Friday, 8 June 2012

Mari Kita Minum Dulu..

Assalamu'alaikum..hari ini ialah hari mengemaskini e-mail. Hampir seribu e-mail, bacanya sekali sahaja.  Mana-mana e-mail yang baik sangat bagus di buat satu entry untuk pengetahuan umum. Semoga bermanfaat.

Nak bercerita tentang air, H2O. Merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT, yang Maha Pencipta, anugerah untuk hamba2Nya.  

Air merupakan elemen penting untuk kulit, tisu dan organ badan. Setiap bahagian badan manusia bergantung kepada air.  Otak – 75%, Darah – 90%, Otot – 75%, Buah pinggang – 82%, Tulang – 22%.


Fungsi kelenjar dan organ akan merosot sekiranya bekalan air bersih tidak mencukupi di dalam badan.  Begitulah pentingnya fungsi air untuk badan manusia..SubhanAllah.

Sekiranya air didalam badan tidak mencukupi, sel-sel akan mengambil air daripada aliran darah yang akan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih keras lagi.  Dimasa yang sama, buah pinggang tidak boleh menapis darah secara efektif.  Sekiranya hal ini berlaku, beban kerja buah pinggang akan diagih-agihkan kepada hati dan organ-organ lain, yang menyebabkan organ-organ ini pula mengalami stress.  Organ badan pun boleh stress sebab terlebih kerja, ya saudara-saudari..

Hal ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit minor seperti  sembelit, kulit kering/gatal, jerawat, hidung berdarah, jangkitan saluran kencing, batuk, bersin,  resdung dan sakit kepala.

Orang dewasa boleh kehilangan 2.5 liter air sehari melalui perpeluhan, pernafasan dan perkumuhan.   Tanda-tanda badan kehilangan 5% dari jumlah bekalan air ialah apabila kita merasa letih dan ketidakselesaan.

Berapa banyak air patut diminum setiap hari? Ia bergantung kepada berat badan kita.  Secara rawaknya ialah meminum satu ounce air untuk setiap dua pound berat badan kita. *matilah nak kira kaedah Imperial ni*

Jangan gundah-gulana, lebih kurang begini formulanya: 

(berat badan x 2.2)/2) x 29.57 ml = kadar minimum air yang perlu diminum setiap hari

Pakar nutrisi, para doktor sering menyarankan kita minum 8 gelas air putih sehari,  sudah betullah tu..sekiranya satu gelas = 300 ml, sehari 2.4 liter air..memang bagus untuk kesihatan.

Panduan berguna:

Minum dua gelas air selepas bangun tidur – untuk mengaktifkan organ-organ badan [Menurut riwayat, Rasulullah SAW minum air yang telah didinginkan semalaman, Wallahua’lam]

Minum satu gelas air 30 minit sebelum makan – menolong proses penghadaman

Minum satu gelas air sebelum mandi – boleh menurun tekanan darah

Minum satu gelas air sebelum tidur – untuk mengelakkan strok atau serangan jantung


Begitulah manfaat air kepada manusia.  Sesungguhnya Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Kita juga berasal dari air yang hina..

4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Air sebahagian dari kejadian kita. TQ untuk info ini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..

    Ya, air elemen penting manusia dan juga bumi.

    You're welcome, semoga mendapat manafaat.

    ReplyDelete
  3. Suka part panduan berguna tuh. Heee~

    Dulu pernah dgr org ckp xbgs minum air seblom tdur. Huhuhuhuhuhuhu~ now I know! ;)

    ReplyDelete
  4. Sdri NoorVictory,

    Semoga bermanfaat..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!