Assalamualaikum...salam Jumaat, hari penuh barakah.
sumber : si tuan puteri
Pada awal bulan Mac, terlibat dengan acara makan malam - Al Kahfi Night. Acara berlangsung di Datin Seri Banquet Centre, Gombak.
Datin Seri Banquet Centre
Jalan Kerdas 4, off Jalan Gombak
Al-kahfi maksudnya 'gua'. Bila sebut Al-kahfi, mesti teringat kisah pemuda-pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Kenapa dinner ni pilih tema Al Kahfi?
Al-kahfi ialah surah Makkiyyah, surah ke-18 dalam kitab suci Al-Quran. Mengandungi 110 ayat, didalamnya ada 4 kisah yang hebat :
1) Kisah Ashaabul Kahfi - para penghuni gua
2) Kisah Shaahibul Jannatain - pemilik dua kebun
3) Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as
4) Kisah Dzulqarnain dan Ya'juj & Ma'juj
So, pengisian utama dinner ni ialah slot forum yang mengupas kisah-kisah di dalam Surah Al-Kahfi ni.
imam dan qari dari Palestin
Dinner dimulakan dengan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dari qari jemputan. Kemudian start makan sambil dihiburkan oleh Man John and the band, nyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan..mostly lagu-lagu Opick, Afghan..
Man John & the band
dinner akan lebih meriah bila ada cabutan bertuah
tetamu-tetamu yang hadir
Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu sudah semestinyalah - slot forum bersama ahli panel - Iman Muda Asyraf dan Ustazah Nor Hafizah Musa.
ahli panel & pengerusi forum
pandangan hadapan
Diantara pengajaran dari kisah pemuda Al-kahfi ni ialah mereka golongan anak muda, berani menyatakan yang benar pada pemerintah dan berusaha memelihara akidah/iman di saat masyarakat setempat menyekutukan Allah SWT.
Iman itu sifatnya kena dijaga. Ketika pemuda-pemuda tersebut dibangkitkan dari tidur, mereka tetap menjaga iman - "berpesan pada sahabat yg pergi ke kota supaya beli makanan yang suci halal".
Kisah pemuda2 Ashaabul Kahfi dari ayat 9 hingga 26. Kisah pemilik dua kebun dari ayat 32 hingga 44, manakala kisah menarik di antara Nabi Musa as dan Nabi Khidir as dari ayat 60 - 82 dan kisah Dzulqarnain dari ayat 83 - 98.
Jom tadabbur Surah Al-Kahfi dan juga surah-surah yang lain untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Beruntung berada di taman-taman syurga begini
ReplyDeleteKakak suka ustazah Norhafizah punya tazkirah.
Alhamdulillah..berkat kerjasama dpt mengadakan majlis sebegini..sy pun suka tazkirah oleh Ustazah Norhafizah, sgt menusuk kalbu..
DeleteSangat terpilih dijemput ke majlis begini, imam asyraf, muda lagi but updated..good info nohas, thanks
ReplyDeletemajlis amal..dpt mkn, dpt ilmu, dpt hadiah, in shaa Allah..IM Asyraf..muda & berilmu..semoga brmanfaat..
Deleteseronoknya dapat hadirkan diri ke majlis ilmu macam ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allah bg kelapangan masa..
DeleteSory kak... x dpt join itu hari...
ReplyDeletetakpe..in shaa Allah, ada masa boleh join pgrm..
DeleteByk kisah teladan dlm surah al-kahfi, untung pergi program mcm ni..meningkatkan penghayatan pd al quran
ReplyDeleteAlhamdulillah..pgrm santai sambil menimba ilmu..
Deleteuntung sungguh
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletemajlis ilmu yg banyak keinsafan ...
ReplyDeleteinsaf utk meningkatkn usaha mnimba ilmu..
DeleteZakir naik ada? He he he
ReplyDelete* suka tanya yg x de dlm gambo...
havoc satu Malaya..huhu..Dr Zakir mmg sangat popular...suka dgr intellectual discourse dia..sgt berilmiah..
DeleteMotip soklan? Hi hi hi
Deleteisu hangat sekrg ni..hihihi..
DeleteMoga majlis ilmu membawa keberkatan.
ReplyDeletemeriah nampak..bungkusan hadiah pun comei2
tetamu yg hadir dijamu physically and spiritually...
Deletesyukran2..hadiah2 tuantanah yg sediakan..huhu..
kisah asshabulkahfi anak2 muda yg tidur lama merentasi masa sbg pengajaran kpd kita Allah berkuasa melakukan segalanya. hebat sekali majlisnya yg disertakan tazkirah ilmu.
ReplyDeletebyk yg tersirat dlm kisah asshabulkahfi..dan kisah2 yg lain dlm surah ni...tazkirah ilmu agenda utama majlis ni..
Deleteuntongnya dpt attend program mcm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah...makan2, dgr tazkirah..
Delete