Assalamualaikum..sambung entry untuk Day 7, masih di dalam bas ke Korean Folk Village di Yongin. Untuk ke sini, kami refer info ini, save dalam tab, for offline reading.
Bas yang kami naiki exit highway di plaza tol Suwon. Kemudian melalui satu pekan kecik, di sepanjang jalan, ternampak banyak signage ke Korean Folk Village. Walaupun refer pada entry tu, tapi dari dalam bas, memang tak boleh nak cam dua bangunan warna putih dan coklat (tempat nak turun) sepertimana dalam entry. BIla dah sampai, pemandu bas jerit dalam bahasa Korea, kami pun confident je turun, Alhamdulillah, betul tempatnya.
Kena melintasi parking lot yang luas, baru sampai ke tempat menjual tiket dan pintu masuk utama.
|
Hanok - never get bored with this building |
Entrance fee untuk orang dewasa KRW15,000, kanak-kanak KRW10,000, ini cuma untuk general admission. Kalau full admission (termasuk theme park), fee KRW20,000. So far, inilah fee yang paling mahal untuk tourist attraction di Korea Selatan ni. Ambil pamphlet, study dulu, susun strategi..sebagai peminat sageuk kdrama, it is a dream comes true..jom explore..
|
site layout plan of KFV |
Fact sheet about Korean Folk Village (source: KTO website) :
Set in a natural environment occupying approximately 243 acres, visitors
can experience the natural atmosphere with over 260 traditional houses
reminiscent of the late Joseon Dynasty, including various household
goods from different regions. All these features have been relocated and
restored to provide visitors with a broad understanding of Korean food,
clothing, and housing style of the past.
About twenty workshops, various handicrafts such as pottery,
baskets, winnows, bamboo wares, wooden wares, paper, brass wares, knots,
fans, musical instruments, iron wares and embroidery are practiced. In
the Korean Folk Village, where the customs and lifestyles of the past
generations have been carefully preserved, various lifestyles prevalent
during the Joseon Dynasty can be seen.
Korean Folk Village is also the filming location for the famous movie Sungkyunkwan Scandal as well as the TV miniseries Daejanggeum.
Kawasannya redup, banyak pokok, sangat nyaman untuk bersiar-siar..walaupun sudah tengahari. Di sini kami tak jumpa ramai pelancong asing, tetapi ramai pelancong Korea dari kalangan kanak-kanak tadika dan orang tua-tua, yang naik kerusi roda, yang pakai tongkat..old folks melawat folk village..
|
Yangbanjang Cafe - stail duduk bersila |
|
drama Jewel in the Palace pun ada shooting di sini |
Berjalan ke bahagian Folk Village. Pada zaman kerajaan dinasti-dinasti, memang ada kasta - ada nobleman (yangban), scholar, commoner, peasant (orang paling miskin), hamba kerajaan, hamba biasa. Rumah-rumah mereka melambangkan status sosial.
|
rumah petani - atap rumbia |
|
Choga-jib - rumah orang miskin - atap rumbia juga |
|
rumah orang kaya - atap genting |
|
shooting location for SKKU Scandal |
Rumah orang kaya diatas pernah jadi shooting location untuk drama Sungkyunkwan Scandal - scene di mana freshies (hero) kena raging masa hari orientasi. Kelakar scene ni..
Setiap rumah ada 'ondol' iaitu sistem pemanasan pada musim sejuk, guna kayu api bawah rumah. Nak tahu penciptaan 'ondol' ni, boleh tonton kdrama 'Ballad of Suh Dong/Song of the Prince/Seo Dong Yo' - cerita di zaman Dinasti Baekjae dan Dinasti Silla.
|
budak2 national service kena khidmat sosial - tolak wheel chair old folks |
|
tukang kayu |
|
klinik desa |
|
tea time |
|
bermain Tu-ho |
|
Rumah pasong |
Ada lori KBS production dekat tepi tu. Tunggu masa untuk shooting - drama Fugitive of Joseon/Mandate of Heaven kot..tengok lokasi dalam drama tu macam sama je..
Tiba-tiba terdengar upbeat muzik dari performance area - ada pertunjukan Fusion B-Boy Dance, dah pukul 1.00 tengahari, rupanya. Dressing style zaman dulu tapi menari 'breakdance' kot, atau hip-hop ke, entahlah..budak-budak tadika bukan main menjerit kuat-kuat..seronok benor deme ye..
|
smartly choreographed |
Berjalan lagi, mengikut map..suasana hijau malar segar..
|
kebun sayur dan kuda-kuda |
|
kebun lagi |
|
pokok gandum |
|
pokok barli |
|
wakaf - tempat lepak |
|
rumah yangban (nobleman) |
|
khemah untuk traditional wedding ceremony |
Timing untuk traditional wedding ceremony ni pukul 12.00 tengahari dan 4.00 petang. Kami dah terlepas yang pukul 12 nya, nak tunggu pukul 4, memang tidaklah. So, sesiapa yang nak ke sini, make sure sampai sebelum pukul 12, kalau nak tengok upacara ini. Boleh jumpa pengantin perempuan seperti di bawah ni..
|
source: www.the koreaguide.com |
Bulatan merah di dahi dan kedua belah pipi dipanggil yonji dan gonji. Tujuannya untuk menghalau hantu jembalang (evil spirit) dan juga memberi kesucian (to give purity) serta kasih sayang berganda-ganda (lots of love) kepada pengantin perempuan..xoxo..direct translation..
Bersambung...sebab besar sangat KFV ni..stay tuned..
Seronoknya
ReplyDeleteBila nak balik ni nohas... saya balik pada 22/5 petang... hehe
ReplyDeletezana-norzana,
ReplyDeleteseronok melihat adat resam dan kebudayaan rakyat Korea..
Mie,
ReplyDeleteSaya pun balik hari Rabu (22/5),flight petang, satu flight nampaknya..
Mie,
ReplyDeleteSaya pun balik hari Rabu (22/5) petang, satu flight nampaknya..