Wednesday, 15 July 2009

Teka-teki

Kisah ini sudah lama saya dengar, adalah lebih kurang 15 tahun yang lalu. Masa tu dalam kursus motivasi di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Motivator yang terlibat meminta kami memikirkan satu kisah yang akan diberikan dan jawapannya akan dimaklumkan pada akhir kursus. Namun, kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat bertanya kepadanya di akhir kursus dan dia pun terpaksa balik awal..

Kisahnya seperti berikut:

Pada suatu hari, seorang lelaki teringin melihat pemandangan sekitar dengan menaiki belon udara panas (hot air balloon). Beliau pun masuk ke dalam sebuah bakul belon dan belon itu mula bergerak ke atas dan berlegar-legar di ruang angkasa.

Tiba-tiba angin bertiup kencang, belon udara itu terhoyong-hayang dan terus melayang jauh dari tempat mulanya, ke satu tempat yang tidak diketahuinya. Belon itu mendarat di tepi sebatang jalan raya di satu tempat yang begitu asing bagi lelaki tadi. Lelaki yang masih berada di dalam bakul belon itu ternampak seorang lelaki sedang berjalan melintasi dihadapannya lalu bertanya “Dimanakah saya berada sekarang?”

Lelaki yang sedang berjalan tadi menjawab “Awak berada di dalam sebuah bakul belon udara di tepi sebuah jalan”

Lelaki di dalam bakul lalu berkata “Awak mesti seorang akauntan”

Lelaki kedua terperanjat lantas bertanya “Bagaimana awak tahu?”

Jawapan lelaki di dalam bakul :
Jawapan awak benar tetapi tidak membawa apa-apa makna (Your answer is correct but useless).

Sampai sekarang saya masih terfikir apakah yang tersirat di sebalik jawapan terakhir lelaki tersebut. Kenapa tidak yang lain? Kenapa mesti akauntan? Akauntan itu profesion yang begitu penting dalam sesebuah organisasi…dollar & cents…the backbone of every organization..

Ada beberapa analisa yang boleh di kupas dari kisah diatas:
1) Lelaki di dalam bakul itu sepatutnya bertanya soalan yang lebih khusus, yang menjurus kepada jawapan yang dikehendaki seperti “apakah nama tempat ini?”
2) Lelaki yang berjalan itu mungkin seorang yang lurus bendul, tidak dapat membaca expresi muka lelaki di dalam bakul
3) Lelaki yang berjalan itu mungkin nak mengelak dari bersuai kenal dengan lelaki di dalam bakul; memegang prinsip “don’t talk to stranger”
4) Lelaki yang berjalan itu saja nak buat lawak bodoh atau dia seorang yang loyar buruk…hahaha..
5) Lelaki di dalam bakul sepatutnya lebih canggih…bawalah handphone atau GPS ker..


Akhir kalam, anggaplah kisah ini sebagai gurauan sahaja..

5 comments:

  1. Betul ke begitu, jawapan yang benar tidak membawa makna apa-apa. Saya sedang berfikir he he he .

    ReplyDelete
  2. Ya, tidak membawa apa-apa makna bagi org yg dalam bakul tu..saya dah letih berfikir...dah give up, hahaha..

    ReplyDelete
  3. jawapannya sangat tersirat. marah akauntan kalau baca ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Nampaknya ianya seperti kira-kira matematik. Maksud saya, dalam peperiksaan kertas matematik ianya memerlukan kira-kira dalam jawapan. Tiada huraian, tiada karangan atau ayat berbunga-bunga. Tanya itu jawab itu. Street to the point.

    Mungkin dia juga boleh jawab, "eh awak ni guru matematikkan?"

    ReplyDelete
  5. Emblem of Purity,
    Memang sangat tersirat maksudnya, fact & figures..

    Faridrashidi,
    Ya, benar juga telahan saudara. Bila bermain dgn angka, cuma fact & figures sahaja, straight to the point..very factual.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!