Selepas singgah di Lembang, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu. Hari masih hujan lagi. Walaupun hujan, pelancong ramai juga. Cuma snap-snap gambar mana yang dapat, sebagai tanda pernah sampai disini.
|
Kawah Ratu |
|
Been there |
Perjalanan diteruskan ke Kolam Air Panas Sari Ater. On the way turun dari Tangkuban Parahu, terdapat banyak pokok-pokok jati dan di sepanjang jalan ke Ciater, kebun-kebun teh seluas mata memandang. Tapi tak boleh berhenti sebab hujan..isk..isk
|
Sari Ater Hotspring |
Sari Ater Hot Spring ni kira OKlah, ada Masjid Jamek lagi, rumah penginapan dan kem bina semangat. Cuma jalan-jalan dan snap-snap gambar, kemudian terus ke Kampung Daun Culture Gallery & Cafe. On the way, singgah di Kavalin Strawberri, untuk memetik strawberi. Tapi sungguh mengecewakan, kebunnya tidaklah segah Cameron Highland. Bayaran masuk Rp22,000 untuk 100 gram strawberi (lebih kurang 5-6 biji sahaja) dan jus strawberi yang pure (nasib baik yang ni sedap)..
|
memetik strawberri |
Terus ke Kampung Daun Culture Gallery & Cafe untuk lunch. Walk-in sahaja, ambil pondok di tepi sungai..makan sambil mendengar deruan air sungai..bersatu dengan alam.
|
Entrance |
|
Jalan ke pondok-pondok |
|
Pondok untuk bersantap |
|
|
|
|
Di sini kami order sup buntut (sup ekor), ayam kampung goreng, ikan gurame goreng sambal kecap dan sayur kailan goreng dengan daging sapi. Supir order air susu soda (susu + ais krim soda..entah apa rasanya), saya order bandrek (air halia + gula merah..sebab nak try) dan sister order air cincau (cincaunya sebesar penumbuk). Sebagai pencuci mulut, kami order surabi pisang keju sebab ramai blogger kata yang ni sedap.
|
Bandrek - irisan-irisan jahe (halia) |
|
Gurame goreng sambal kecap |
The verdict:
Makanan semua sedap, habis licin. Air bandrek tak habis, manis
sangat. Surabi pisang keju - kurang gemar, makan satu, supir makan
satu.
The price: A bit pricey - ialah tourist spot, lagipun theme cafe macam ni memang mahal, kat Malaysia pun sama.
Selepas makan, kami ke Rumah Mode. Di sini ramai Indonesian Chinese bershopping untuk Chinese New Year. Di sini, ada disediakan musolla untuk kemudahan solat.
|
Rumah Mode sempena CNY |
|
Gerai tahu di depan Rumah Mode |
Di depan Rumah Mode, ada gerai tahu ini. Pelbagai jenis tahu. Kami membeli tahu gejrot, katanya sedap. OKlah, pedas sebab bubuh cili padi.
Kemudian ke Jalan Cihampelas. Singgah di Cihampelas Walk (Ciwalk) untuk survey shopping complex ini. Suka dengan konsep Ciwalk ni..ada taman dalam shopping complex - green and open concept - not too enclose retail mall.
|
Cihampelas Walk |
Tour of the day ended di sini - Jalan Dago. Menjelajah factory outlets di sepanjang jalan ini. Dari Grande to Blossom. Banyak window shopping. Lastly tapau Batagor untuk dinner di dalam bilik hotel sahaja.
|
Blossom Factory Outlets |
Di sekitar factory outlet ini, kelihatan ramai penjual-penjual - ada yang jual keychain, fridge magnet, kacang rebus, lukisan, dll. Ada seorang budak perempuan berbaju seragam sekolah approach kami untuk menjual koran (suratkhabar)...merayu-rayu, kesian pulak, bagi Rp5,000..apalah sangat RM1.60..tapi koran tak ambik, nak baca pun tak berapa faham, lagipun dah nak malam..
itulah kehidupan di sini, sedih juga melihat air muka mereka ini..tapi apakan daya..
Bila hujan..mmg payah nk bergerak as now monsoon season. Tp air kan..setakat basah ajer..hahahahaha..lain la api...kita bakor..kita bakor..kita bakor..motifff...
ReplyDeleteSeems like p bandung ni bagus utk org yg kondisi lutut tip top..maklumlah byk factory outlet nk d survey...
Boss sy ckp tempat shopping best especially cloth, shirt etc adlh kat Manila. Selain dr good quality setanding dgn yg branded, prices adalah over murah...plus shopping complex dia awesome..kalah KLCC..tu katanya la..tipu dia..tipu la saya..hehehehehe....
Hujan2 pun redah juga, air shj, Alhamdulillah, tak demam.
ReplyDeleteLepas ni jom pi Manila, tapi tgk review mcm tak best je..shopping kt KL pun rasa malas, dh tua, nak jln2 kt shopping complex rasa boring..
Back to nature..