Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan, produk kecantikan melambak-lambak di pasaran, pelbagai brand tapi kalau yang berasaskan lendir siput babi, errkk..cam mana tu..ada bran nak try?
Masa di Namdaemun dulu terjumpa benda ni..kita panggil 'escargot' lah..lebih sedap didengarin..
sabun muka |
facial mask |
Colourful escargot..macam comel je..First time jumpa memang pelik jugalah..tapi dua bulan lepas tu, ada artikel dalam Harian Metro, 15//7/2013 dan juga dalam afp.com, menceritakan satu salon di Tokyo yang buat 'live snails treatment'. Siput hidup merayap-rayap diatas muka, errr..nak cantik punya pasal..
Tokyo: Ia sudah lama dianggap sebagai parasit di taman, tetapi
nampaknya siput kini menjadi kawan berbanding musuh apabila menyentuh
soal antipenuaan.
Penemuan terbaru rawatan muka yang membabitkan siput hidup untuk
bergerak pada kulit muka menjadi kaedah baru paling mujarab dalam bidang
kecantikan. Semuanya kerana lendir siput yang dikatakan dapat membantu menaikkan seri wajah.
macam ni gayanya |
Lendir
yang mengandungi paduan protein, antioksida dan asid hyularonic yang
berkuasa itu dikatakan dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan
radang kulit dan menyingkirkan sel kulit mati.
Dalam rawatan 60 minit ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, wajah dibersihkan sebelum siput diletakkan pada pipi dan dahi sebelum dibiarkan merayap.
Rawatan muka dinamakan Celebrity Escargot Course itu berharga £161 (RM773), termasuk beberapa siri urutan muka, masker dan penggunaan mesin denyutan elektrik. - Agensi
Tengok saja dah seriau. Ini lebih kurang macam bekam lintahlah jugakan. Tak pernah try bekam lintah ni..geli-geleman. Kat Malaysia, banyak siput-siput escargot ni..boleh je kalau nak try..ahakss..
Kat Poland, mereka menternak siput-siput escargot ni, siap ada ladang lagi, untuk dieksport ke negara-negara jiran, tujuan utamanya untuk dijadikan makanan..sedap apa siput ni, kata orang Malaysia yang pernah makan escargot di Maghribi..bukan di Melizia..waqi' yang berbeza..
Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
kalau lintah boleh digunakan untuk menyedut darah kotor, kini siput babi/escargot digunakan untuk kecantikan ya, tapi siput babi ni makan benda2 yg kotor kalau di kampung2, sanggupkah nk letakan di muka....
ReplyDeleteMemang tak sanggup..walaupun siput babi tu colourful mcm atas kotak tu..
Deleteerk geli ler.... alangkan lintah dah calibut ni lagi le siput babi nak merayap kat muka... erkkk baik le tepek dengan bedak sejuk lagi afdal.... hehehehe nak cantik punya pasal
ReplyDeleteya, betul tu, pakai bedak sejuk lagi afdal..selamat dan suci..
DeletePendapat seseorang ulama dan pendapat jumhur ulama.. dan fatwa seorang ulama dan fatwa jumhur ulama.. semua nyer berbeza.. memakan dan menggunakan khasiat adalah berbeza.. Memang besar kelebihan yang ada pada ciptaan Allah.. siapa sangka siput pun boleh di gunakan dalam rawatan :D
ReplyDeletesyukran di atas pencerahan..perbezaan yg menguntungkan..Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia sahaja..
DeleteTak sanggup rasanya nk letak siput kt muka..macam2 skrg ni..
ReplyDeleteMacam2 cara nak jadi cantik..biarlah bersederhana, jgn extreme..tapi kalau nak mencuba, tak salah..hehe..
DeleteTak sanggup saya! banyak alternatif lain lagi untuk merawat kulit muka. heeee!
ReplyDeleteya, betul tu..ada cara yg lebih selamat & suci..
Deletekalau kakak bagi upah pun tak mahu buat facial cara ini.
ReplyDeletetengok pun dan geli-geleman kan:)
memang tengok je dah geli, tak dpt bayangkan siput ni merayap-rayap d muka..
DeleteHehe..licin je jln2 atas muka...hehe
ReplyDeleteada pelincir..hehe..
DeleteUish tak sanggup kot! Geli laa..hehe. Tapi kan orang jepun ke korea ke dorang mmg obses nak cantik. Sebab tu la semua sanggup. Huhu
ReplyDeletememang geli tengok..kalau dah obsess, memang sanggup buat apa saja kan..
Delete