Sunday, 13 December 2015

Bila bos nak cuti...

macam nilah...kena siapkan report yg ada, bagi bos check, sebelum dia fly to Ostrolia....hari Sabtu, Ahad, kena datang ofis..

my lunch hari ni - ayam penyet dari Dapur Penyet @ Maju Junction
pedas duhh..sambel cilinya..

Walaupun Maju Junction tu sepelaung cuma, tapi nak turun dari tingkat 17, nak lintas jalan, rasa malas le pulak..sib baik ada ofis mate yang order juga, so kita guna delivery sajalah..tong-tong RM5.00 delivery charges..

Yang ni nak tunjuk juga..hihi...malam semalam masak kuah laksa utara...kesian jiran-jiranku atas dan bawah, memalam bau kuah laksa...semerbak..

Laksa beli yang dah siap di pasar Kuala Kangsar...balik kampung minggu lepas...laksa kuale ni lain sikit..dema guna tepung gandum..


Balik ni pekena laksa pulakk..

ok, nak sambung buat kerja..

44 comments:

  1. haaaa betul2.. laksa ni ada yang pelik sket kan.. CT tak minat laksa tapi makan la jugak kalo terpaksa.. tapi kalo laksa yang jenis berderai tak kenyal tu memang tolak tepi siap hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik2 laksa sekrg ni..ikan sekoq la, laksa udang la...kalo terpaksa??..huhu..tak kenyal?..

      duk Penang, memang best pekena laksa Air Itam..

      Delete
    2. Saya suka semua jenis laksa. Janji kuahnya pekat dan cukup rasa :)

      Delete
    3. kita serupa..hihi..kuah mesti sedap..

      Delete
    4. alaaa ada laksa yang bila kunyah dia hancur terus.. pakai tepung beras kot entahla CT tatau.. kalo makan laksa.. CT suka kuah yang ceroi tu.. tunggu isi ikan mendap hahaha..

      Delete
    5. oo..laksa tepung beras mmg cepat hancur...kuah ceroi x sedap, suka kuah pekat sekali dgn isi ikan..baru bestt..

      Delete
  2. BIASALA NOHAS TUGASAN PENTING MESTI DISIAPKAN SEGERA HARI CUTIPUN TERPAKSA BERTUNGGU TANGGA DI PEJABAT...SEDAPNYA LAKSA KUALA XPERNAH CUBA LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kak..klien ni tak kira, sampai masa nak report..takpe, lepas ni leh goyang kaki, bos takde..hihi..

      Delete
  3. Sedap nampak ayam tu. Pernah jugak layan restoran kat situ..bawal dia pun ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawal goreng + kicap memang sedap @ Dapur Penyet..dgn sambal cilinya yg extra hot..

      Delete
  4. Replies
    1. bolehlah..yg simple2 tuk makan sendiri..huhu..

      Delete
  5. bila mak bukit nak gi ostolia pulak., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela, xkan bos xnak ajak mak skali dgn famili ke ape gi ostolia., ngehngeh2

      Delete
    2. bos nk gi wedding his niece.kiranya family gathering...nanti suggest kt bos, company trip ke ostolia next year...hehehe..sendiri pergi, belum ada planning lg..

      Delete
    3. peeergh wedding kat Ostrolia.. ? huurm.. tunggula nak rembat orang sana lalalala..

      Delete
    4. boss punya niece dah jd PR sana, tapi kahwin dgn org Vietnam..
      kalau dpt org ostolia, setiap tahun balik sana, ke duduk sana teruss..bestnya..huhu..

      Delete
    5. duduk sana terus xpa.. tho sana ada GST jugak tapi xpa..
      rela dok sana ngeh2..

      Delete
    6. best tengok tempat2 kt sana..huhu..

      Delete
  6. wah laksa..... lapor lah pulak.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa penang ni makan 2-3 hari..huhuhu..

      Delete
  7. mmmmmmmmm sedapnya laksa tu..... laparlah pulak nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa ni makan berulang kali..baru best..seperiuk kuah..hihi..

      Delete
  8. Boss nak cut I me kits nak cut I tetap kits yg kena sesiapkan.
    Laksa memang sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..setiap kali nk cuti, bos mesti tanya 'kerja dah siap ke?'..huhu..bersusah-susah dulu, bersenang-senang kendian..

      Delete
    2. ini gara-gara komen guna hp spelling out!
      Hari ini masuk balik tengo aduhai. No faham pulak ye.. sorry dear.

      (Boss nak cuti ke kita nak cuti mesti kena sesiapkan dulu)

      Delete
    3. boleh teka, kak..takpe, faham..saya pun selalu jg spelling error guna hp..

      Delete
  9. bos pun nak jenjalan jugaks... hiks ;3

    kretif jugak kedai tu letak daun pisang sebagai separator antara ayam dan nasi, nampak nice :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos lagi stress..hihi..

      betul, kreatif depa ni, takdelah ayam makan nasi..hahaha..

      Delete
  10. Replies
    1. bos yg betul-betul cuti..kita pun rileks sikitlah..tapi kerja kena siapkan jg..huhuhu..

      Delete
  11. Bos tak de gi bercuti ni, kak Nohas relaks sikit ke kerja bertimbun macam biasa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja bertimbun tapi tinggal kes yg simple2..yg kena stay back, dtg weekend ni sbb kes berat, kena byk menelaah..

      Delete
  12. ohhhh Bos!!!! bos nak jenjalan anak buah 'penat' ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos pun penat jg..kena stayback..nak check, sign reports..huhu..

      Delete
  13. kak Nohas!! laksa keulae semangkok! kalau dah raum semerbak tu JM x boleh tahan..mahu habis spiuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. spiuk tu..hari Isnin baru habiss..huhu..

      Delete
  14. Laksa kole ada telo mate... kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerai pokok limau tu je yg jual laksa telo mata..yg lain sama, guna telo rebus...

      Delete
  15. syoknya layan bekal laksa kat opis...kuah dia makin diperam makin sedap,berlalu dah Disember,Januari menjenguk lagi...Happy New Year 2016,have a great and prosperous year ahead!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat ofis makan nasi ayam penyet ni, kat rumah je makan laksa...

      Happy new year to you too..

      Delete
  16. buat kerja takde bos mmg enjoy kan ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress jg, sbb nak kena handle semua, nak dpt confirmation bos..asik kena whatsapp, email bos je..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!