Sambungan entry trip ke Penang. Tiada itinerary khas, yang ada cuma Lebuh Armenian dan Bangkok Lane sahaja, yang lain semuanya on-the-spot decision, berpandukan tourist pamphlet. Dua tempat itu sudah dibuat research sebelum datang ke sini, by hook or by crook, memang kena pergi melawat.
Pengembaraan bermula dengan mencari Chowrasta Market. Nak cari kedai buku-buku lama tapi singgah di sini dulu, di Tamil Street, beli samosas, vadai and masalodeh. Kemudian lunch di satu kedai nasi kandar, TS Bismi. Nak cari Lineclear tapi disebabkan hujan, terpaksa lupakan. Ambil telur ikan dan telur sotong, kena RM10.00. Makan sampai clear pinggan..
Kuih-muih & nasi kandar |
Chowrasta Market berada diantara Tamil Street dan Chowrasta Street. Kedai buku-buku lama ada di tingkat satu, di tingkat bawah ada pasar basah dan pusat jualan jeruk buah-buahan.
Chowrasta Market |
Beli satu buku Jeffrey Archer dengan harga RM15.00, half price.
Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Lebuh Campbell untuk ke Lebuh Armenian. Ada Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jamek Acheh Road.
Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jamik Acheh Road |
Selepas ke Lebuh Armenian, kami ke Khoo Kongsi untuk melihat-lihat senibinanya yang famous itu. Terasa macam dalam filem cina zaman Dinasti Ming, Qing..bayaran masuk RM10.00.
Khoo Kongsi |
Wah, such an elaborated building with patterned tiles, crafted verandah and decorative ceilings and walls. Rumah Baba dan Nyonya Penang.
Penang Peranakan Mansion |
Penang Peranakan Mansion |
Hari kedua
Bangun awal dan terus ke KOMTAR untuk ambil bas ke Penang Hill aka Bukit Bendera. Ramai juga foreign tourists naik bas Rapid Penang untuk ke sini. Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke kaunter tiket..harga tiket untuk local RM8.00. Jom naik keretapi mendaki bukit ke paras 1800m aras laut.
Bukit Bendera |
Tidak banyak aktiviti diatas, cuma bergambar atau sewa buggy RM30.00 satu kereta untuk melihat kawasan sekitar. Kumpulan rombongan memang ramai, semakin lama semakin sesak jadinya.
Tidak berlama-lama di atas, kemudian ambil bas untuk ke jeti, Pengkalan Raja Tun Uda. Melawat Church Street Pier sambil mengambil gambar Star Cruise yang berlaboh di Port Swettenham Pier.
Church Street Pier |
Kemudian beratur untuk menaiki feri menyeberang ke Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth. Dah lama tak naik feri, tak sangka pula, tambangnya free dari sini, cuma bayar RM1.20 dari Butterworth. Ramai juga students dari UiTM Marang yang sama-sama naik feri..sama-sama berkerumun bahagian depan sambil snap-snap gambar.
Penang skyline |
Selepas melepaskan rindu naik feri, naik bas ke Pulau Tikus untuk ke Bangkok Lane untuk melihat deretan rumah berkembar yang famous di Penang. Restoration of old semi-detached houses.
Bangkok Lane |
Disebelah Bangkok Lane ni ialah Burmah Lane, di sini terdapat tiga Buddhist temple dan ada the international standing Buddha..tapi tak singgah, lalu sahaja untuk ke Jalan Burmah.
Hari kedua diakhiri dengan melawat Gurney Plaza shopping mall dan dinner di Gurney Drive..makan the famous Air Itam laksa dan pasembor.
Hari ketiga
Hari ketiga dan terakhir di Penang dimulai dengan breakfast roti canai di sebelah Lineclear dan tapau lauk Lineclear untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Penangan nasi kandar Lineclear..
Kemudian melawat semula Lebuh Pantai untuk mengambil gambar-gambar bangunan lama yang telah dibaikpulih dan digunapakai sebagai pejabat dan bank.
Lebuh Pantai, Penang |
Whiteaways Arcade |
Sekian, lawatan ke Penang..such unforgettable moments
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteCantik pemandangan dekat Whiteaways Arcade tu...:)
Ramai lagi orang Penang yang tak pergi tempat tu...
ReplyDeleteSdr Abd Razak,
ReplyDeleteYa, memang cantik pemandangan di situ dan Lebuh Penang.
Pok Li,
Belum berkesempatan..
nk mkn telur ikan ngn telur sotong jugakkkk ~
ReplyDeleteRina,
ReplyDeleteTelur ikan tu sedap, telur sotong x berapa sgt, cuma x pernah mkn sbb tu nak try..
Penuh khazanah yek..really heritage island
ReplyDeleteCuma Georgetown yg penuh dgn heritage buildings..enjoying the heritage walk..
ReplyDelete