Yaumul Jumaah Sayyidul Ayyam - 'Hari Jumaat itu penghulu segala hari'
Salam Jumaat yang penuh barakah..sedikit tazkirah dari whatsApp..semoga bermanfaat..
Seorang ketua supervisor yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun di sebuah syarikat pembinaan ingin bersara dan mengemukakan surat permohonannya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraan beliau tetapi dengan syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah.
Ketua supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya. Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati ketua supervisor tersebut kerana tidak membina rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Saudaraku seakidah,
Sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada setiap dari kita..sebenarnya kita sekarang sedang membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...Kita beribadah untuk Allah SWT semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sebenarnya membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri...
Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usaha kita..InsyaAllah..
Allah ta'ala berfirman:
"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk dirinya sendiri. Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hamba-Nya" [Fush-shilat: 46]
Untuk sama2 kita renungkan..
Salam Jumaat, dengan izinNya juga ni, sebab biasa saya berniat sangat, tiba terbuat yang lain, memang kita ni hamba, Tapi kalau betul-betul berhasrat sesuatu hingga menjadi sebahagian diri, Tuhan makbulkan, sambil lewa,takkan jadi. Thanks for sharing, kena serious kan, mudahan kita sentiasa diingati selalu.
ReplyDeleteya betul, kena bersungguh dalam beribadah..
DeleteGood sharing sis... keikhlasan itu pentingkan...
ReplyDeleteikhlas dalam beribadah..bersyukur atas nikmatNya..
Deleteperkongsian yg baik lagi menginsafkan...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat..
DeleteSalam nohas, alhamdulillah satu perkongsian ilmu yang begitu menusuk ke kalbu. Kita selalu alpa padahal setiap perbuatan kita adalah bekalan di sana nanti. Terima kasih semuga Allah sentiasa memberkati Nohas dan semua umat Islam di seluruh dunia. Amin
ReplyDeletew'salam...kita kena mempersiapkan bekalan di alam yg kekal abadi...a place of no return..
Deletesalam jumaat..setuju keiklasan tu yang paling penting....
ReplyDeletegood sharing ya
ikhlas dlm segala yg kita lakukan..
Deleteblogwalking sini..sambil klik2.. ;P
Deletedah balik dr Perak? thanks...
DeleteSalam nohas...terima kasih berkongsi..apa2 pun keikhlasan itu penting...semoga menjadi peringatan supaya kita tidak alpa..
ReplyDeletew'salam, Bunda..semoga bermanfaat..
Deletesalam ukhwah..salah singgah ziarah =)
ReplyDeletesalam ukhwah juga kpd Kak Nah...marhaban..syukran kerana berziarah di sini..
DeleteBetul buat kerja perlu ada keikhlasan. Menyesal pun tak guna dah sebab itulah hasil dia buat. Samalah dgn kita kalau itulah amalan yg kita buat semasa hidup jgn menyesal bila di padang mahsyar kelak kita lihat segalanya akan terpampang satu-persatu.
ReplyDeleteEh... takut pulak kakak mengenang diri sendiri.
betul..setiap apa yg kita lakukan di dunia, akan dihisab di akhirat kelak..without miss, setiap anggota badan berbicara..
DeleteAkibatnya menyesal tak sudah...
ReplyDeletemenyesal di dunia, InsyaAllah, boleh lagi diperbaiki..menyesal di akhirat, tiada akhirnya..
Deleteperumpamaan yg sangat2 berkesan...
ReplyDeletesemoga bermanfaat...
Delete