Annual Dinner...hmm..dah lama mengelak untuk hadir majlis macam ni, bukan apa, sebab makan lauk-pauk dulu, last baru makan nasi..hihi..Chinese course. Takdelahh, makanan tu ok je, tapi sebab majlis macam ni boring sikit, letih menunggu sampai habis..
Tapi kali ni dah tak boleh mengelak. Sebab setiap tahun, company mesti beli table masa annual dinner Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia @ Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). Bos HR mesti bising, senior people tak nak attend event. Tiga orang bos, orang kuat RISM, executive chairman ex-president..
Event ni dah lama, pada 14 Mei, baru sekarang nak up entry, untuk kenangan di hari tua..
Majls Makan Malam
Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia
kali ke-55 di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana
Biasalah event macam ni, start pukul 7.30 malam, memang kelam-kabut sikit, nak solat Maghrib lagi. Tapi sebelum tu, book meja dulu..
event venue
Grand Mahkota Ballroom
Alhamdulillah, surau di hotel ni, besar jugalah dan selesa, takdelah kecik. Teringat komplain Datuk Vida Qu Puteh tentang surau hotel kecik tapi toiletnya boleh pulak buat besar-besar.
ready to mingle, networking
lounge entertainment
hiasan
standard table setting
tak reti guna chopstik, kita guna f & s je
Tetamu kehormat dinner kali ni ialah Royal Patron of RISM iaitu DYMM Sultan Selangor. Masa ni Sultan Selangor belum lagi kahwin yang baru, so Tuanku datang sorang je.
gimmick utk 'dinner is served' - tarian Bhangra
tarian Bhangra
Sambil makan, dihiburkan dengan persembahan live, diselang-seli dengan ucapan Presiden, bagi hadiah-hadiah penghargaan dan juga cabutan bertuah.
show oleh Orang-Orang Drum Theatre
"Orang Orang Drum Theatre was founded by Chew Soon Heng (Boyz) and Leow Sze Yee (Zyee).They have both performed with world renowned performing group, Hands Percussion for more than ten years. In April of 2013, they decided to venture out and formed Orang Orang Drum Theatre, which combines drumming, body movements and theatre to create their own unique style and ensemble"
Show dari Fresco Harmonica pula...first time tengok harmonica besar gedabak
Kumpulan ni menang awards di German pada tahun 2009 dan 2013
memang best performance mereka
memang best performance mereka
last sekali, live performance oleh Juwita Suwito, penyanyi yg femes utk corporate dinner..
Majlis ni habis dalam pukul 11..seperti biasa, bila keluar serentak, berbaris untuk bayar parking dan jem bila nak keluar, Alhamdulillah, perjalanan lancar sampai ke rumah..
sesekali hadir acara begini seronok jugak kak.. mcm kmi ni buat jg setahun sekali... nampak meriah & grand juga tu.. selalu nya part2 cabutan bertuah yg best...wah! dapat tengok Sultan Selangor secara live lah ni kan... :)
ReplyDeleteSinggah pagi :)
Deletekalo dinner company best sikit, enjoy..sesi cabutan bertuah yg meriah..
Deletetengok dari jauh je, Atie..bila ada royal ni, majlis jd sgt formal..hehe..
chinese course mmg letih nak menunggu smpai habis,tp ok jugak byk entertainment,sesekali best juga attend event macam ni
ReplyDeletebest jg, makan2 semeja dgn ofismates..yg lain tak kenal..
DeleteSbb tu hubby tak pernah hadir annual dinner Nohas
ReplyDeleteKatanya nk menunggu sampai habis tu lmbt sngt boringg lebih baik dok rumah katanya
dulu2 suka jg pegi annual dinner, sekarang ni dh boring..betul kata hubby Kak Noor, lebih suka dok rileks2 kt rumah mlm minggu..
DeleteHihihi betul. Reen pun kurang suka pergi event tunggu sampai habis.. Kalau boleh, jmpe2, makan dan terus balik..
ReplyDeletePapepun.. Nampak meriah majlis ni..
nak tunggu dari pkl 7 -11 malam, pkl 12++ baru sampai rumah, mmg letih..
Deletemeriah jg, byk entertainment..
makan2 pun boleh jadi terapi minda ,nohas.kalau pulka free lagi gumbira ria
ReplyDeletemakan chinese course ni, menunggu je lauk apa yg akan dihidangkan..setiap kali, tengok menu apa lepas ni..hihi..
DeleteSalam singgah dari bunda.
ReplyDeleteSalam hujung minggu, Bunda..
Deleteseronok juga sekali sekala
ReplyDeletemmg ada setiap tahun, tu yg asyik nk mengelak je..
DeleteWaaa ada ice sculptures... at the end of the event, cair tak sculptures tu? :D
ReplyDeleteada lg, tahan lama sbb bilik sejuk kot..
Deletesy sllu complaint psl tandas lagi mewah dr surau sblm ni..any places la klu kita pegi mmg cmtu..surau kecik je tandas toksah ckp banyak baring guling2 pun boleh...sedih jgk la..
ReplyDeletehotel selalu nya mcm tu, tandas lawa giler, besar sungguh, suraunya, alahai, kecik je..entahlah, bergantung pd tuanpunya hotel jg,,
Deleteseronoknya kak nohas :D
ReplyDeleteseronok jg, byk entertainment..free foods..tapi parking mahal jg..huhu..
DeleteJuwita tu adik badik dgn komposer tu kan
ReplyDeleteya, adik badik Aubrey Suwito..
DeleteFood mesti best..
ReplyDeleteCuma chinese food ni kena sabar menunggu satu persatu dia keluar..
Tak macam makanan melayu...boleh makan macam kenduri.. :)
selesai je satu food, tengok menu apa food yg akan dihidang..hihi..makanan melayu selalunya main course,nasi putih/ minyak/beriani/tomato, mesti mkn dgn lauk-pauk...
DeleteDah lama x dinner kat hotel x layak 😓
ReplyDeleteada ka lagu tu...smua org layak..jom, jom..
Deletebestnyaa... memang suka kalau ke event. tp tulah mesti boring bila dgr pat2 ucapan
ReplyDeletebetul tu, part speech yg berjela-jela tu yg boring..hihi..yg lain ok je..
Delete