Bulan Syawal semakin hampir melabuhkan tirai, namun jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri masih meriah diadakan.
Jamuan 1
Venue: Dewan Banquet, Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara
Date: 24 Oktober 2008, 8.00 pm
Host : Yayasan Nurul Yaqeen
Yayasan Nurul Yaqeen ialah sebuah badan NGO yang beribu pejabat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam ucapan aluan memaklumkan Yayasan Nurul Yaqeen telah ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Saya baru mengenali yayasan ini selepas menghadiri seminar Wanita Cemerlang pada awal tahun ini.
Jamuan dimeriahkan dengan dendangan lagu-lagu irama padang pasir dari Kumpulan As-Samrah yang didatangkan khas dari Johor Bahru. Namanya panjang, tak berapa ingat. Pertama kali mendengar dan melihat persembahan kumpulan ini. Kira lain dari yang lain, dah lama tak dengar lagu-lagu ghazal ni. Walaupun tak faham bahasa Arab, layan jugalah. Buat menghilangkan stress kerja.
Kumpulan As-Samrah
Pada majlis ini juga, Tan Sri dan tiga lagi tetamu mepersembahkan tarian zapin Johor. Eksklusif untuk para tetamu.
The men in line
The men in action.
Ahli Kumpulan As-Samrah juga mempersembahkan tarian Arab, nama tarian tidak ketahuan pulak.
Empat lelaki tengah menari tarian Arab. Dua orang move forward, dua lagi menari style reverse ...gamaknya macam tu kot chreography nyer..hmmm..sehati berdansa..
Makanan yang dihidangkan: lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, nasi tomato & ayam masak merah, roti jala & kari, sate, kuetiau & mee goreng, kambing bakar, mee rebus, ABC, kek, kuih raya, buah2an and a few types of drinks.
Alhamdullillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati.
Jamuan 2
Venue: Food Court, PPR Desa Rejang, Setapak
Date: 25 Oktober 2008, 8.30 pm
Host: Penduduk PPR Desa Rejang
Jemputan dari seorang sahabat diterima pada pukul 7.00 pagi, satu permulaan hari yang baik. Pukul 9.30 malam, baru bergerak menuju ke destinasi. Ingatkan majlis sahabat itu, rupa-rupanya majlis jamuan Parlimen Titiwangsa, anjuran cawangan PPR Desa Rejang. Ahlan wa sahlan...
Kain rentang memaklumkan majlis pada orang ramai.
Ketika sampai sekitar pukul 10.00 malam, kebanyakan tetamu sudah pulang. Namun, bukan itu tujuan utama untuk hadir ke majlis ni, tetapi adalah untuk bertemu sahabat yang menjemput yang sudah agak lama tidak ketemu. Tambahan pula, jemputannya dulu untuk majlis berbuka puasa tidak dapat dipenuhi. Beberapa kenalan juga turut berada disitu, menambah kemeriahan majlis. Berjumpa sahabat lama ibarat terapi minda dan rohani..
Kaum muslimat sedang bersembang sementara menunggu tetamu VIP.
Tetamu VIP, ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' hadir sekitar pukul 12.00 tengah malam. Kami faham dengan hambatan tugas beliau sebagai wakil rakyat yang perlu menyelesaikan masalah rakyat. Sementelah beliau baru melawat mangsa kebakaran di kawasan Kassipilay.
Y
B Dr' Lo' Lo' bersama seorang sahabat saya (baju hijau)
Makanan yang dihidangkan: Bihun sup, lemang, nasi impit, kari ayam, kerepek ubi dan air teh O ais. Yang lain, dah habis. Sudahlah dijamu, diberi pula juadah untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
adatla...manusia pon.insan yg sama boleh jadik insan yg berbeza.
ReplyDeleteBenar bagai dikata. Manusia ni ada split image, lemah-lembut, berbudi bahasa, tapi atas jalanraya mcm zombie..baru tau the true colour..
ReplyDeleteErmm, tarian arab move forward ya..rasanya mesti arab sebelah jazirah. Kalau di Mesir tariannya 'menggeletar badan' sorang diri kemudian baru ramai-ramai. Cara menari agak kasar mengambarkan budaya arab mesir yang kasar. Kalau wanitanya menari lebih bahaya..afdhalnya kami lebih baik lari dari tengok:)
ReplyDeleteKelakarnya tarian arab Mesir...yg perempuannya boleh masuk WWF kot, hehehe..tapi yang paling best tengok tarian ahli sufi yg kat Syria, makin lama pusing, makin kembang kainnya..
ReplyDeletesaya sangat2 kenal lelaki2 yg sedang berzapin itu... zapin johor dgn tarian samrah tak banyak beza... :D
ReplyDeleteAlamakk..orang kpg u ke? Saya cuma kenal sorang je..YKWHI..hehehe.
ReplyDeleteTarian samrah namanya..TQ for the information. Dah tengok kat YouTube, memang ada persamaan..
Tarian zapin paling saya minat. Tengok kepala nya yang terteleng-teleng tu. Terima kasih singgah di blog saya.
ReplyDeleteZapin ni takde kepala terteleng-teleng, ni zapin control macho...terima kasih kembali.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewoww... siap ada yang menari...
ReplyDeleteya, tarian zapin johor..best jg..
Delete