget lambak di padang...maka berjoget sakanlah orang2 putih dan orang2 Melayu...walaupun nampak sumbang dan kaku lagaknya..
Minggu sebelum ni, di dada akhbar ada berita dan gambar polis-polis pelancong wanita di Melaka menari tarian poco-poco di hadapan pelancong-pelancong asing…
Menari..menari…
Seorang rakyat Malaysia yang prihatin memberi komen didalam Utusan Malaysia “tolong hentikan iklan TV yang mempamerkan orang tua kita berjoget kerana iklan itu kurang adap” UJANG NSDK
Setahu saya iklan itu adalah iklan untuk stesen TV yang berbayar tu.. kepada UJANG NSDK, tidakkah kau tau Ujang, di stesen TV yang sama, ada orang tua yang menari lagi kurang adap..kurang sopan..aksi lucah (seksi)...macam-macam ada…
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa "sekiranya kamu sudah tiada perasaan malu, maka buatlah apa sahaja".
saya juga selalu membebel bila tgk program mcm tu . la ni kilauan emas ... ermmm .
ReplyDeleteentahlah pelik tengok perangai manusia ni, semoga kita tidak jadi seperti mereka bila dah tua nanti, In shaa Allah..dan semoga mereka mendapat hidayah..
Delete...mmm... teman nie tak berminat sangat nak tengok rancangan macam nie...
ReplyDeletedulu2 tengok jg..sekarang dah tak minat..
Deletesemenjak ada youtube ni, ramai juga yg menari lagu2 viral..Panama le, Gangnam style le...pompuan pakai tudung pun ikut sama, semua nk popular..