Malam semalam semasa di satu surau sebelum program Ramah Mesra Idul Fitri, terbaca satu artikel yang menarik tertampal di dinding surau, untuk peringatan diri sendiri, mengambil berkat bulan Ramadhan yang telah berlalu..semoga istiqomah dalam beribadah..
Bismillah..
Pernah tak rasa, bila solat tu, kosong je hati. Baca quran sampai hilang suara dah, tapi tetap rasa empty.
Layu je. Hati rasa jauh, diri rasa jauh. Jauh dari Allah.
Cuba menyebut-nyebut nama Allah banyak kali, tapi entah kenapa rasa ‘tak
sampai’. Cuba zikir-zikir, still, kosong. Sujud dah hilang
nikmatnya. Saat kening bertemu sejadah, macam angin lalu je. Bacaan
dalam solat, dah puas dihayati tapi entah magic apa tak tahu, tiba-tiba imam dah bagi salam, dah habis dah solatnya. Khusyuk dah tak ada.
jauh. kosong. kering. jauh!
Kemanisan itu hilang. Kemanisan dalam ibadah Itu, hilang. Satu masa dulu, pernah ada, nikmat sangat. Tapi sekarang dah hilang.
Kemudian kita pun cuba fikir, kenapa agak nya ya. sebab busy
ke? Atau, sebab tak sihat? Atau, sebab tengah tak ada masalah, al
maklumlah kita ni kan bila ada masalah saja baru akan terasa dekat
dengan Allah. Atau, sebab apa ya. Bosan? Malas?
Sebenarnya jawapan dia mudah je. hilangnya kemanisan dalam beribadah
tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam
ruang hati. sikit-sikit dia ambil tempat tempat.
analogi. bayangkan satu kertas warna merah. kertas A4 la senang. ok. then, tiba-tiba ada warna kuning tercalit sikit dekat atas dia. mestilah (ukuran) area yang warna merah dah kurang, sebabnya dah di-replace-kan
dengan warna kuning, betul kan? lepastu bayangkan warna kuning tu
semakin besar dan besaaar dan besaaaarrr, dia makan lah lagi dan lagi
ruang warna merah tadi kan?
macam tu lah maksiat dan ibadah. bila kemanisan maksiat mula memakan ruang dalam hati kita, kemanisan ibadah akan kurang.
dia solat. rajin, tak pernah tinggal. rajin pula baca quran, solat
sunat. kadang-kadang bangun qiam. tapi pada masa yang sama dia
bermaksiat. dia syok layan movie itu, movie ini. yang duk tayang
macam-macam adegan yang tak bagus untuk mata. dia juga bergelumang
dengan zina. zina hati, zina mata, zina mulut – duk ingat lelaki
itu, perempuan ini, tengok gambar-gambar lelaki itu, mesej dengan
perempuan ini.
hati dia masih seronok, teruja, bila ditawarkan dengan benda-benda
lagha. ha, itulah maknanya, ‘kemanisan’ maksiat tu dah mula
menjalar-jalar dekat sudut hati dia. lama-lama, makin dan makin
berkurang kemanisan ibadah. solat tak lagi khusyuk. baca quran tak lagi
menyerap sampai ke hati. berdoa dah semakin ringkas dan pendek, tak ada
lagi merayu-rayu lama-lama, merintih pada Allah.
syaitan ni pandai, dia tak terus suruh manusia ni tinggal ibadah. dia introduce
dulu maksiat. bila maksiat dah dapat tempat dekat hati manusia,
sikit-sikit manusia tu sendiri yang akan menghakis ibadah dari rutin
hidup dia. akhir sekali, cukup pakej, MAKSIAT dan KUFUR.
(maksiat: melakukan perkara yang Allah larang, kufur: meninggalkan perkara yang Allah suruh)
solat sepatutnya mencegah kita manusia ni dari kemungkaran. selalu dengar kan? tapi pernah tak rasa pelik, kenapalah aku ni banyak je lagi buat dosa. padahal aku ni dari kecik solat tak pernah tinggal.
dah macam mana solat tu nak memelihara, nak mencegah dari
melakukan kemungkaran, kalau ‘manis’ nya solat tu dah tak ada? khuyuk
dah tak ada, sujud dah tak begitu sujud (maksud di sini, badan sujud,
tapi hati tak betul-betul sujud/tunduk pada pengaturan Allah)
dan macam mana kemanisan ibadah tu nak rasa, kalau kemanisan maksiat tak hilang-hilang?
benda ni circuitous. nampak tak? berkisar atau berputar. maknanya,
habis, sampai ke sudah lah macam tu?
dahsyat kan, penangan maksiat.
hmm. kita perlukan kitaran baru. kitaran yang melawan balik apa yang
berlaku. jangan biarkan kemanisan maksiat itu menghakis kemanisan ibadah
dalam hidup kita. tak layak, langsung tak layak untuk maksiat berada di
dalam hati kita. selayaknya cuma ingatan dan ibadah kepada Allah SWT
saja.
yang sebetulnya, kemanisan ibadah itu menghakis kertarikan terhadap
benda-benda maksiat. muslim yang tenggelam dalam asyiknya beribadah tak
akan mahu pandang sebelah mata pun pada kemanisan palsu maksiat.
muslim itu yang kita perlu jadi.
source: www.ilmi-islam.com
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSentiasa muhasabah diri agar diri sentiasa bersih. Jika ada dosa cepat-cepatlah bertaubat.
Nice article...
Wa'alaikummussalam,
ReplyDeleteYa, benar, kena banyak beristighfar
mm tu la kan sis..nk dpt kan solat yg khusyuk tu x mudah..kengkadang tgh solat ada jer teringat perkara lain
ReplyDeleteNak beribadah mmg byk gangguan..kesabaran kena tinggi.
ReplyDeletenice entry...perkongsian yang sangat bermakna...syukran kerana mengingatkan....
ReplyDeleteya, nice article by somebody.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah disini..