Tuesday, 2 September 2014

Blissful Sunflower - Bhg 1

Assalamualaikum...

"Orang baik lambangnya bunga matahari. Bunga apa untuk orang jahat, nek?" "Entahlah, bunga 'camelthorn', nenek rasa sesuai" 

OK tak macam tu? Bunga matahari untuk orang baik, 'camelthorn' untuk orang jahat...'camelthorn' ni bunga di padang pasir...tapi orang jahat, takde bunga, pun OK..hihi..

Sebenarnya itu dialog dalam filem 'Blissful Sunflower', filem orang Islam Uyghur, yang tinggal di Xinjiang, China. First time menonton filem orang Ugyhur. Yelah..asyik-asyik filem orang putih, Cina, Korea je..sekali-sekala layan filem ni memang best. Sekarang ada ditayangkan di Channel A-List Astro 456..channel yang menayangkan filem-filem terbaik - 'critically acclaimed and award-winning films'.

Xinjiang atau nama rasminya Xinjiang Uyghur Autonomous Region letaknya di barat negara China. Dulunya namanya East Turkistan. Xinjiang maksudnya 'new frontier' - wilayah baru. Pelbagai etnik tinggal di sini - majoritinya etnik Uyghur (Islam) dan Han (Chinese). Yang lain Kazakhs, Tajiks, Hui, Kyrgyz, dan Mongols..majoriti beragama Islam.  

Kita sering mendengar/membaca pergolakan etnik di Xinjiang dan yang selalu ditindas/dizalimi sudah semestinya etnik beragama Islam, sampaikan misteri kehilangan kapalterbang MH370 pun ada dikaitkan dengan konflik etnik Uyghur di Xinjiang. Teruk betul kan..
Lokasi Xinjiang dalam negara China
OK, berbalik kepada filem ini, semasa review di A-Peek, memang teruja sangat nak menonton tapi timing selalu tak kena. Sampailah ada satu malam tu, tak boleh tidur, buka TV pukul 2.00 pagi, tiba-tiba filem ni baru start..Alhamdulillah, apalagi,.ambik kamera, standby depan TV..dialog dalam Bahasa Mandarin..tapi ada subtitle Bahasa Malaysia dan English..Sebab utama nak tengok filem ni ialah sebenarnya nak tengok budaya orang Islam Uyghur..tentang pakaian mereka, rumah mereka, suasana pasar dan scenery yang cantik..kiranya macam mengembara di Xinjiang..

Filem ini mengisahkan perjalanan seorang budak perempuan dengan neneknya untuk mencari bapanya dan didalam perjalanan itu, mereka berjumpa dengan orang-orang yang memberi makna kehidupan. Jom kita mengembara bersama mereka..

Budak perempuan (heroin kecik) namanya Amanguli, tinggal bersama neneknya, yang juga bernama Amanguli. ibu Amanguli dah meninggal, bapanya pula dah keluar rumah, mengembara mencari rezeki dan tak balik-balik, lebih kurang 7-8 tahun juga, tapi ada kirim beberapa pucuk surat dari tempat yang berlainan..

Amanguli rindukan ayah dan ibunya
Nenek Amanguli tak suka pada menantunya itu dan sering menggelar dia sebagai orang jahat, 'penyangak' (terjemahan dlm filem) sebab tinggalkan anak bini, hinggakan bininya (anak perempuan nenek tu) sakit dan meninggal dunia. Amanguli tak suka neneknya cakap bapanya orang jahat. Dia bertekad nak cari bapanya tu, nak buktikan pada nenek yang bapanya bukanlah penyangak..


Nenek bersetuju untuk pergi mencari bapa Amanguli tapi dengan syarat 'kalau bapanya itu orang jahat, Amanguli kena tinggal bersama nenek". Amanguli setuju..

Kawan nenek membaca surat-surat dari bapa Amanguli
wow..nak pegi semua tempat..kawan dia suruh pegi ke alamat surat yg terakhir
Rupa-rupanya Amanguli dan neneknya itu buta huruf..kalau tak dah selesai masalah (kenapa? kena tunggu hingga ke akhir)...maka berangkatlah mereka, memulakan perjalanan..

scene ni sangat cantik

Mereka pergi ke pasar. Nenek cuba menjual anting-anting kepunyaan ibu Amanguli sebab mereka takde duit..tapi tak berjaya, sebab Amanguli nampak dan ambik balik anting-anting ibunya.

Tiba-tiba nenek terdengar tiupan seruling dan terus berjalan kearah bunyi tersebut.


Seruling itu namanya balamand, sejenis alat muzik tadisional orang Uyghur. Nenek tu sebenarnya terkenang kisah lama (yang ni kenalah tunggu sampai habis)..tuan punya kedai tu kagum dengan Amanguli yang berminat dengan alat muzik tradisional sebab tak ramai anak muda zaman sekarang yang berminat dgn alat-alat muzik tradisional..

Tuanpunya kedai tu bertanya tujuan mereka..rupa-rupanya dia kenal bapa Amanguli yang namanya Alhemaidi. Dia pun bercerita tentang kebaikan Alhemaidi, kepandaian Alhemaidi membuat dan bermain alat muzik hingga kedai dia di panggil 'Peralatan Muzik Alhemaidi'. Amanguli sangat suka orang bercerita baik-baik tentang bapanya tapi nenek Amanguli rasa tuanpunya kedai ni tak pernah berjumpa pun dengan Alhemaidi..saja je dia nak hiburkan hati Amanguli..

Mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sebab takde duit nak naik bas atau teksi...

suka kedua-dua scene ni..sangat cantik teknik pencahayaannya
rupabentuk mukabumi Xinjiang
Kali ni mereka telah dibawa bertemu dengan seseorang yang bernama Alhemaidi, seorang doktor haiwan. Nenek tahu yang dia ni bukan menantunya, cuma nama je sama.

Doktor haiwan tu pun bercerita yang dia pun sedang mencari Alhemaidi, bapa Amanguli. Nenek naik marah, kata macam2 dekat menantunya itu, tapi doktor haiwan ini cakap Alhemaidi tu baik orangnya. Dia pun bercerita yang dia bertemu dengan Alhemaidi di stesen keretapi semasa on the way nak ambik final exam untuk jadi doktor haiwan, tiba-tiba dompetnya hilang. Bapa Amanguli bagi duit untuk dia beli tiket keretapi. 

Tujuan dia cari Alhemaidi ialah untuk memulangkan semula duit tiket dan juga untuk mengucapkan terima kasih kerana dia terhutang budi pada Alhemaidi. Kalau tidak dengan bantuan Alhemaidi, dia terlepas peluang untuk menjadi doktor haiwan...ahh..sungguh tragis sekali..

   Doktor haiwan nak pulangkan duit Alhemaidi pada 
nenek Amanguli, tapi nenek menolak

Amanguli sangat senang hati mendengar kata-kata doktor haiwan tu dan tak berhenti ketawa. Sebenarnya mentertawakan neneknya..yess..bapa aku bukanlah penyangak..macam tulah, reaksinya..

Malam tu mereka tidur di rumah doktor haiwan. Tiba-tiba hujan turun dan ada orang memanggil doktor haiwan, ada emergency, ada kambing nak beranak. Doktor haiwan masuk semula ke dalam rumah untuk ambik peralatan. Tangannya menggigil, dia berpeluh, dia panik..rupa-rupanya doktor haiwan tu fobia sebab setiap kali dia attend kambing beranak..dua-dua akan mati..anak dan ibu kambing..

Nenek Amanguli marah sambil bagi motivasi sekali. Kemudian ajak doktor tu pergi tengok kambing yang nak beranak tu..takpe, dia cakap dia bidan, dah biasa tentang hal nak beranak ni..sama je, kambing atau manusia..

Kambing dah beranak..dua-dua selamat..nenek tu siap bagi informal lecture kat doktor haiwan tu. Tentang tempat keluar nyawa, macamana nak selamatkan baby yang baru lahir in case of complication..wahh, talking from experience. Amanguli memerhati dengan rasa kagum dari jauh..dia nampak bunga matahari di tempat nenek..*orang baik*


Pagi tu mereka pun bergerak naik bas...rupa-rupanya nenek tu tak ambik duit yang doktor haiwan suruh pulangkan pada Alhemaidi..
 
duit untuk Alhemaidi

Doktor haiwan tu ternampak bungkusan duit tu atas meja dan buka, tengok duit tidak terusik dan terus berlari keluar, nak kejar bas tapi bas sudah jauh dari pandangan..

Stay tuned..bersambung Bhg 2...pengembaraan di Xinjiang..memang cantik view di sini..

18 comments:

  1. wa menarik sangat citer filem ni..mmg lain drpd kebiasaan film..nanti sambung lagi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tgk filem org Islam Uyghur..cantik pemandangan di Xinjiang..

      Delete
  2. Suka filem macam ni..tak perlu cgi effect yang gempak, tapi mesejnya sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..filem tntang kehidupan..sgt natural lakonan mereka..

      Delete
  3. Ala... suspen pulak dah.. kakak kalau baca macam ini tak puas sebab nak tahu juga ending dia macam mana. Jgn lupa inform kakak bila sambung selanjutnya tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang dlm pembikinan..masuk bln September dah tak ditayangkan lg di A-List..

      Delete
  4. menarik cerita ni. nanti sambung cepat-cepat tau

    ReplyDelete
  5. woahhh first time tengok blogger review movie rare dengan mengambil gambar terus dari kaca tv... menarik dan mantap! like lah~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..susah jg nak capture gmbr dlm tv..cari dlm internet tak jumpa filem ni, mungkin ada nama lain..

      Delete
  6. menariknya cerita dia.. teringin nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak ditayangkan di A-list bulan September ni.. cari juga dlm internet tapi tak jumpa..

      Delete
  7. huhuhu... kusyuk idah baca kak nohas... tup2... sambung plak... best laa jalan cerita nyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat dlm satu entry rasa panjang benor..kena buat dua bhg..

      Delete
  8. mcm best cite ni..org nye pon muke mcm muke mlysia sikit2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..mcm muka org nusantara..sebenarnya org Uyghur ni berasal dari negara Turki..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!